6 tahun yang lalu..
Aku seperti biasa, setiap pagi selepas besiap untuk pergi kerja, rutin harian ku adalah...
" Erra.. sarapan dah siap dah ni. Awat lambat sangat nak turun ni. Nanti nasi goreng ni sejuk, jangan nak salahsalahkan nadra pulak eh. " teriakku. Ya, itulah dia rutin harian ku setiap pagi. Tak kenal Erra lagi ke? Baiklah..
Erra
Erra ni sahabat karib aku dari bangku sekolah lagi. Ya, dialah jugak yang aku sebut sahabat dunia akhirat. Sebab, dikala aku down, erra sajalah yang ada untuk memujukku. Dialah juga yang memberikan ku katakata semangat untuk aku bangkit. Erra ni, menurut katakata rakan sekelas kami dahulu, erra orang yang pendiam. Tapi... sebenarnya kalau korang nak tahu. Erra ni lah orang yang tak pernah diam kalau samasama orang yang memang dia selesa. Oh ya, aku lah orangnya. Ya. Mahu tak tidur aku melayan erra.
Sekarang ni kami masingmasing sudah berkerja, tapi yelah dah jodoh kami bekawan kot sebab tu asyik melekat je. Erra ni bekerja di syarikat ternama disini. Syarikat Ilyas Yahya sebagai pembantu ceo disana. Bukan main kacak bos erra ni. Cair aku!
***
" Yelah. Yelah. Erra turun ni. Thank you Nadra. "
" Your welcome, Ra. Esokesok kau pulak yang masak tau. Asyik aku je yang masak. Nanti kawin kesian lah laki kau. "
" Excuse me? Nadra. Tautau je kau eh. Aku memanglah tak pandai masak macam kau. Tapi takpe demi din aku sanggup. "
" Geli aku" , Meremang bulu aku dengar erra yang tak pasalpasal sanggup 'bekorban' nak belajar masak demi buah hati dia tu.
Erra hanya ketawa. Lawak kot bagi dia sendiri. Tapi tak lah bagi aku. Geli kot. Yelah, kalau dah cinta tu. Memang buta lah kan? Sanggup buat apa saja. Walaupun dah tak minat nak masak.
" Erra, lekas lah. Aku dah lambat ni. Aku tau lah kau tu lawa. Tak payah lah nak touch up muka kau tu. "
" Yelaaaaaaaaaah. Aku tau lah aku ni tak macam kau. Pegi kerja tak payah kan make up bagai. Aku ni kena kot. Biasalah, aku tak confident lah nak keluar dengan naked face aku ni " balas erra sambil touch up lipsticks dia, inilah yang erra selalu buat lepas makan je, kena touch up.
" kau ni dah kenapa. Aku faham lah. Aku kerja pun kena pakai tau tak? Yelah, walaupun cuma bedak dan gincu. Takut pulak aku kalau pakai macam kau ni, semua lelaki stalk aku. Hahahahahaha " ujarku dan tak hentihenti ketawa. Lawak kot. Erra yang busy touch up pun melepaskan ketawa.
Hari ni aku ikut erra. Sebab kereta proton aku tengah rehat, sakit kot tiap hari kena pakai. " yelah, rehatlah kau hari ni bob. Esokesok aku kena guna kau jugak. Aku tak nak lah tiap hari kena begegas nak kerja. " kataku dalam hati. Bob? Perkenalkan.. bob adalah teman seperjalanan ku. Ya, dialah kereta proton ku.
***
" Selamat pagi cikgu "
" Morning miss "
" Assalamualaikum miss "
" Assalamualaikum, morning miss nadra "
Sampai saja disekolah tempatku bekerja. Aku happy sebab selalu disambut ceria dengan warga sekolah. Terutama pelajarpelajar disana. Aku adalah tenaga pengajar di Sekolah Tinggi Permata mengajar bahasa english dan juga add maths.
Ni pun aku sedang menjalankan attachment aku disekolah ini. Baru je 3 bulan. Oleh kerana aku mengambil jurusan matematik dan jurusan pegajar.
YOU ARE READING
Pengorbanan Seorang Isteri
Romance" Nadra akan tunggu suami nadra, ummi. Sampai bilabila pun. Nadra yakin dia jodoh nadra dunia akhirat. Ini cuma ujian dari Allah je ni. Nadra kena kuat. Nadra kena kuat demi suami nadra " 5 tahun menunggu dilamar, dan kini menjadi isteri yang sah k...
