Bab 17

6.6K 110 4
                                    

Tujuh belas tahun Danial Heyqal menghilangkan diri tanpa berita, kini dia kembali sebagai Tuan Daniel Zariff. Pengusahawan terkaya di Malaysia. Tanpa diketahui oleh Alisya Alana, Tengku Syah Zafran, Mak Engku dan Pak Zaki dia menolong mereka selama ini dengan pertolongan peguamnya.

Alisya Alana tidak menafikan sejak suaminya menghilangkan diri, ada yang menolong mereka membiayai persekolahan anak-anaknya. Dia sendiri tidak tahu siapa gerangan malaikat penolong tersebut.
"Bonda!.. Kay pergi dulu ye Ashraf dah sampai. Ayahanda Kay pergi dulu. Kak Lia cepat la" kata Tengku Kayla Elsya sambil menjerit memanggil kakaknya Tengku Fiona Adelia. "Coming.. Budak ni kan.. Ish!" Rungut Tengku Fiona Adelia. "Bonda, ayahanda Lia pergi dulu.. Assalamualaikum" kata Tengku Fiona Adelia sebelum keluar. "Waalaikumsalam" jawap Tengku Syah Zafran sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat anak-anak daranya itu.

Tengku Syah Zafran tidak menyangka keadaan mereka berbeza selepas Danial Heyqal menghilangkan diri tanpa berita. Pelbagai cara untuk mencari Danial Heyqal tetapi tidak dapat. Hanya sepucuk surat ditinggalkannya kepada Alisya Alana menyatakan dia menjatuhkan talak satu ke atas Alisya Alana. Dia juga berpesan supaya jangan mencarinya. Tengku Syah Zafran tidak menyangka Danial Heyqal akan buat begitu.
Tengku Rayyan Rayqal kini berumur tujuh belas tahun. Dia pernah bertanya kenapa dia berbinkan Danial Heyqal bukan berbinkan Tengku Syah Zafran? Tengku Sherry menjelaskan dia anak Alisya Alana dan Danial Heyqal. Dia bertanya dimanakah papanya, kenapa papanya meninggalkannya? Pertanyaan itu sering di tanyakan kepada Alisya Alana tetapi tidak pernah ada jawapannya. Tengku Syah Zafran menyayangi anak itu seperti anaknya sendiri.

"Bonda!... Mana jacket leather Fiq?" Jerit Tengku Rafiq Farhan sambil selongkar almari biliknya. Habis bersepah bilik dibuatnya. "Ya Allah Tengku Rafiq Farhan kenapa bersepah ni? Jacket tu adik Airish pinjam tadi. Fiq jangan buat sepah macam ni penat bonda kemaskan tau tak? Ish budak ni" kata Alisya Alana sambil mengutip baju-baju yang di campak- campak oleh anak sulongnya itu. "Hehehe sorry bonda, Fiq tak buat  lagi" kata Tengku Rafiq Farhan sambil tayangkan giginya. " Hah sengih-sengih tu kenapa? Ni mesti dia nak ni" kata Alisya Alana. Dia tahu sangat perangai anaknya itu. "Hahaha tau-tau aje bonda Fiq nak something kan? Bonda memang the best lah.. Bonda, ayahanda Fiq nak pergi study kat Sabah boleh? Tak jauh pun. Lagipun kawan-kawan Fiq kat sana. Boleh eh eh" pinta Tengku Rafiq Farhan.  Tengku Syah Zafran berdehem-dehem Alisya Alana menoleh kearahnya Tengku Syah Zafran tersenyum dan menghulurkan sebuah surat kepada Tengku Rafiq Farhan. Tengku Rafiq Farhan mengambil surat tersebut lalu membaca isi kandungan surat itu. Tengku Rafiq Farhan terkejut bahwa pemohonan dia untuk memasuki UMS telah di luluskan dan sudah didaftarkan juga. Kelas bermula satu bulan lagi. "Ya Allah bonda, ayahanda macam mana bonda dan ayahanda tau ni? Siap daftar lagi. Thanks bonda, ayahanda..! You're the best!" Kata Tengku Rafiq Farhan dengan gembira. "You are welcome son. Tapi pesan ayahanda dan bonda belajar untuk hidup sederhana di sana sama macam anak-anak yang lain. Jangan merendahkan orang lain. Bagi contoh yang baik ye nak?" Ujar Tengku Syah Zafran menasihati anaknya itu. "Satu lagi, jangan tinggalkan shalat lima waktu" tambah Alisya Alana. Tengku Rafiq Farhan menanggukan kepalanya.

Hah kenapa pula tu..... Sorry guys xsempat buat ending. Sy nak balik kpg esok. So kena tgu lg hihi😙😗😛😛😛✌
Jangan lupa komen dan vote tau👉👈 love u guys mwah!!!

Cintaku Bukan MainanWhere stories live. Discover now