BAB 28

12.2K 531 4
                                    

BILQIS terpaksa mencipta alasan dan membatalkan rancangannya untuk makan malam bersama keluarga Tengku Aminah. Mahu tidak mahu dia terpaksa berbohong. Maaf bonda, bisiknya. Buat masa sekarang dia mahu berehat seketika demi mengembalikan kekuatan mental dan fizikalnya yang riuk ini. Esok pagi pula Bilqis terpaksa menadah telinga pada kata-kata sinis ketuanya. Telefonnya berdering.

"Amber.. "

"Mana kau hilang? Dah berapa hari tak jengguk butik. Aku risau tau.." Suara Amber sudah meninggi. Bilqis mengigit bibir. Ya, dia lupa pada butiknya.

"Sorry babe, kau tolong tengok-tengokkan butik tu dulu seminggu ni ya? Aku masih banyak urusan.. "

"Okay tapi kau tak ada apa-apa ke? Lama tak contact aku.." Nada suara Amber mula perlahan. Kedengaran prihatin. Bilqis menarik nafas.

"Aku okaylah. Seminggu lagi settle semua aku belanja korang bertiga selama sebulan siap bagi bonus lagi" Usik Bilqis dengan ketawa.

"Yang tu aku setuju. Penat tau.. "

"Tau.. Aku minta maaf"

"Tak ada apalah. Untuk kau, aku sanggup.. "

"Thanks.. "

"Okaylah, aku letak dulu. Nak pergi makan ni"

"Bye" Bilqis menekan punat merah pada skrin. Dahinya diurut. Hanya lampu dari skrin telefon sahaja menerangi biliknya. Sengaja dia bergelap. Tidak larat rasanya nak berjalan keliling rumah menekan suiz lampu. Kesakitan pada rusuknya yang bagai mahu terbelah empat itu sudah cukup dia tahan.

Ting! Bunyi Loceng diluar pagar mengejutkannya. Siapa pula rajin menziarah malam-malam begini? Terhinjut-hinjut dia melangkah ke tingkap bilik dan menguak langsir. Tengku Rayqal? Tak pergi menjamu selera ke mamat ni? Kan dia dah maklumkan dia tak dapat datang. Loceng rumah ditekan berkali-kali.

"Aku takda kat rumah" Bisik Bilqis sendirian, pura-pura tidak ambil tahu. Dia melangkah perlahan ke katilnya. Biarkan sahaja Tengku Rayqal di luar pagar. Nanti baliklah tu. Earphones disumbat ke telinga. Lagu dari Bebe Rexha menusuk ke gegendang telinganya.

"Bilqis!" Bagai mahu melompat dari katil Bilqis mendengar namanya dipanggil. Suara itu bagaikan sudah didalam rumahnya. Earphones ditarik.

"Bilqis! Are you okay? Mana awak?" Bilqis gagahkan diri turun dari katil.

"Rayqal apa awak buat dalam rumah saya?" Soal Bilqis sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Rayqal menaiki anak tangga.

"Bilqis! Awak okay ke?"

"I'm fine. Why are you here? Macam mana awak masuk?" Bilqis hairan.

"Pintu pagar tak berkunci. Saya panggil awak tak jawab. Kereta awak kat luar so saya rasa mesti awak kt dalam rumah. Rumah awak gelap. Saya risau awak pengsan ke apa sebab awak cakap tadi awak tak berapa sihat" Terang Tengku Rayqal serba salah. Memang dia tidak sengaja memecah masuk ke rumah gadis itu. Bilqis mengerut dahi. Setahu dia, pagarnya memang sentiasa berkunci. Takkan dia lupa?

"Assalamu'alaikum" Kedengaran bunyi salam dari tingkat bawah. Bilqis dan Tengku Rayqal serentak menjawab. Siapa pulak ni? Bilqis mengagahkan langkah kaki. Beberapa orang lelaki berserban masuk kedalam rumahnya.

"Maaf, korang siapa ya?" Soal Bilqis.

"Kami dari jabatan agama islam. Ada laporan berkhalwat disini"

"Apa?" Suara Bilqis dan Tengku Rayqal bergema dirumah milik Bilqis. Wajah Tengku Rayqal dia pandang sebelum tertuduk.

"Tapi kami tak buat apa-apa encik. Saya baru je sampai nak tengok keadaan kawan saya ni" Terang Tengku Rayqal.

"Saya minta maaf tapi keadaan encik dan cik ni mencurigakan. Berduaan di dalam gelap itu salah" Kata lelaki berserban itu. Bilqis mengenggam penumbuk membendung rasa sakit dihati. Terasa maruahnya sebagai wanita dicalar. Mendidih darahnya. Dia pasti Tengku Rayqal sudah memerangkapnya.

"How could you do this to me" Bahu Tengku Rayqal ditolak.

"Aqis, this is misunderstanding!"

"Apa salah aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Kalau kau suka sangat dekat aku, pinang dengan cara elok-elok jangan perangkap aku" Marah Bilqis separuh menjerit. Hilang sudah saya-awaknya. Lenyap sudah kelembutannya. Tengku Rayqal tidak bersuara. Dia termati kata.

ISTERIKU GANGLEADERWhere stories live. Discover now