Bab 2.

3.5K 205 11
                                    


Pagi-pagi aku sudah bangun ingin menunaikan solat subuh. Tapi mana pula telekung aku letak?

Hurm.. Nak cari di mana ya? Puas sudah aku selongkar tak juga jumpa. Kepala aku garu. Janggal betul aku dengan keadaan rumah ini.

Terpaksalah aku ketuk pintu bilik Zarul.
Belum pun aku sempat ketuk. Pintu biliknya terkuak dari dalam. Dia kelihatan terkejut.

Zarul mungkin baru sudah bersolat bila melihat dia memakai kopiah dan berkain pelikat.

Aku tenung dadanya yang bidang dibaluti pagoda putih itu. Liurku telan perlahan. Sungguh. Aku ingin sekali berada dalam pelukannya seperti dahulu.

"Ya Reen? Nak apa-apa ke? " Soalnya mengembalikan aku ke dunia nyata.

"Er. Ya. Saya nak telekung. Cari-cari tak jumpa pula," kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia merenung pandang aku. Kemudian dia masuk ke biliknya dan muncul semula dengan telekung di tangan berserta sejadah.

Aik? Macam mana telekung aku boleh ada padanya pula?

"Kenapa telekung saya ada pada awak pula?" Tanyaku lurus.
Dia menggaru kening.

"Saya basuh. Baru kering. Saya lupa letak dalam bilik awak," beritahu dia dengan senyum nipis.

"Ooo.. Oklah. Terima kasih. Saya nak solat sekejap," kataku lalu masuk kebilik menunaikan solat subuh yang hampir ke penghujung waktu.

Zarul sudah bersiap dengan pakaian pejabat ketika aku masuk ke dapur ingin mencari sarapan. Hajatku cukuplah sekadar roti buat alas perut. Namun Zarul lebih dulu menyediakan sarapan untuk kami. Sandwich telur kegemaran ku dulu. Kalau di ikut aku dan Zarul. Zarul lebih pandai masak dari aku. Dari dulu dia memang memanjai aku.

"Makanlah.. Nanti tengahari. I balik bawa you pergi lunch. " Dia meletakkan sekeping sandwich ke dalam pinggan kecil untukku.

Sekali lagi aku mencuri pandang riaknya. Masih jua biasa-biasa.
Sandwich aku kunyah perlahan. Sedap. Masih macam dulu. Ah.. Lagi-lagi hal dulu. Yang aku ingin tahu apa yang berlaku tiga tahun ini.

"Erm Zarul. Awak kerja tempat lama lagi ke?" Soalku memecah kesunyian yang selalu saja jadi perantara kami.
Dia tersentak.

"Tak," jawapnya sepatah.

"Jadi, awak kerja di mana sekarang?" Soalku lagi. Sengaja aku mengorek perihal dia.

"Syarikat kita." Dia kerling kepada aku sekilas.

"Syarikat kita?" Terkejut aku. Jadi pinjaman kami dulu di luluskan? Dan kami berjaya mempunyai syarikat sendiri seperti yang aku inginkan. Patutlah kami punya kesenangan ini sekarang.

"Ya. Hurm. I dah lambat ni. I pergi dulu. You jangan kemana-mana tanpa I pula. Duduk rumah sahaja," arahnya.

Dia langsung bangun membasuh pinggan dan cawan. Kemudian dia bergerak ke pintu. Aku mengekori dari belakang. Memerhati dia yang memakai kasut.

Dia bangun berdiri. Aku hulurkan tangan ini bersalam dengannya seperti rutin yang aku lakukan dahulu.

Dia terkaget. Namun di sambut juga huluran tanganku.
Lalu dia hadiahkan satu kucupan di ubun-ubunku.

Cinta Yang Dilupa (Sudah Terbit) Where stories live. Discover now