Bab 2

2.1K 132 0
                                    

8 tahun kemudian...

Agnes berjalan memasuki asrama yang baru didudukinya dua minggu yang lalu.Bilik itu dimuatkan dengan tiga katil yang berhias cantik.Jika terdapat tiga katil,maka penghuni bilik itu juga seramai tiga orang.

Agnes menghuni bilik itu bersama Puteri Iris dan Puteri Eve.Walaupun Agnes tidak mempunyai kuasa seperti mereka yang lain,Iris dan Eve tidak pernah memandang rendah terhadap Agnes.

Bagi mereka,Agnes seorang gadis yang sangat cantik dan bijak namun agak malang kerana tidak mempunyai kuasa.Mungkin,kuasa Agnes akan muncul juga suatu hari nanti.Itu adalah apa yang mereka harapkan setiap hari.

Agnes berjalan dan duduk di katilnya.Laci di sebelah katilnya itu dibuka dan didalamnya terlihat seutas loket besi yang dijumpainya lapan tahun yang lalu.Dia tidak sempat mengkaji tentang loket itu kerana kepadatan masa.

Hari ini,dia tekad ingin mencari serba sedikit maklumat mengenai loket itu.Agnes memandang Eve yang sedang membuat ukiran salji.

Eve berasal dari Kerajaan Salji jadi sudah tentu dia mempunyai kuasa salji seperti keluarganya dan keturunannya.

"Hey,Eve.Eve!" nama Eve ditekankan sedikit agar gadis itu dengar.

Eve memandang Agnes dan mengangkat sebelah keningnya menyoal apa yang Agnes mahu.

"Apa?" Eve menyambung kembali ukirannya.

Iris yang dari tadi sedang duduk menghayati angin di beranda memandang Agnes kepelikan.Sebelum ini,Agnes tidak pernah ingin berbual dengan mereka melainkan mereka yang memulakan perbualan.

"Aku nak tanya sesuatu.Mungkin kau tahu dan mungkin juga kau tidak tahu." Agnes mengorak langka menuju ke katil Eve dan duduk dihadapannya.

Iris yang sedari tadi di beranda juga menyertai Agnes dan Eve yang sedang duduk di atas katil.

"Apa yang kau nak tanya pada aku?"

Agnes menunjukkan loket besi miliknya itu kepada Eve.Pantas,Eve mengambil loket itu dan ditelitinya.Iris pula kemudian mengambil loket itu dari tangan Eve.

"Macam pernah nampak.Tapi,aku tak ingat." kata Eve.

"Aku tahu tentang loket ini!" teriak Iris pula.

Iris bangun dari duduknya di katil dan menuju ke almari buku yang berada bertentangan dengan katilnya.Beberapa saat,matanya melilau mencari sebuah buku.Akhirnya,dia jumpa.

Buku yang berkulit coklat gelap dan mempunyai corak bulu burung merak itu diletakkan di atas katil.Saiznya sebesar tapak tangan seorang anak gadis.

"Kau orang pernah dengar tentang kerajaan yang hilang di suatu ketika dahulu?" Iris memulakan ceritanya.

Eve dan Agnes berpandangan sesama mereka.Kemudian,mata mereka tertancap pada buku berkulit coklat gelap itu.

Iris membuka buku itu dan beberapa helaian muka surat diselak sehingga ianya berhenti di satu muka surat yang terdapat gambar loket besi dan beberapa maklumat berunsur cerita.

"Ini..... Sejarah ke?" soal Eve.Sudah diketahui umum,Puteri Eve bukanlah seorang penggemar sejarah dan dia lebih menyukai segalanya yang berunsurkan moden.

Iris memandang Eve dan membuatkan muka menyampah."Ya,tapi kalau kau tak mahu tahu.... Silakan sambung mengukir."

"Baiklah... Aku teringin juga nak tahu......"

Lama juga Iris membaca maklumat di dalam buku itu.Matanya berulang pada loket itu dan muka surat pada buku itu.

"Loket ini adalah sesuatu yang sangat berharga.Hanya manusia tertentu sahaja yang diberi loket ini.Loket ini direka khas buat keluarga diraja sebuah kerajaan yang sudah hapus." Iris memulakan ceritanya.

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now