Bab 3

3.3K 183 11
                                    





Sorry sayang.. Harini kita makan maggi lagi tau. “ Zarul muncul dengan semangkuk maggi.

Aku tersenyum padanya. Mendongak memandang dia sambil bersila dia lantai flat kecil yang hanya beralaskan tikar getah menanti air tangannya itu.

“Maggi pun ok. Sedap je bau. Semangkuk saja ke?”

“Kita kongsi. Saya suap awak ya sayang?” Zarul turun duduk berhadapan denganku.

Aku mengangguk laju. Zarul memang suka manjakan aku begini.
Zarul angkat tangan membaca doa lalu diaminkan oleh aku.

“ Buka mulut. Panas ni hati-hati tau.” Zarul mula menyuap aku. Termuncung bibirnya meniup wap panas yang hadir dari mangkuk berisi maggi yang dimasak olehnya itu.
Aku ambil garpu ditangannya pula.

“Saya suap awak pula ya sayang. Cepat! Aaaa…” Aku suruh dia ngagakan mulut. Kasihan lelaki yang baru bergelar suamiku ini. Pasti penat mencari nafkah menampung keperluan hidup kami berdua. Tadi, motor buruknya rosak pula. Duit simpanan yang ada terpaksa dikeluarkan untuk membaiki kerosakkan satu-satunya pengangkutan yang kami ada itu. Jadi terpaksalah kami bercatu makan menanti hari gaji.

Selesai makan kami berdua menatap langit di balkoni flat itu.
Zarul ambil tanganku lalu dibawa ke bibirnya.

“Maafkan saya sayang.. Masih belum mampu beri awak kesenangan. Dah merata saya cari kerja yang lebih baik. Tapi tak dapat juga sebab kurang pengalaman kata mereka.” Zarul keluh kecil.

Aku usap lengannya. Kepala ku lentok ke bahunya.

It’ s ok sayang. Adalah rezeki kita nanti. Oh ya. Kak Wan puji rekaan baju saya tau. Dia kata saya boleh pergi jauh. InsyaAllah dia akan tolong cari jalan nanti bantu saya. Buat masa ni dia suruh saya designkan baju-baju pengantin butik dia dulu. Dia bayar upah lebih.” Ceria aku bercerita padanya. Aku bekerja di butik pengantin kecil milik Kak Wan. Dia banyak membantu aku. Di kala aku perlukan perkerjaan dan pengalaman. Kak Wan yang sudi mengambil aku kerja sebagai pembantu butik.

Cita-cita aku tinggi. Aku mahu jadi Pereka fesyen yang berjaya. Aku mahu nama aku dikenali di seluruh dunia. Mahu nama aku sebaris dengan Rizalman dan seangkatan dengannya. Kalau tidakpun aku mahu jadi penerbit sebuah majalah fesyen berprestij.

Sedikit demi sedikit aku simpan modal dengan dibantu Zarul. Aku mahu buka sebuah syarikat. Itu hasratku.
Zarul ikut tersenyum. Perlahan bibirnya jatuh di tepi kepalaku yang hampir dengan bibirnya.

“I wish your dream comes true honey..” bisiknya perlahan.

“Awak tak kisah ke bantu saya sayang? Saya rasa saya banyak menyusahkan awak. Awak tak ingin kejar cita-cita awak ke sayang?” Aku dongak memandang wajahnya yang merenung redup pada aku.

“Kan saya dah cakap. Cita-cita saya hanya ingin lihat awak tersenyum bahagia.” Dia melorek senyum. Tangan kirinya naik mengusap pipiku. Oh tuhan! Terima kasih atas kehadiran lelaki ini dalam hidupku. Aku tak perlukan yang lain jika hanya ada dia menyokong aku untuk teguh berdiri.

Aku membalas senyumannya yang indah. Pipinya aku kucup sekilas.

Thanks sayang. You are the best husband in the world! Saya nak jerit kat dunia saya punya suami paling hebat!” Aku bangun berdiri di tepi balkoni besi itu. Panorama malam ibu kota begitu indah malam ini.

Aku depangkan tanganku.

“Zarul Afwan is the greatest husband in the world! And his mine. I love him very much!!” Aku jerit dari balkoni tingkat 7 itu.

Zarul cepat- cepat menekup mulut aku. Orang atas kiri dan kanan mula bising bila mendengar jeritan aku.

Naughty girl!” Zarul kepit hidung aku. Tersenyum-senyum dia sendiri. Eleh! Malu lah tu.

Cinta Yang Dilupa (Sudah Terbit) जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें