bab 10

6.3K 240 2
                                    

" Wafa! " suara Rayyan. Wafa pandang pintu studionya yang baru dibuka dari luar itu.

" Sorry...saya terbangun lambat. Tak dengar bunyi alarm.."

Rayyan datang mendekat. Jantung Wafa dah berdebar semacam.

" Yeah, I can see that. " stonecold suara si Wafa. Cuba cover si jantung yang macam nak melantun. Kenapalah Rayyan nampak hensem sangat hari ni. Tergugat iman cheq....

"Sorry tau Wafa..."

"Apasal awal sangat datang ni, tengok baru pukul." Geram aku dibuatnya. Semalam cakap lain, hari ni buat lain. "Sorry la Wafa, saya memang terbangun lambat tadi. Sedar2 je dah pukul 11."

"Awak tau tak dah dekat 3 jam saya tunggu, ehh geramnya saya.."

Rayyan tersenyum, suka dua melihat muka geram Wafa. "Comel la awak ni bila marah." "Eh..awak jangan main2 boleh tak!!!" Mukanya sudah memerah. Main2 betul la mamat ni tau.

"Hahah..okok..sorry, jomlah kita mulakan projek kita tu."

"Fine..kita start dengan 'gentleman rules', " balas Wafa.

"Hah..okay..ape dia?"

"Hurmmm," Wafa pandang Rayyan sambil menayangkan senyumannya.
------------------------

" Rule number 1, Chivalry never dies, but most men choose to ignore it.. "

Sambil berjalan menyorot bagasi hitam juruterbang, sambil itulah suara Wafa berputar lembut di telinganya. Keadaan KLIA agak sesak walaupun bukan hujung minggu. Mungkin bila pihak penerbangan menurunkan harga tiket penerbangan domestik, semakin ramai yang mula menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines.

Mata Rayyan sesekali memerhatikan sekeliling. Memandang dua gadis di hadapannya yang sedang menyorong troli yang penuh dengan beg sebelum sama2 keluar daripada pintu KLIA. Bila sampai di tepi jalan berturap tar, tampak mereka terkial-kial cuba menolak troli yang tampak berat itu.

"Rule number 1: Chivalry never dies, but most men choose to ignore it."

Suara si comel Adriana Wafa bergema lagi. Rayyan tarik nafas panjang sebelum menebalkan muka ke hadapan. Berdiri di tepi kedua-dua gadis tadi.

"Kalau rule no.1 pun kau tak lepas Arayyan, ni kan pula rule lain? Now or never!"

Kuat si hati kecil mengkaunselingkan diri sendiri. Wafa kata dia mahu lihat perubahan dalam masa 6 hari sebelum majlis tu. Kalau dia tak mula berubah sekarang bila lagi?

"Hi, it seems quite heavy. Mari saya tolong."

Senyuman sopan dilemparkan oleh Rayyan kepada kedua-dua gadis yang tampak agak terkaku memandangnya lama.

"Sekali minah dua orang ni tolak, kan malu pula...ah, tolak je troli ni Rayyan."

Tanpa mempedulikan reaksi si gadis terus sahaja troli ditolaknya melintasi jalan. Malu2 si gadis mengekori dari belakang.

" Sampai sini je ye? "

" Err...aha...thanks... er..nama? " manis senyuman si gadis kepada Rayyan tapi Rayyan balas dengan senyuman sopan. Mengundur setapak sambil memberitahu namanya, sebelum dengan lagak selamba meninggalkan kedua-dua gadis tadi. Bila dia berpaling memandang, keduanya melompat gembira. Jelas perkataan ' Cair ! ' dilontarkan oleh mereka berdua.

"Boleh tahan impak mematuhi rule nombor satu ni, rupa-rupanya.." tingkah Rayyan dalam senyuman tak sangka.
------------------------
Hari yang sangat menakutkan bagi Rayyan telah tiba. Yelah.. giler tak takut..dia mana pernah pergi majlis2 glamour macam ni..ada jugak orang2 yang jemput dia..tapi dia ni jenis yang tak minat dan tak suka berada kat tempat yang crowded.

Tapi disebabkan Wafa yang memaksanya, terpaksa la dia setuju. Dia memandang tuksedo hitam yang kemas tergantung di penyangkut baju. Itu baju yang dipilih oleh Wafa tempoh hari. Puas jugak dia bertekak dengan Wafa sebab kan tidak mahu memakai tuksedo itu. Tapi at last Wafa juga yang menang. Sebabnya dia diingatkan dengan etika kod pemakaian oleh Wafa. Huh!

Dia melihat jam di dinding rumahnya, 6.30 petang. Kata Wafa jumpa dia di lobi hotel tempat majlis itu diadakan tepat pukul 8.00 malam. Fuh! Tinggal lebih kurang 1 jam setengah je lagi. Kata Wafa..gentleman kena patuhi masa. Hah! Jangan lambat Rayyan..

Tepat jam 8.00 malam, Rayyan sudah terpacak di depan lobi hotel. Matanya meliar mencari kelibat Wafa tapi batang hidungnya pun tidak kelihatan.

Tiba2... "Hah! Cari sape?"

Rayyan tersentak. Ya Allah..terkejut aku dibuatnya. Dia pandang gerangan yang mengejutkannya itu. Ternyata itu Wafa! Hailah Wafa.. Rayyan terpegun melihat Wafa, dipandang atas bawah wanita itu. Cantiknya dia! Dengan gaun malam berwarna maroon dan dipadankan dengan shawl berwarna pastel, Wafa kelihatan sangat2 menawan.

"Hello! Rayyan..heii!" Wafa melambai2 kan tangannya di hadapan Rayyan. Rayyan tersedar. Dia menggaru kepalanya. Hehe..

"Wafa..you look so gorgeous.."

"Halah..awak nak ambik hati saya..cakap jelah.." kata Wafa tidak percaya. "Eh seriuslah. Saya puju awak ikhlas ni.."

"Okay..whatever. Jom naik, kita dah lambat."

Rayyan hanya menuruti Wafa. Sepanjang perjalanan dia ketingkat atas. Semua mata di hotel itu memandangnya. Tak kira perempuan mahupun lelaki. Rimas pulak dia rasa. Wafa menarik lengannya. "Rayyan..awak dah berjaya! Yeay! Cuma masih banyak kena belajar." Wafa berbisik kepadanya.

Rayyan tersenyum. Dia kembali berbisik kepada Wafa, "Dah berjaya kan..nak belajar ape lagi?"

"Tingkatkan keyakinan!" Kata Wafa.

"Keyakinan?" "Ye..keyakinan..supaya awak tak malu2 lagi bila orang tengok awak. Macam sekarang ni," jelas Wafa.

Dia hanya mengangguk.

New update guys!!! Selamat berpuasa..




Hello Captain! [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now