Bab 16

6.9K 126 10
                                    

Setelah Danial Heyqal mendermakan darahnys kepada Tengku Syah Zafran, dia terus ke HKL untuk menemani isterinya. "Abang okey tak ni? Lesu aje saya tengok dari tadi. Abang sakit ke?" Tanya Alisya. Danial senyum. "Abang okey aje la sayang, cuma penat sikit" jawap Danial Heyqal sambil mencium tangan isterinya itu. Dia tidak mahu Alisya mengetahui hal sebenarnya kerana itu memudaratkan kesihatannya. Lagi pula Alisya Alana baru sahaja menjalani pembedahan, Alisya Alana tidak boleh mendapatkan stress.

"Naufa binti Saleh you are under arrest for attempting murder" ucap Inspektor Farish. Sebaik sahaja Naufa masuk rumahnya. Rumah itu telah diawasi oleh pihak PDRM sejak Danial Heyqal membuat laporan tiga hari lepas. "HEI! LEPAS LA AKU TAK BERSALAH" jerit Naufa sambil meronta-ronta melepaskan diri. Rykal menangis ketakutan mendengar jeritan mamanya. Dia dipangku seorang pegawai polis yang bersama Inspektor Farish. Oleh kerana Rykal berbinkan Tengku Syah Zafran, pihak polis menghubungi Tengku Sherry untuk menjemput Rykal.

Danial Heyqal dan Tengku Sherry ke balai polis, sesampai mereka di sana. Rykal ceria melihat Tengku Sherry. Danial Heyqal bercadang untuk mengangkat Rykal sebagai anak, itu yang dicadang oleh Tengku Sherry beberapa hari lalu dan dipertujui oleh Tengku Syah Zafran dan Pak Zaki.

Setelah Naufa dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun kerana percubaan membunuh dan mengetuai kumpulan sindiket haram penjualan anak. Rykal diserahkan kepada Danial Heyqal setelah kesemua dokumen telah diuruskan. Nama Rykal ditukar kepada Tengku Rayyan Rayqal bin Danial Heyqal.

Alisya Alana menyayangi Tengku Rayyan macam anak kandungnya sendiri. Apatah lagi Danial Heyqal amat menyayanginya. Gelaran 'Tengku' dipangkal nama Rayyan Rayqal tetap dikekalkan walaupun Danial Heyqal berketurunan tengku, tetapi dia mahu kekalkan gelaran itu.
Tengku Kayla Elsya suka mengusik Tengku Rayyan Rayqal, kerana anak murah dengan senyuman. Tiap kali Tengku Kayla Elsya mengusiknya Tengku Rayyan Rayqal mula ketawa terkekeh-kekeh itu membuat Tengku Kayla Elsya senang. Tengku Fiona pula suka peluk cium adiknya itu. Dia tidak mahu tidur dibiliknya lagi, dia mahu tidur bersama Tengku Rayyan Rayqal. Tengku Rafiq dan Tengku Airish sangat 'protective' terhadap 'baby Rayqal'. (Macam bodyguard gitu). Tengku Rayyan Rayqal genap 9 bulan hari ini, Alisya Alana menatap wajah Tengku Rayyan Rayqal dengan teliti. Tiada iras Naufa di wajah anak kecil itu. 'Ya Allah mungkinkah ini anak yang diculik oleh Naufa dan anak-anak buahnya? Bonda janji bonda akan siasat siapa keluarga baby. Walau apa pun terjadi baby tetap anak bonda dan papa.. Bonda sayang baby sangat-sangat' katanya dalam hati sambil mendakap Tengku Rayyan Rayqal dengan erat. Tengku Rayyan Rayqal ketawa riang. Alisya mencium pipinya Tengku Rayyan Rayqal ketawa riang. Airmata Alisya jatuh.

Sebaik sahaja Tengku Syah Zafran sampai di perkarangan rumah peninggalan papanya itu, suasana kediaman itu amat menentramkan jiwa. Rindu pula dia kepada papanya. 'Pa Zaf rindu papa. Maafkan Zaf kerana mengecewakan papa' katanya dalam hati. Airmata lelakinya jatuh juga.
"Ayahanda!..." Suara Tengku Kayla Elsya memanggilnya sambil berlari ke arahnya. Hanya Tengku Kayla Elsya memanggilnya dengan sebutan 'ayahanda', abang-abang dan kakak hanya memanggil dengan sebutan 'ayah'. Tengku Syah Zafran cepat-cepat menyeka airmatanya dan senyum. "Kay.. Ayahanda rindu Kay tau. Kay okey? Bonda mana?" Ujar Tengku Syah Zafran sambil mencium pipi dan menggendong anak bongsunya itu. "Okey aje la ayahanda. Bonda masak tu.. 'Lasagna' sedap..." Kata Tengku Kayla Elsya dengan gembira. Tengku Syah Zafran hanya tersenyum.

*********************

Hah! Naufa dah meringkuk d penjara.. 30thn lama tu. 😀😀
Tidak ada lagi masalah. Hahaha dun frget to comment n vote taw .....👉👈

Cintaku Bukan MainanWhere stories live. Discover now