bab 25

4.2K 200 5
                                    

Pinnn.. Pinn..

Bunyi hon diluar mengganggu konsentrasi Wafa yang sedang melilit selendang di kepalanya. Dia menyelak sedikit langsir bilik untuk melihat gerangan siapakah yang membunyikan hon tadi dan ternyata Rayyan lah orangnya. Dia lantas memberi isyarat kepada Rayyan supaya menunggu sebentar.

Setelah memastikan segalanya nampak rapi di tubuh, dia berlalu keluar dari bilik dan mencapai beg sandang yang diletakkan di atas sofa. Sekali lagi Wafa melihat pantulan dirinya di cermin besar ruang tamu sebelum kelam kabut mengunci pintu rumah dan menyarungkan sneakers kerana takut Rayyan menunggunya terlalu lama.

Sebaik sahaja Wafa membuka pintu pagar rumah, kelihatan Rayyan sedang enak bersandar di tepi keretanya sambil bernyanyi kecil.

'Amboi.. Gembiranya dia ni,' monolog Wafa dala hati. Dia lantas menutup pintu pagar dan terus menghampiri lelaki itu.

"Hai awak.. Sorry lambat sikit tadi," tegur Wafa.

Rayyan yang sedang leka bernyanyi kecil itu sedikit tersentak apabila Wafa menegurnya.

Dia tersenyum lalu berkata "Hah dah siap pun.. Nasib tak lama saya tunggu."

"Haih..perempuan memang la perempuan.. Kalau bab bersiap mesti sampai satu dua jam," tambah Rayyan perlahan.

Telinga Wafa yang dapat menangkap ayat yang dituturkan oleh Rayyan itu lantas membalas "Eh eh..excuse me Mr Rayyan.. Saya bukan orang yang bersiap lama macam tu okay!.. Fyi..saya tak pandai tempek bedak tebal2 ni.."

Rayyan hanya ketawa lepas apabila Wafa dapat mendengari ayatnya itu. Seketika wajah itu dipandang. Dengan jeans blue black, shawl motif bunga serta blouse warna putih gading yang dipakai oleh Wafa, gadis itu nampak sangat comel dimatanya. Dah macam budak baru lepas spm!

Wafa yang perasan Rayyan sedang memerhatikannya itu lantas bersuara,

"Daripada awak tenung saya macam tu, ada baiknya kita gerak sekarang. Nanti lambat pulak kita balik."

Ketawa Rayyan terletus lagi.

"Okaylah jom.." ajak Rayyan lalu membukakan pintu kereta untuk Wafa gaya seorang gentleman sebelum berlalu ke tempat duduk pemandu.
...........................................

Suasana di dalam kereta sunyi hanya bertemankan suara DJ di radio. Wafa memandang ke arah Rayyan. "Kenapa dia ni senyap je..selalunya pot pet pot pet.." monolog Wafa sendirian.

Wafa mula merenung wajah yang sedang memandu itu. Rayyan memang tiada cacat celanya. Dengan muka seakan-akan kacukan orang putih. Rambut hitam. Hidung mancung. Warna mata yang cantik. Lelaki di hadapannya ini memang complete package! Boleh memukau ramai gadis yang memandang. Tapi...

"Betul ke keputusan aku untuk terima dia sebagai suami?" Wafa kembali mempersoalkan keputusannya. Dia termenung.

"Hensem sangat ke saya ni sampai awak tenung saya macam nak tembus," tanya Rayyan sambil matanya masih tidak lepas memadang jalan raya di hadapan.

Suara Rayyan itu membuatkan Wafa kembali ke realiti. Mukanya terasa berbahang malu kerana telah kantoi merenung lelaki itu..

"Ehemm ehemm.." Wafa berdehem bagi membetulkan suasana. "Kita nak makan kat mana ni?" tanyanya sambil cuba mengubah topik.

"Eh ubah topik nampak.." balas Rayyan lalu tergelak.

Wafa berasa geram dengan lelaki di sebelahnya ini lalu memukul perlahan bahu Rayyan dan berkata "Dahlah..jangan buat saya tambah malu. Tengok habis merah muka saya tau!"

Rayyan semakin galak ketawa.

"Merah takpe comel.. Jangan hijau sudahlah nanti jadi hulk," sakat Rayyan pula.

"Arrayyan Shah!!!!" jerit Wafa geram.
..................................
Di restoran..

Waiter datang untuk mengambil order makanan mereka. Rayyan memesan Grilled Beef Steak dan Iced Lemon Tea. Begitu juga dengan Wafa, dia memesan makanan yang sama dengan Rayyan kerana malas mahu melihat menu yang diberikan.

Setelah waiter beredar, Rayyan memulakan perbualan antara mereka.

"Esok awak free tak? Kalau free kita pergi tengok cincin."

"Hah? Pergi tengok cincin? For what?" tanya Wafa pelik.

"Eh..Takkan awak dah lupa? Kita kan nak kahwin dah.." jawab Rayyan cuak.

Tergelak Wafa melihat reaksi yang diberikan oleh Rayyan itu.

"Hahaha..saya tak lupalah..tapi takkan secepat ni..family awak saya tak jumpa pun lagi.. mama awak? Papa awak? Saya tak kenal pun," terangnya.

Rayyan menarik nafas lega.

"Kan awak dah kenal Araisha.. Bukan setakat kenal lagi dah kan.." ujar Rayyan menyakat.

"Itu adik awak la..kan lain tu..hal ni bukan boleh buat main2 tau," kata Wafa serius.

Rayyan tergelak.

"Rayyan!! Awak ni kan...." Wafa tidak jadi meneruskan ayatnya apabila waiter datang menghidangkan makanan yang dipesan.

Rayyan mengucapkan terima kasih sebelum waiter berlalu pergi.

"Mummy saya ada dekat Aussie. Dia menetap kat sana sekali dengan Araisha. Yelah business yang dia buat pun dekat sana kan.. Tapi mummy ada cakap dia nak datang Malaysia nanti. Tapi saya tak tau la bila," cerita Rayyan.

"Daddy awak dekat mana pula?" Sampuk Wafa.

Rayyan menarik nafas panjang sebelum berkata dengan nada perlahan, "Daddy dah meninggal dunia almost 11 years ago."

Wafa yang mendengar berasa terkejut dan sedih. Dia rasa bersalah pula kerana bertanya. "Awak..sorry, saya tak tahu."

"It's okaylah..dah lama dah pun.
Tapi apa2 hal kita makan dulu. Lepas ni kita bincang balik ea," ujar Rayyan.

Wafa hanya mengangguk setuju.

Usai makan, mereka kembali bercerita itu dan ini sehingga tak sedar jam sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam.
Wafa yang sedar hari sudah jauh malam mula mengajak Rayyan pulang.

Usai menjelaskan bil makanan, mereka bergerak ke tempat parking kenderaan. Sampai sahaja di kereta, tiba2 Wafa bertanya "Rayyan, betul ke keputusan yang saya buat ni?"

"Keputusan apa?" tanya Rayyan kembali.

"Betul ke keputusan yang saya buat untuk kahwin dengan awak ni....." ulang Wafa sambil menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan Rayyan.

Rayyan menarik nafas panjang mendengar ayat yang dilafazkan oleh Wafa itu. 'Nampaknya Wafa masih ragu2' monolog Rayyan dalam hati.

Rayyan tidak menjawab pun pertanyaan Wafa itu. Sebaliknya dia membukakan pintu kereta untuk Wafa dan menyuruhnya masuk sebelum mereka bergerak pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya menyepi. Rayyan tidak berkata walau sepatah. Wafa dapat rasakan yang Rayyan mungkin terkilan dengan soalannya itu tadi. Sebab tu dia senyap sahaja.

Setibanya di hadapan rumah Wafa, Wafa terus membuka pintu kereta tanpa menunggu Rayyan untuk membukakannya. "Nanti ape2 hal whatsapp saya ok.." pesan Wafa sebelum menutup pintu kereta perlahan.

Rayyan hanya mengangguk sebelum bergerak pergi. Wafa memerhatikan kereta Rayyan yang meluncur laju sehingga hilang dari pandangannya. Dia mengunci pintu pagar dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Usai membersihkan diri dan solat isyak, Wafa berbaring di atas tilam dan bersedia untuk tidur, tiba2 fone dia berbunyi menandakan whatsapp masuk. Wafa lantas mencapai fone yang diletakkan diatas meja tepi katil itu. Whatsapp dari Rayyan! Dia lantas membacanya,

Buatlh istikharah klau awk masih tak pasti dgn keputusan yang awak buat ni. Minta petunjuk dari Allah. Love you. Good Night.. Assalamualaikum.

Wafa menarik nafas panjang.....
.........

Hailah..Wafa..Wafa.. Complicated sungguh! Hahahahha

New chapter released..
Enjoy!

Btw.. Sis really appreciate pada awak2 yang comment tu..sis baca tau setiap satu walaupun sis x reply.. Hehehe..thanks!😘

Hello Captain! [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now