Chapter 11

2.6K 154 5
                                    

"Tak, awak tak boleh sukakan saya. Maafkan saya, Eunwoo. Saya juga akan berhenti sukakan awak. Awak perlu teruskan perkahwinan awak dengan Hyemi. Ini, surat berhenti kerja. Saya bukan lagi maid awak mulai hari ini." Eunjung menghulurkan sepucuk surat kepada Eunwoo.

"Eunseol..kenapa awak buat saya macam ni? Saya tunggu awak selama bertahun-tahun. Mama dan nenda percaya yang awak sudah tiada di muka bumi ini lagi. Dan tiba-tiba kita berjumpa semula. Tetapi awak nak lupakan saya. Tak boleh ke kalau kita kembali seperti dulu?" soal Eunwoo.

Tanpa membalas kata-kata Eunwoo, Eunjung terus meninggalkan tempat itu.

"Mianhae (maafkan saya), Eunwoo yahh.." ucap hati Eunjung.

👰
Keesokan harinya merupakan hari pertunangan Hyemi dan Eunwoo.

"Mama, Eunwoo dah kata dia tak mati! Kenapa mama nak tipu Eunwoo?!" Tengking Eunwoo.

Hyemi telah pun bersiap sedia memakai gaun perkahwinannya, dia hanya duduk di sofa bersebelahan Puan Cha. Sepatah perkataan pun tidak mampu diluahkannya.

"Eunwoo-yahh..kamu pasti ke kamu tak salah orang ni? Tak mungkin lah Eunjung tu Eunseol." Puan Cha membantah kata-kata anaknya.

"Apa?! Eunjung ialah Eunseol?!" Nenda Cha secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu dengan marah nya.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya di sini?" Soal Nenda Cha.

"Nenda, Eunwoo minta maaf..tapi Eunwoo nak batalkan perkahwinan ni. Eunwoo..masih lagi ada perasaan pada Eunseol walaupun telah lama Eunwoo tak jumpa dia. Dan Eunwoo..tak nak dia bersedih nampak Eunwoo berkahwin. Eunwoo nak dapatkan dia semula." Jelas Eunwoo.

"Eunwoo! Apa yang kamu fikirkan ni?! Kamu tak boleh batalkan perkahwinan ini! Kamu nak malukan Hyemi dihadapan para tetamu?" Marah Nenda.

"Tapi nenda sendiri pun suka Eunseol. Kenapa nenda ubah fikiran?" Soal Eunwoo hairan.

"Hyemi tetap akan kahwin dengan kamu, Eunwoo. Maafkan nenda ya, Hyemi. Maafkan Eunwoo juga." Nenda Cha mengambil tempat duduk di hadapan Eunwoo.

"Tak, tak mengapa, Nenda..saya..dah ubah fikiran. Saya juga nak berhentikan perkahwinan ini. Biarlah Eunwok kahwin dengan Eunseol sahaja." Ujar Hyemi sambil menanggalkan barang kemas di telinga, leher dan tangannya.

"Kenapa kamu tiba-tiba ubah keputusan pula ni?" soal Nenda.

"Saya..tak nak berkahwin dengan orang yang saya tahu tak cintakan saya. Kerana kalau saya tetap kahwin dengan dia, dia tak akan bahagia. Jadi tak ada gunanya saya berkahwin dengan dia. Maafkan saya sebab banyak menyusahkan nenda dengan mama." luah Hyemi lalu beredar meninggalkan bilik itu.

Eunwoo juga turut keluar untuk mengejar Hyemi.

"Hyemi! Tunggu!" jerit Eunwoo.

"Dae (pardon)?" soal Hyemi memberhentikan langkahnya.

"Maafkan saya.. maaf kerana buat awak menunggu lama untuk keputusan saya dan ini yang saya bagi kepada awak." rayu Eunwoo.

"Tak mengapa. Awak tak perlu rasa bersalah. Ini juga keputusan saya. Saya akan lupakan awak dan cari lelaki yang lain. Jangan berputus asa terhadap Eunseol." pesan Hyemi.

"Dia..tak nak terima saya lagi. Dia juga dah putuskan yang dia nak lupakan saya.." ujar Eunwoo dengan nada sedih.

Hyemi meletakkan tangannya di atas bahu Eunwoo.

"Awak jangan risau..saya akan pujuk dia supaya terima awak." jelas Hyemi sambil tersenyum. Di sebalik senyuman nya tersembunyi perasaan sedih.

"Eunwoo, kita masih lagi boleh jadi kawan, kan?" soal Hyemi.

"Sudah tentu. Dan awaklah kawan saya yang paling baik. Ini..awak ambil sahaja. Saya ikhlas. Ianya sebagai persahabatan kita." Eunwoo menghulurkan kotak yang berisi barsng kemas yang dipakai Hyemi sebentar tadi.

Eunwoo lantas memeluk Hyemi dengan erat.

👰
Di cafe.
Hyemi mengambil tempat di hadapan Eunjung.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" soal Eunjung.

"Eunseol.." panggil Hyemi.

Mata Eunjung membulat.

"Macam mana awak boleh tahu nama sebenar saya?" soal Eunjung terkejut.

"Tolong..terima Eunwoo. Dia sangat perlukan awak sekarang. Boleh awak terima dia? Awak jangan risau. Saya tak akan marah lagi apabila awak dengan dia tapi tolong jagakan dia untuk saya. Saya dan Eunwoo telah pun batalkan perkahwinan kami." terang Hyemi.

"Saya..tak tahu apa yang perlu saya buat. Saya tak tahu patut kah saya berkahwin dengan dia.." Eunjung termenung seketika.

"Dia tunggu awak di gereja tepat pukul 3 petang. Jadi, saya harap awak dapat buat keputusan yang betul." ujar Hyemi sambil berlalu pergi dari cafe tersebut.

"Apa keputusan saya? Hanya tinggal 45 minit sebelum pukul tiga. Pastut ke saya terima lamaran dia?" Soal Eunjung seorang diri.

Beberapa minit kemudian, di gereja.

"Eunwoo-yahh..macam mana kalau Eunseol masih belum datang?" soal Nenda Cha.

"Tinggal seminit sahaja lagi sebelum tepat pukul 3. Kalau dia masih tak datang, ianya bermakna dia tolak lamaran Eunwoo." Ujar Eunwoo sambil merenung tepat kearah jam tangannya.

"Sam (tiga), i (dua), il (satu)."

Pintu gereja terus terbuka. Kelihatan Eunjung sedang berdiri di hadapan pintu gereja. Dia memakai gaun putih yang sangat cantik. Eunwoo hanya mampu tersenyum. Jika Eunjung datang, ia bermakna lamaran Eunwoo diterima. Eunjung berjalan menghampiri Eunwoo.

"Gumao (terima kasih), Eunjung-ahh.." ujar Eunwoo.

Selepas selesai sahaja majlis perkahwinan itu, Eunwoo dan Eunjung duduk di garden. Begitu juga dengan Hyemi dan ahli ASTRO.

"Chukahae (tahniah), Eunwoo-yahh.." Hyemi menepuk belakang badan Eunwoo sambil tersenyum.

"Eunjung-ahh, mulai hari ini, nama awak ialah Eunseol, bukan lagi Eunjung. Dan awak adalah isteri saya, bukan lagi maid saya" ujar Eunwoo membuatkan semua mata tertumpu kearahnya.

"Yah (hey)! Eunwoo, ianya sangat menjijik kan, tahu?" ujar Sanha.

Eunjung hanya ketawa mendengar kata-kata Eunwoo dan Sanha. Sedang mereka sibuk berbual, secara tiba-tiba satu message masuk. Terpapar nama Moonbin pada skrin telefon Eunjung.

'Mari berjumpa di jambatan'

"Eunwoo, saya..perlu pergi sebentar. Nanti saya datang balik." Ujar Eunjung meminta diri.

Dia berlari ke jambatan.

"Moonbin-ahh.." panggil Eunjung.

"Hm..wae (kenapa)? Awak takut saya akan jatuh cinta dengan awak lagi? Ani (tidak)..saya datang hanya untuk ucapkan tahniah. Awak dan Eunwoo akhirnya dah berkahwin." Ujar Moonbin sambil tersenyum.

"Gumao (terima kasih). Tapi..kenapa awak tak datang ke majlis saya? Marilah, sertai kami. Kita kan masih lagi boleh berkawan." Eunjung menarik tangan Moonbin ke garden.

"Tengok, sapa yang saya bawa. Saya ajak dia sertai kita semua. Dia boleh sertai kita, kan?" jelas Eunjung.

"Mullon (sudah tentulah)." Jawab mereka semua serentak.

"Moonbin-ahh, anjda (duduklah)." Arah Hyemi.

Akhirnya mereka semua gembira bersama-sama. Kini Moonbin tidak lagi sukakan Eunjung. Ahli ASTRO melanjutkan pelajarannya bersama Hyemi. Di universiti, mereka masing-masing mendapat pasangan yang baharu.

                        ~Tamat~

(Ost. Morning Call by ASTRO).

MAID || Cha EunwooOnde as histórias ganham vida. Descobre agora