BAB 10

14.5K 639 5
                                    

BUNYI alunan lagu "I'm yours" dari Jason Mraz bergema di dalam kedai dengan volume yang sederhana. Hilang sedikit bosan keempat individu itu. Melia yang sedang menjahit baju pengantin turut menyanyi kecil. Manakala Jessi pula sedang membungkus baju lain sebelum digantung di rak baju.

"Hello tuan kedai"Tengku Raidani muncul sambil melambai ke arah Bilqis. Bilqis yang tekun memasang manik berwarna putih pada baju pengantin yang ditempah oleh pelanggan segera menoleh.

"Kak Raida. Masuklah" Panggil Bilqis.

"Aqis busy ke?" Soal Tengku Raidani.

"Nope. Dah nak siap dah. Kenapa kak?" Wajah wanita bertudung itu dia pandang. Mungkin Tengku Raidani mahu berbincang tentang majlisnya.

"Ni bonda ajak lunch sama. Kat restoran hujung tu. Lama tak jumpa Aqis, rindu katanya" Kata Tengku Raidani. Dahi Bilqis berkerut. Apa kes pula Tengku Aminah nak main rindu-rinduan ni? Baru seminggu kot dia dan keluarga ini tidak berurusan memandangkan Bilqis sibuk menguruskan apa yang patut untuk majlis Tengku Raidani nanti.

"Kalau macam tu bolehlah" Tidak sampai hati menolak pelawaan Tengku Raidani. Bilqis mengambil beg tangannya. Dia berpesan pada Melia dan Jessi untuk menjaga kedai memandangkan Amber sedang keluar makan tengah hari.

Mereka melangkah ke arah restoran yang dimaksudkan. Bukan hanya Tengku Aminah sahaja disitu malah Tengku Rayqal dan Tengku Hanafi sekali. Ini yang pelik ni sebab sampai sekarang dia tidak nampak pun bayang isteri Tengku Rayqal malah yang terserempak dengannya di klinik semalam hanya mereka sekeluarga sahaja.

"Assalamualaikum bonda" Bilqis menyalam tangan wanita bertudung itu.

"Walaikumsalam Aqis.. Ya Allah rindunya bonda pada Aqis.." Tengku Aminah mengucup pipi Bilqis.

"Bila Rayqal sampai ni?" Soal Tengku Raidani hairan kerana tadi kelibat Tengku Rayqal tidak kelihatan.

"Kan dah janji nak lunch dengan Hanafi.." Kata Tengku Rayqal.

"Aik, biasanya berjanji jarang nak ingat. Hari ni cergas pula ingatan dia" Perli Tengku Raidani. Bukan dia tidak biasa dengan karenah adik bongsunya nan satu ini. Kalau dah kerja, dari pagi sampai ke malam tak sudah. Janji beribu ditabur pada Tengku Hanafi hanya sepuluh ditepati.

"Entah daddy ni. Kalau nenda tak call tadi memang taklah dia muncul" Tengku Hanafi menjuih. Bilqis hanya ketawa memandang si kecil itu. Dia mengambil tempat ditengah Tengku Hanafi dan Tengku Aminah memandangkah hanya tepat itu yang kosong.

"Hi kakak Aqis" Tengku Hanafi melambai Bilqis.

"Hello Tengku Hanafi"

"Call me Afi jelah" Petah mulutnya bersuara. Bilqis ketawa.

"Okay, sorry. Hello Afi. How are you today?"

"I'm good. Kakak Aqis sihat?"

"Sihat juga" Rambut Tengku Hanafi diusap lembut.

"Aqis nak makan apa? Bonda order" Kata Tengku Aminah.

"Apa-apa je bonda. Saya tak kisah" Balas Bilqis. Tengku Aminah menyatakan pesanannya pada pelayan tadi. Begitu juga Tengku Rayqal dan Tengku Raidani.

"Kak Aqis, this weekend is my birthday. You should come" Pelawa Tengku Hanafi.

"Ya Aqis, lupa bonda nak bagitahu. Nanti Aqis datanglah. Bonda suruh Rayqal jemput" Kata Tengku Aminah. Bilqis serba salah.

"Tak apa nanti saya pergi sendiri. Susahkan Tengku Rayqal pula" Kata Bilqis. Mahunya mengamuk mummy Tengku Hanafi nanti kalau Tengku Rayqal menjemputnya. Lagipun dia tidak berapa selesa dengan Tengku Rayqal yang macam ais batu itu.

"It's okay. Takut awak sesat pula kan.." Sampuk Tengku Rayqal seperti menyindir. Nampak sangat terpaksa. Bilqis mencebik. Mulut bukan main.

"Tak apa.." Balasnya perlahan.

"Aqis kena pergi juga. Nanti daddy Afi jemput. Kan Afi?" Tengku Hanafi mengangguk setuju cadangan Tengku Raidani.

"Yelah" Bilqis mengalah. Nampaknya kenalah dia cari hadiah lepas ni. Bab yang dia paling lemah adalah mencari hadiah. Nasib baik Tengku Hanafi ni budak lagi. Tak lah susah sangat. Cari je toys dah settle. Kena dengan cari hadiah untuk orang dewasa memang Bilqis menyerah kalah. Silap hari bulan ada yang dapat hadiah tepak sirih.

"Makan Aqis.." Pelawa Tengku Aminah sebaik sahaja makanan yang dipesan sudah dihantar ke meja. Bilqis mengangguk.

"Sedapnya.." Tengku Hanafi menyuap Butter chicken ke mulutnya. Bilqis senyum. Senang pula dengan gelagat Tengku Hanafi.

"Open your mouth.." Arah Tengku Hanafi. Serba salah Bilqis dibuatnya namun dia turutkan juga. Tengku Hanafi menyuap ayam butter itu kedalam mulut Bilqis.

"Sedaplah Afi.." Puji Bilqis sambil mengangkat ibu jarinya.

"Suap Afi pula.." Katanya sambil membuka mulut. Bilqis menyuap cebisan dada ayam pangang di pinggannya ke mulut si kecil itu. Tengku Hanafi ketawa ceria.

"So delicious kan kak?"

"Of course. Kalau Afi nak makan kat sini next time call kakak" Kata Bilqis yang mula terhibur dengan karenah Tengku Hanafi.

"Sure. Give your number to daddy. Nanti kalau Afi nak datang sini jumpa kakak i call you" Kata si kecil itu. Bilqis mengangguk. Mahu tersedak dia.

"Gembira betul Afi tu Aqis" Kata Tengku Aminah senang. Tidak pernah dia melihat cucunya seceria itu.

"Cepat pula dia mesra dengan Aqis. Biasanya pendiam.." Sampuk Tengku Raidani. Bilqis hanya senyum mendengar. Tengku Rayqal juga senyum senang melihat raut wajah anaknya.

"Ni bonda nak tanya, Aqis tinggal dengan keluarga ke?" Soal Tengku Aminah. Teringin until mengetahui lebih lanjut tentang gadis manis disebelahnya ini. Bilqis berubah riak.

"Mama dan papa dah takda masa saya berumur lapan tahun. Saya dibesarkan oleh bapa saudara saya dekat Eropah sebelum balik sini" Kata Bilqis.

"Bapa saudara Aqis mana?" Soal Tengku Raidaini.

"Seorang menetap kat sana. Seorang kat sini tapi jarang jumpa sebab memang tak rapat sangat" Katanya jujur.

"Kesian Aqis. Maafkan bonda sebab tak tahu"

"Tak ada hal lah bonda" Bilqis senyum.

"Anggaplah kami ni keluarga Aqis. Kami sentiasa ada untuk Aqis tau?" Kata Tengku Aminah. Tengku Raidani mengangguk setuju.

"Terima kasih" Ucap Bilqis terharu.

"Nama penuh Aqis apa erk? Nama Aqis unik sikit. Biasa orang guna nama Balqis tapi nama Aqis pula Bilqis" Soal Tengku Rudaini ingin tahu.

"Bilqistina Rahman"

"Cantik nama Aqis ni. Unik" Puji Tengku Aminah. 

"Hujung minggu ni jangan lupa tau? Tema fairy tale. Nanti Aqis pakailah baju ala princess atau fairy. Witch pun tak kesahlah. Sebab si kecil ni kemaruk sangat dengan dongeng" Tengku Raidani berbisik. Bilqis mengangguk. Kena shopping bajulah nampaknya. Tak apalah sebab shopping adalah hobi utamanya selain kerjakan orang. Nak pakai baju apa ya? Tak nak lah pakai baju puteri yang ayu-ayu macam snow white ke cinderella ke sleeping beauty ke.. Belle? Rasa macam over pula. Princess Jasmine? Uihh, tak sanggup nak tunjuk six pack dekat perut.

ISTERIKU GANGLEADERWhere stories live. Discover now