part 5

3.2K 140 0
                                    


Hidayah terasa tangannya seakan-akan digoncangkan. Matanya melihat setiap sudut di ruang tamu. Terlihat papa sedang berdiri di sebelah tangga.

"Papa....sorry Hidayah tertidur. Bila papa balik?" Kata Hidayah sebaik sahaja bangun dari sofa.

"Baru kejap tadi. Papa ada belikan makanan. Hidayah tak payah masak. Papa nak kejutkan Harsya dan Hafi. And then terus mandi. Hidayah hidangkan makanan , eh?" Jawab papa panjang lebar. Terus di menuju ke tingkat atas.

Okey. Nasib papa belikan makanan. Arghh!! Penatnya.

"Eh....Harsya , Hafi. Dah sini makan. Papa makan lah sekali. Hidayah dah hidangkan." Ujar Hidayah.

"Makan laa dulu. Kejap lagi papa makan." Jawab papa sambil mencapai majalah di atas meja ruang tamu.

"Okey. Jom makan!! Hafi ambilkan nasi. Harsya nak apa?" Kata Hidayah. Wajahnya yang ceria , menggembirakan Harsya dan Hafi.

"Nak ayam goreng!!!" Jawab Harsya gembira.

Selepas makan , Hidayah duduk di sebelah papa. Papa khusyuk membaca majalah kereta. Agaknya papa nak tukar kereta.

"Haih...pa. Focus naa baca majalah. Sampai makanan dah beli tak makan. Nak tukar kereta ker? Beli sekali untuk Hidayah." Usik Hidayah. Papa hanya tersenyum.

"Anak papa nak kereta ker? Ouh tak yer. Hidayah dah boleh ambik lesen. Tak apa nanti papa fikirkan yer." Jawab papa. Tangan papa mengusap lembut rambut Hidayah.

"Sayang papa!!" Jerit Hidayah gembira lantas memeluk badan papa.

"Mana boleh sayang papa jer. Habis Harsya , Hafi. Siapa nak sayang?" Hafi menyampuk. Mulutnya dicebikkan.

"Akak sayang semua dalam keluarga nii. Papa , mama , Harsya dan Hafi. Jangan sedih-sedih. I love you so much." Pujuk Hidayah mendepakan tangan kirinya mengharapkan Harsya dan Hafi memeluknya.

"Sayang kakak!!" Jerit Harsya dan Hafi serentak. Berebut Harsya dan Hafi mahu memeluk Hidayah. Hidayah hanya tergelak melihat gelagat mereka berdua.

                  ❤❤❤❤❤❤❤

"Hakim. Kau dah nak balik ke? Relax laa dulu. Baru pukul 9 malam." Tegur salah seorang kawan Hakim.

"Err....tak boleh. Adik aku sensorang jaga adik aku yang lain. Aku call tak angkat. Risau laa. Dah aku nak balik. Assalamualaikum." Jawab Hakim lantas masuk dalam perut kereta. Enjin dipanaskan. Dengan segera dia meninggalkan birthday party kawannya.

"Pehal Amin? Mana kereta Hakim?" Sapa Farid dari belakang.

"Entah. Dia kata dia risaukan adik dia sensorang jaga adik yang lain. Kalau aku dapat abang macam tu , memang bertuah. Dah laa jom masuk." Kata Amin menolak pintu kaca hotel.

*****

"Mana Hidayah nii? Risau betul laa. Astaghfirullah'alazim." Bisik hati Hakim risau. Dahinya dikerutkan.

"Try call. Mana tahu dapat." Kata Hakim lagi. Keretanya diberhentikan di petronas berdekatan. Segera dia mencapai telefon dan mendail nombor Hidayah.

******

"Harsya , Hafi kejap. Handphone akak bunyi tu." Kata Hidayah melepaskan pelukan Harsya dan Hafi.

Abang? Call aku? Angkat jer laa.

"Haa bang. Nak apa call orang nii?" Tanya Hidayah.

"Hidayah okey? Harsya , Hafi?"

"Okey jer. Nii papa ada. Baru balik petang tadi. Abang otw balik ker? Baik-baik drive."

"Ouh. Abang risau. Call banyak kali tak angkat. Tu abang call lagi. Lain kali angkat tau. Dah abang otw balik. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam." Jawab Hidayah sebelum meletak panggilan telefon.

"Siapa call Hidayah?" Tanya papa. Hidayah sebentar tadi berdiri terus duduk di atas sofa.

"Abang. Risaukan kitaorang. Dia otw balik." Suara Hidayah menjawab. Wajahnya didongakkan melihat kipas yang berpusing laju.

"Kenapa Hidayah? Tell me. What your felling? Sini dekat papa." Tegur papa. Tangan Hidayah ditarik duduk disebelahnya.

"I'm okey. Just penat sekolah tadi. Pa , Hidayah nak solat isyak. Lepastu terus tidur. Hidayah pergi dulu , eh? Assalamualaikum , pa." Jawab Hidayah. Tangan papa disalamnya.

"Waalaikumussalam , sayang. Sweet dream." Kata papa mengusap lembut bahu Hidayah sambil tersenyum. Hidayah hanya membalas kembali senyuman papanya. Dia mula mengatur langkah menuju ke bilik.

Usai solat. Badannya direbahkan ke atas katil. Seluruh badannya terasa penat seakan-akan baru berjoging 4 kilometer. Dalam sekelip mata , Hidayah tertidur😴.

                  ❤❤❤❤❤❤❤

🎉Yeah habis🎉. Hope sangat korang suka. Vote tau🌟🌟🌟. Dada jumpa lagi kalau ada jodoh. Acewah🙈🙈. Malu kita. Dada gais👋👋

love you , ustaz!!Where stories live. Discover now