BAB 6

15.4K 727 1
                                    

DIA masuk ke dalam butik dan melangkah ke arah Amber yang sedang berbincang sesuatu dengan dua pekerja mereka, Jessi dan Melia. Kedua gadis itu kelihatan mengangguk-angguk.

"Kenapa ni?" Soal Bilqis. Beg tangannya diletakkan diatas meja.

"Tak ada apa. Aku suruh pack baju-baju tempahan Datin Zubaidah sekeluarga. Dah siap dah semua. Esok nak hantar. Aku tak naklah nanti ada yang tertinggal ke apa" Kata Amber. Bilqis mengangguk. Amber memang teliti dalam setiap hal.

"Kau dah makan?" Soal Bilqis.

"Dah. Kau nak belanja?" Amber menayang giginya.

"Hari-hari kerja belanja kau je. Next week lah."

"Haha.. Kau kan tauke. Yelah. Hah, tu keluarga Tengku Aminah dah sampai" Kata Amber menunjuk ke luar. Bilqis segera melangkah ke pintu.

"Selamat datang.." Sapa Bilqis. Tengku Raidani memeluk Bilqis bagai sudah kenal setahun. Bilqis sedikit kekok namum senyuman tetap terukir di bibir. Tangan Tengku Aminah dicapai untuk bersalaman.

"Aqis sihat?" Soal Tengku Aminah.

"Sihat bonda. Macam semalam" Kata Bilqis ketawa kecil.

"Masuklah" Pelawa Bilqis. Keluarga besar itu melangkah masuk.

"Ni bonda kenalkan yang ni putera sulung bonda, Tengku Rahim. Yang sebelah ni isteri dia Tengku Zahara. Si kembar ni anak mereka, Tengku Risya dan Tengku Rasya" Kata Tengku Aminah. Bilqis mengangguk. Kedua pipi si kembar yang comel itu diusap lembut.

"Ini anak kedua, Tengku Razmi dan isteri dia Tengku Rianna. Baby kecil ni Tengku Danish" Kata Tengku Ruzaini. Bilqis membalas senyuman suami isteri itu. Tengku Danish yang sedang lena di dukungan Tengku Rianna itu Bilqis pandang geram. Mahu sahaja dicium habis-habisan pipi montel itu.

"Comelnya. Berapa bulan dah ni Tengku?" Soal Bilqis.

"Baru tiga bulan" Kata Tengku Rianna.

"Seorang lagi mana kak Raida?" Soal Bilqis.

"Seorang lagi tu kejap lagi sampai. Traffic jammed katanya Aqis. Macam tak ada alasan lain. Tadi orang ajak pergi sekali tak nak. Sibuk katanya." Kata Tengku Raidani. Bilqis ketawa.

"Tak apalah. Kita ukur dulu yang sedia ada" Bilqis memanggil Amber.

"Ni kawan baik saya, Amber. Dia pun designer kat sini. Kalau kak Raida nak bincang pasal design wedding dress boleh bincang dengan dia. Atau kalau-kalau kak Raida dah ada design sendiri ke boleh suggest kat Amber" Kata Bilqis.

"Bagus juga tu" Tengku Raida berlalu ke meja kerja Amber. Bilqis memanggil kedua pekerjanya membantu dia mengukur manakala Bilqis menulis ukuran badan pelanggannya di sebuah buku. Setelah setengah jam berlalu seorang lelaki berkemeja kuning cair dan seorang budak berusia lima tahun melangkah ke dalam butik.

"Sorry lambat" Katanya.

"Aqis, ni anak bongsu bonda. Tengku Rayqal, ini anak dia Tengku Hanafi pelanggan terakhir" Bilqis ketawa kecil mendengar kata-kata Tengku Aminah. Mana isterinya, tak ikut serta ke? Namun soalan itu hanya didalam hati. Dia mengambil ukuran badan lelaki itu memandang kan Jessi dan Melia sudah berlalu ke belakang. Mata Tengku Rayqal tidak lepas memandangnya. Bilqis mengagahkan diri untuk menghabiskan ukuran badan lelaki itu walau sedikit payah kerana Tengku Rayqal lebih tinggi berbanding kedua kekandanya.

"Dah tahu kontot tu pakailah kerusi" Kata Tengku Rayqal selamba. Bilqis mencebik. Berbisa juga mulut manusia yang satu ini. Mesti sarapan cili api pagi tadi.

"Apa cakap macam tu dengan Bilqis.." Marah Tengku Aminah. Bilqis berpura-pura senyum.

"Tak apalah bonda. Dah siap pun" Kata Bilqis. Dia melangkah ke arah Tengku Hanafi sebelum mencangkung menghadap si kecil itu.

"Come handsome boy.." Kata Bilqis. Tengku Hanafi menurut. Tersipu-sipu malu dia bila Bilqis memanggilnya begitu. Setelah selesai mengambil ukuran badan si kecil itu, Bilqis bangun.

"Rayqal tu memang Aqis, mulut laser sikit. Kena banyak sabar hadap perangai dia" Tengku Raidani kembali ke kelompok mereka.

"Dah siap bincang?" Soal Bilqis. Tengku Raidani menganguk. Sekali lagi pintu butik dikuak dari luar. Seorang lelaki melangkah masuk lalu bersalaman dengan Tengku Aminah, Tengku Rahim kemudian beralih pada Tengku Razmi.

"Ni bakal suami saya, Tengku Kamal. Abang, ni Bilqis. Wedding planner kita and owner of this boutique. That's Amber, our designer." Tunjuk Tengku Raidani. Amber di sudut hujung hanya melambai sambil sebelah tangannya sibuk menulis sesuatu.

"Wow, it's so nice to meet both of you in person. Famous butik you ni" Kata Tengku Kamal. Bilqis hanya senyum. Tak dinafikan butiknya sedikit terkenal berkat usaha kreatif Amber yang selalu tampil dengan rekaan unik dan modern.

"Terima kasih Tengku. Kalau macam tu bolehlah saya ambil ukuran baju Tengku berdua sekarang.." Kata Bilqis tidak mahu membuang masa. Ukuran badan Tengku Kamal dan Tengku Raidani diambil. Selesai sudah tugasnya.

"Kak Raida dah bincang tentang bunga apa nak guna nanti?" Tanya Bilqis.

"Oh my god! Nasib baik Aqis ingatkan. Kakak lupa pasal tu." Tengku Raidani menepuk dahinya.

"Apalah kakak ni. Benda penting pun boleh lupa" Kata Bilqis.

"Sorry. Betul tak ingat. Kakak sebenarnya nak guna bunga lily nanti untuk hiasan majlis nikah. Tadi dah bincang dengan Amber nak buat persandingan ala-ala dalam taman. So i think kena guna lots of flowers" Balas Tengku Rudaini.

"Pasal tu Kak Raida don't worry sebab saya ada kedai bunga tak jauh dari area ni. Bunga apa pun ada. Bunga tahi ayam pun berlambak" Kata Bilqis. Tengku Raidani dan keluarganya ketawa.

"Really? Oh, that's good. Tak payah dah susah-susah pergi kedai lain buat tempahan." Tengku Raidani kelihatan gembira.

"Aqis, pasal dulang hantaran tu bonda boleh tolong gubahkan nanti" Sampuk Tengku Aminah.

"Beres bonda. Nanti saya maklumkan pada bonda" Janji Bilqis.

"Kami balik dulu lah Aqis. Nak petang dah ni. Kesian Aqis penat" Tengku Aminah mengosok lengan Bilqis.

"Mana ada bonda. Dah biasa dah. Nama pun kerja kan.. Kalau macam tu balik elok-elok" Pesan Bilqis. Tengku Aminah dan Tengku Raidani bersalaman dan mengucup pipi Bilqis.

"Bye Auntie Aqis" Lambai si kembar. Bilqis membalas dengan senyuman.

"Bye Danish" Bilqis mengosok pipi si kecil yang sudah bangun itu. Tengku Rianna ketawa.

"Comel sungguh" Kata Bilqis.

"Bye kakak cantik" Tengku Hanafi melambai Bilqis. Gadis itu mencuit hidung Tengku Hanafi. Sempat pandangannya bertemu dengan Tengku Rayqal yang juga sedang memandangnya. Serta merta Bilqis mengalihkan pandangannya pada Tengku Aminah yang melambai dari luar. Lambaian wanita itu dibalas. Tidak pernah ada pelanggan yang begitu mesra seperti keluarga ini. Walaupun berpangkat namun mereka sangat menghormati orang lain.

ISTERIKU GANGLEADERWhere stories live. Discover now