"Ayah nak cakap something ni?"

"Ye ayah. Apa dia?" Tanya Izzat.

Ayah memberikan sampul surat besar berwarna coklat kepada Izzat.

"Apa ni?"

"Bukalah. Baca dan fahamkan." Kata ayah.

Aku dan mak pula sibuk melihat majalah tentang kecantikan. Manakala Iskandar pula menonton kartun kegemarannya di televisyen.

"Korea?" Tanya Izzat.

"Ye Korea. Iz pun tahu ayah dah tua, takkan ayah nak pegang projek besar ni dekat sana. Ayah dah tak larat Iz. Iz pergilah ambil alih untuk pembinaan tempat tu. Buatlah apa yang patut." Terangnya.

"Nadz dan Is macam mana?" Tanya Izzat.

"Iz bawaklah mereka berdua sekali. At least adalah teman untuk Iz. Nadz pula boleh tolong kamu dekat sana."

"Baiklah ayah." Jawab Izzat.

.
.
SKIP
.
.

"Kau mari sini." Panggil Izzat.

Aku yang sedang mengemas dapur terhenti kerana Izzat memanggil aku. Aku pergi ke arahnya.

"Pergi kemas barang-barang kau dan Iskandar masuk ke dalam beg." Arahnya.

"Nak pergi ke mana?" Tanyaku.

"Pergi Seoul,Korea." Balas Izzat.

"Hah! Apa dia?"

"Kau ni pekak ke? Aku kata pergi Korea."

Aku mula sedikit mengelabah. Apa patut aku lakukan? Aku taknak pergi ke negara itu. Tidak sanggup kaki ku jejak ke negara itu semula. Aku tidak mahu sejarah aku berulang lagi kerana lelaki itu.

"Kau dengar tak?!" Marah Izzat kepadaku.

"Ye dengar. Tak pelah saya tak nak ikut." Kataku.

"Kau kena ikut. Ayah suruh kau ikut. Nanti kau dan Iskandar tak ikut, aku yang kena. Aku bukan nak sangat kau ikut tapi terpaksa."

"Tapi...."

"Sudah! Tak de tapi-tapi. Pergi kemas cepat."

Aku mengangguk.

"Nanti malam kita bertolak."

"Baiklah." Jawabku akur.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Aku menarik bagasiku dan Iskandar ke tempat duduk lalu aku melabuhkan punggung.

Aku memegang kedua-dua tanganku erat. Risau aku terjumpa dia di sana. Hatiku betul-betul rasa gementar. Dikirkan balik, perlu ke aku ada perasaan begini. Lagipun Korea besar. Sah-sahlah aku takkan terserempak dengan dia.

Tiba-tiba aku dapat rasakan tanganku dipegang lembut. Rupanya tangan Iskandar yang kecil itu memegang tanganku.

"Mama kenapa?" Tanya Iskandar.

Aku mengelengkan kepala sambil memandang anakku.

"Dah tu kenapa mama nampak risau?"

"Tak de apa-apa Is. Mama okay."

Kemudian aku memeluknya erat.

"Sudahlah adegan sayang-sayang ni. Aku gelilah tengok." Kata Izzat.

Aku meleraikan pelukan Iskandar. Terasa perit di dada apabila Izzat berkata begitu di depan Iskandar. Bapa apa perangai macam ni yang tak pernah sayangkan anak. Serupa binatang je.

.
.
.
.
.
.
.

Akhirnya aku sudah tiba di negara Korea. Izzat menyewa sebuah kereta dan sebuah rumah untuk menginap dalam beberapa bulan.

Aku membawa barang-barang aku dan Izzat ke bilik. Kemudian, aku menghantar Iskandar ke bilik lalu meletakkan pakaiannya di dalam almari. Izzat mengetuk bilik Iskandar. Aku memandangnya.

"Aku nak bincang kau sesuatu. Aku tunggu kau dekat bawah." Kata Izzat.

Aku memangguk perlahan.

Usai sahaja aku mengemas bilik Iskandar, aku turun ke bawah untuk berjumpa dengan Izzat. Punggungku dilabuhkan.

"Nah baca ni."

Izzat memberikan sampul kepada aku. Sampul yang diberikan oleh Izzat itu sama dengan apa yang diberikan oleh ayah Izzat ketika makan malam.

"Aku nak kau uruskan projek ni." Sambung Izzat lagi.

Aku membuka sampul itu lalu aku membaca kandungan tersebut.

"Big hit?" Kataku perlahan.

Izzat mengganguk.

Surat itu aku campakkan.

"Saya tak nak uruskan!" Aku membantah.

Bersambung...

Artist of The Year

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Artist of The Year

Walaupun MAMA dah lepas, saja nak ingat kembali. Author teringat masa author tengok MAMA dekat tvN. Masa Ji Won nak umumkan pemenang, jantung author masa tu berdenyut laju. Memang mendebarkan. Akhirnya, BTS menang! Serius memang menjerit masa tu sampai ibu author perli 😂 bile nampak BTS menangis terutama cameraman tunjuk Jin, Jungkook dan Suga menangis. Rasa sebak tengok depe. Haihh memang kupas bawang betul 😭

 Haihh memang kupas bawang betul 😭

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

'Teamworks makes the dreamwork"

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

'Teamworks makes the dreamwork"

First Love with Malaysian People 2Où les histoires vivent. Découvrez maintenant