Bab 4.

12.8K 253 4
                                    

"Zaf apa yang terjadi ni ni hah? Apa yang kamu buat dengan anak ayah?" Tanya Pak Zaki mengoncang tubuh Tengku Syah Zafran.. "Err.. Err maafkan Zaf ayah Zaf khilaf. Zaf benar-benar minta maaf." Ujar Tengku Syah Zafran menudukkan kepalanya, airmata lelakinya akhirnya jatuh juga. "Takpa lah nak, benda dah terjadi. Apa yang boleh kita lakukan sekarang, hanya berdoa dan berserah pada Allah SWT saja." Jawap Pak Zaki dengan sayu. Tengku Syah Zafran hanya mengangguk lemah. 'Alisya, maafkan abang sayang. Abang khilaf..' Detik hatinya berkata.

Ahmad Shazlan kecewa melihat adiknya di buat sebegitu rupa. Biarpun dia dan Alisya Alana bukan adik beradik kandung seibu tetapi dia menyayangi Alisya.
Ahmad Shazlan merupakan anak Pak Zaki dengan arwah isteri pertamanya yang berketurunan cina jawa dari Yogjakarta Indonesia. Ahmad Shazlan menetap di Indonesia dan bernikah. "Loe apakan adik gue sampai begini? Gue nggak terima loe siksa adik gue begini." Kata Ahmad Shazlan dengan kasar sambil menggenggam leher baju lalu mencekik Tengku Syah Zafran. Tengku Syah Zafran hanya mendiamkan diri. Apa yang hendak dikatakan lagi memang salah dia.

Hampir tiga jam lampu red zone dinyalakan, kini menjadi hijau. Sejurus itu Doktor Azahar keluar dari bilik unit kecemasan tersebut selepas menangani Alisya Alana. "Doktor, macam mana anak saya? Dia takda apa-apa kan Doktor?" Tanya Pak Zaki dengan nada risau. "Alhamdullilah pakcik, puan Alisya sudah melepasi masa kritikalnya. Cuma yang saya risaukan ada darah beku di otaknya, ini menyebabkan ingatannya terganggu. Seperti saya katakan tadi, ingatan dia tidak stabil dan dia tidak mengingati apa-apa dari masa sekarang. Disebabkan benturan yang kuat dikepalanya. Pakcik, Pak Engku, Mak Engku, Tengku dan encik Shazlan bersabar lah, berdoa dan berserah saja pada yang Esa. Pesan saya, jangan buat dia stress dan terkejut"jelas Doktor Azahar dengan serius. "Thank you Doctor. Thank you very very much" ucap Tengku Sherry.

Beberapa jam kemudian, seorang jururawat keluar dari bilik unit rawatan rapi yang ditempati oleh Alisya Alana. "Maaf, pakcik Zaki puan Alisya dah sedar, dia nak jumpa dengan pakcik." Kata jururawat tersebut. Pak Zaki hanya mengangguk.

"Assalamualaikum anak ayah, anak ayah dah bangun ye nak?" Ucap Pak Zaki dengan lembut sambil berjalan menghampiri anak perempuan satu - satunya itu. "Waalaikumsalam ayah, ayah, mana ibu? Ibu ada tadi, ibu kata nak bawa Alisya pergi jauh, tapi Alisya tak nak Alisya nak Jaga ayah"jawap Alisya lemah. Pak Zaki tergamam seketika. Airmatanya jatuh .. Sedih dia melihat anaknya yang terbaring lemah dan pucat dipenuhi dengan wayar ditubuhnya. "Ibu tak ada sayang.. Abang Shazlan disini. Alisya nak jumpa abang tak? Papa, mama dan Zaf pun ada tahu" kata Pak Zaki lembut. Wajah Alisya kelihatan ceria mendengar nama abang, papa dan mama mentuanya tetapi kembali muram apabila mendengar nama Tengku Syah Zafran.
"Alisya nak rehat yah.. Salam je buat dorang. Assalamualaikum" jawap Alisya Alana sambil memejamkan matanya. "Waalaikumsalam..Yelah.. Anak ayah rehat lah cukup-cukup, biar cepat sembuh. Ayah tunggu di luar ye nak?"kata Pak Zaki lembut. Dia tahu Alisya tidak mahu di ganggu. Dia keluar perlahan - perlahan.

Bagaimana kah keadaan Alisya Alana? Akan kah dia mengingati kejadian yang menimpanya?😢
Bagaimana kah reaksi Alisya Alana terhadap Tengku Syah Zafran?😨✌
Jangan lupa komen dan vote tau 😁😁😍✌✌💋

Cintaku Bukan MainanWhere stories live. Discover now