BAB 5

15.4K 633 2
                                    

BILQIS melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut diikuti oleh Burn, Letto dan beberapa orang pengikutnya. Kelibat Chong dicari. Bunyi bising dari muzik dan jeritan pengunjung yang bergembira bersama botol minuman keras ditangan membingitkan telinga Bilqis. Sungguh dia tidak suka dengan suasana seperti ini. Manusia berlumba-lumba mengejar keseronokan hidup ditempat gelap, bising dan busuk seperti ini sedangkan Bilqis tidak tahu apa yang menyeronokkan sangat berada disini. Kalau nak seronok, pukul orang ke kan best? Pintu bilik VIP di ruangan atas kelab malam itu Bilqis tendang. Chong yang sedang berseronok dengan beberapa orang perempuan terkejut.

"You tidak ada manner ke main redah tempat orang?" Soal Chong. Dia tidak jadi marah sebaik sahaja melihat wajah Letto dan Burn.

"Eh, taiko. Buat apa mari sini? Duduklah" Dia mempelawa Letto dan Burn.

"Tutup pintu tu" Arah Bilqis. Letto mengunci pintu bilik tersebut.

"You siapa?" Soal Chong ke arah Bilqis.

"Saya Angie. You tidak kenal pasal hari tu you hanya berurusan sama budak-budak saya saja" Kata Bilqis dengan senyuman yang cukup sinis.

"Angie? You mereka punya ketua hah?" Chong ingin tahu. Bilqis menganguk. Chong ketawa. Gadis berbadan kecil itu dipandang dari atas ke bawah.

"You perempuan, balik rumah masak. Apa mau susah-susah jadi ketua gangster. Macam tiada kerja lain.." Chong memerlinya. Beberapa perempuan disitu juga turut ketawa. Letto dan Burn hanya senyum memandang Bilqis. Sudah tahu Bilqis pantang dipandang rendah. Bilqis menendang lelaki berperut buncit itu kuat hingga menyebabkan Chong terhempas ke dinding sebelum terbaring di lantai. Bilqis menekan leher Chong dengan kakinya yang bersarung kasut boot merah bertumit runcing. Chong mengaduh kesakitan sambil cuba mengalihkan kaki Bilqis dari kerongkongnya. Namun tenaga Bilqis melebihinya.

"You dengar sini Chong. You ingat perjanjian kita? You boleh berniaga sini tapi dengan syarat, no drugs. You mau jual perempuan, you jual. You mau jual alcohol, you jual. You sudah langgar syarat yang saya bagi. You tahu apa hukumannya?" Soal Bilqis. Chong pucat. Semestinya dia ingat surat perjanjian yang dia tandatangani beberapa minggu yang lalu. Jika melanggar perjanjian, maut menanti. Bilqis mengalihkan kakinya dari leher lelaki cina itu.

"Itu saya terpaksa. Saya kena bunuh kalau saya tidak ikut cakap mereka. Saya tidak berniat mahu langgar apa-apa" Chong ketakutan.

"Siapa mereka?" Soal Bilqis.

"Kilom dengan budak-budak dia"

"Mana dia sekarang?"

"Mana saya tahu. Dia hanya datang sini setiap jumaat untuk hantar barang. Saya tidak tahu apa-apa.." Kata Chong. Bilqis mengeluarkan pistol 40 caliber Glock 22 dari belakang bajunya lalu mengacu ke arah Chong. Perempuan-perempuan yang berada disitu mula menjerit ketakutan.

"Shut up or i'll shoot all of you in the mouth!" Tengking Bilqis.
Ke semua mereka yang Bilqis percaya warga asing itu menutup mulut masing-masing kerana takut dengan ancaman Bilqis. Dia kembali mengacukan pistol tersebut ke kepala Chong.

"Saya tidak tahu mereka di mana.. " Chong terketar-ketar. Bilqis mencebik sebelum melepaskan tembakan di kaki Chong. Lelaki cina itu menjerit kesakitan. Bilqis memasukan muncung pistol ke dalam mulut Chong.

"Saya sudah ingat alamatnya. Tolong jangan bunuh saya.." Chong merayu. Bilqis menarik balik pistolnya.

"Macam ni kan senang. Tak payah saya habiskan peluru tadi.. Dan tak adalah you kesakitan macam ni.." Kata Bilqis sambil ketawa kecil. Chong memberitahu tempat tinggal lelaki bernama Kilom itu kepada Bilqis.

"Saya bagi you masa dua hari untuk kosongkan tempat ni. Kalau tak, you tahu akibatnya. You dengan anak-anak ayam you ni saya akan hantar ke neraka" Ancam Bilqis.

"Baik kak long, saya faham" Chong mengangguk laju. Bilqis menyimpan kembali pistolnya. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja mereka bertiga keluar, budak-budaknya yang lain sedang bertarung dengan beberapa orang lelaki berbaju kuning di tingkat bawah. Keadaan di kelab malam itu tiba-tiba huru hara. Bilqis melompat terjun dari birai tangga diikuti oleh Burn dan Letto. Bilqis mengambil botol kaca dan memukul kepala seorang lelaki yang sedang bergelut dengan anak buahnya. Dia menendang lelaki tersebut dan melepaskan tumbukan pada lelaki yang tidak jauh darinya. Tidak lama kemudian seorang lelaki menangkapnya dari belakang. Bilqis memijak kaki lelaki itu dengan tumit kasutnya. Setelah pelukan itu longgar, Bilqis berpaling dan mengambil botol kaca yang sudah pecah berhampirannya sebelum menoreh perut lelaki itu. Beberapa orang lelaki yang masih boleh bangun berlari keluar dari pintu belakang.

"Keluar sebelum polis sampai" Arah Bilqis. Mereka bertujuh turut keluar menuju pintu belakang. Sampai sahaja ke dalam prado hitam, Burn memecut laju. Siren polis mula kedengaran.

"Tak ada sesiapa yang cedera kan?" Soal Bilqis. Keempat pengikutnya di belakang di pandang. Mereka mengangguk. Bilqis membuka topinya. Wig pendek paras bahu itu dibetulkan. Telefon bimbitnya dicapai. Dia menekan papan kekunci telefonnya sebelum menekan butang hantar. Burn membelok menuju apartment lalu memakir kereta di tingkat bawah.

"Balik bilik, rehat. Burn and Letto ikut aku" Arah Bilqis sebelum mereka melangkah keluar dari lif. Kedua lelaki itu mengangguk.
Mereka melangkah ke bilik Bilqis. Keempat pengikut Bilqis kembali ke tingkat masing-masing. Apartment ini memang Bilqis khaskan untuk ahli kumpulannya dan jika dia ada hal kegangsteran yang perlu diselesaikan sudah semestinya dia juga tinggal di bangunan ini.

"Esok pergi alamat ni. Intip dari jauh pastikan maklumat Chong betul. Malam esok kita bertindak. Aku yakin Kilom akan jumpa Chong malam ni. Aku dah suruh beberapa orang budak kita intip diorang" Kata Bilqis. Kedua lelaki itu mengangguk.

"Kalau ada apa-apa laporan bagitahu aku. Korang boleh keluar sekarang. Esok jangan lupa suruh budak-budak hantar baju pelanggan dekat butik. Hantar aku pergi butik sebelum lunch hour dan ambil pakaian aku dekat dobi.." Pesan Bilqis. Kedua lelaki itu mengangguk sebelum berlalu. Bilqis menutup pintunya. Dia membuka jaket merah yang membaluti tubuhnya sejak tadi. Bau minuman keras bersemadi di bajunya. Ini kerana dia mengunakan botol minuman tersebut sebagai senjata. Nak pakai pisau? Buat kotor pisau. Nak pakai pistol? Buat habis peluru. Dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum masuk tidur.

ISTERIKU GANGLEADERWhere stories live. Discover now