Chapter 8

1.8K 131 7
                                    

"Moonbin ahh, saya.."kata-kata Eunjung lantas dipotong oleh Moonbin.

"Tak mengapa, awak fikirlah masak-masak dulu."ujar Moonbin.

"Saya telah pun fikirkannya. Maafkan saya, Moonbin. Saya bukannya tak nak terima awak. Kalau boleh memang saya sukakan awak. Awaklah satu-satunya pelajar yang layan saya di sekolah ini. Awak juga orang pertama yang menegur saya sebaik sahaja saya melangkah ke sekolah ini. Tapi, saya telahpun sukakan seseorang. Dan seseorang itu ialah.."ujar Eunjung.

"Cha Eunwoo? Betul kan apa yang saya teka?"soal Moonbin.

Eunjung menutup matanya.

"Ya, memang dia."balas Eunjung perlahan.

"Saya dah agak. Perempuan tu mesti ada menaruh harapan pada Eunwoo. Tengoklah dia nanti."bisik hati Hyemi dengan marah.

"Eunjung, tapikan Eunwoo akan bertunang dengan Hyemi. Awak pun pasti dah tahu. Satu sekolah dah tahu."ujar Moonbin.

"Saya tak akan ganggu hubungan mereka. Saya akan biarkan Eunwoo bertunang dengan Hyemi. Dan.. Moonbin, saya berani berjanji yang saya akan terima awak selepas pertunangan mereka."terang Eunjung.

"Eunjung, kenapa awak lepaskan orang yang awak suka?"soal Moonbin.

"Sebab kalau dia dah ditentukan bukan takdir saya, walau macam mana pun yang saya buat, dia masih lagi bukan takdir sayam"balas Eunjung.

"Um..Moonbin?"soal Eunjung.

"Dae (ya)?"soal Moonbin pula.

"Ada sesuatu yang perlu saya beritahu awak. Tapi, boleh awak janji jangan bagitahu sesiapa? Saya perlu kekalkannya sebagai rahsia. Awak orang pertama yang saya nak bagitahu."jelas Eunjung.

Moobin mengangguk.

"Sebenarnya, saya..Maid Eunwoo yang baru."akhirnya rahsia itu dibongkarkan.

"Awak..Maid dia? Betul ke apa yang saya dengar ni? Sebab tu ke.. awak mintak saya hantar awak di sekitar rumah Eunwoo? Sebab awak maid dia? Dan awak tinggal serumah dengan dia?"soal Moonbin yang masih lagi tidak percaya.

Eunjung menangguk tanda mengiyakan sahaja persoalan Moonbin.

"Bo (apa)?! Eunjung..maid Eunwoo?!"bentak Hyemi didalam hati.

"Moonbin, saya.. betul-betul minta maaf. Saya harap awak masih lagi terus berkawan dengan saya."ujar Eunjung lalu meninggalkan Moonbin dengan nada sedih.

👰
Pada waktu balik.

"Moonbin! Ikut saya sekejap."jerit Hyemi dari arah belakang.

Moonbin akur lalu mengekori Hyemi ke belakang sekolah.

"Apa yang awak nak?"soal Moonbin dengan malas.

"Saya nak awak cuba buat Eunjung sukakan awak."jelas Hyemi.

"Apa maksud awak?"soal Moonbin lagi

"Yelah, awak pun mesti dah tahukan yang perempuan tu sukakan bakal tunang saya, Eunwoo. Saya tak suka dia rapat dengan Eunwoo. Awak kan suka dia. Kenapa tak halang dia sukakan orabg lain?"soal Hyemi.

"Hyemi, awak dah silap. Saya tak nak paksa orang yang saya suka untuk berhenti sukakan orang yang telah dia menaruh harapan. Cinta tak boleh dipaksa, Hyemi. Lagipun Eunjung tak pernah kacau hubungan awak dan Eunwoo walaupun dia sukakan Eunwoo. Sudahlah dengan cadangan bodoh awak tu. Saya tak akan ikut cara awak."terang Moonbin lalu meninggalkan Hyemi.

"Yah (hei), Moonbin!"panggil Hyemi akan tetapi panggilan itu diendahkan oleh Moonbin.

👰
Di rumah Eunwoo.

"Eunjung, malam ni Hyemi adakan parti di rumah dia. Awak nak ikut ke?"soal Eunwoo sambil membetulkan kolar bajunya di hadapan cermin.

Eunjung menggeleng.

"Awak pergi jelah. Saya tak nak ikut."balas Eunjung.

"Kalau macam tu jaga rumah baik-baik. Saya mungkin akan balik lewat sedikit." arah Eunwoo.

Selepas Eunwoo keluar meninggalkan rumah, Eunjung terus mengunci pintu .
Dia berjalan masuk ke biliknya dan memeriksa kalender.

5 September - Go to village, Iksan.

"Eunwoo bagi ke kalau saya mintak cuti kat dia?"bisik hati Eunjung.

Secara tiba-tiba kedengaran seperti ada seseorang masuk melalui pintu belakang.

"Siapa tu? Eunwoo ke? Apa lagi yang dia nak?"soal Eunjung.

Dia mengintai ke pintu belakang rumah.
Alangkah terkejutnya Eunjung apabila melihat dua orang lelaki bertopeng hitam sedang memanjat pintu pagar dapur.
Eunjung menutup mulutnya lalu lari ke dalam bilik.

"Hei, jangan lari!"jerit dua orang perompak itu sambil mengejar Eunjung.

Belum sempat Eunjung ingin mengunci pintu bilik, dua perompak itu pun pantas menendang pintu itu.
Mereka mengikat tangan dan kaki Eunjung lalu dikurungkan Eunjung di dalam stor bersebelahan pintu belakang.

👰
Sementara itu, di parti rumah Hyemi.

"Seon Eunjung mana? Dia tak datang ke? Saya rasa saya dah jemput dia." ujar Hyemi.

"Dia sibuk. Sebab tu lah dia tak dapat datang." balas Eunwoo.

"Uh? Macam mana awak boleh tahu yang dia sibuk? Awak dan dia tinggal serumah ke?" soal Hyemi sengaja ingin mendengar jawapan Eunwoo.

"Tak..Maksud saya, dia mungkin sibuk." sambung Eunwoo.

"Kalau macam tu awak masuk lah dulu. Kawan-kawan lain dah lama tunggu awak." pelawa Hyemi.

"Baiklah." ujar Eunwoo.

Beberapa jam kemudian..
Majlis hari jadi itu pun tamat.

"Hyemi, saya balik dulu." ujar Eunwoo meminta diri.

"Baiklah, hati-hati memandu." pesan Hyemi.

"Awak janganlah risau." Eunwoo membalas dengan satu senyuman.

👰
Setelah dia tiba di rumah.
Loceng rumah ditekan beberapa kali tetapi tiada siapa yang datang untuk membuka pintu.

"Mana Eunjung ni? Dia dah tidur ke?"soal Eunwoo.

Eunwoo pergi ke belakang rumah dan kelihatan pagar terbuka luas.
Justeru itu dia terus mengambil keputusan untuk masuk melalui pintu belakang.
Sebaik sahaja dia masuk, pintu bilik stor berbunyi seperti ditendang dari dalam.
Eunwoo membuka pintu tersebut.

"Eunjung-ahh.."panggil Eunwoo sambil menggoncang badan Eunjung yang sudah lemah itu.

Baju Eunjung dibasahi peluh.
Badannya pula menggigil.
Eunjung menangis apabila melihat Eunwoo dihadapannya.
Eunwoo membuka ikatan tali di tangan Eunjung.

"Waegeurae (kenapa ni)?"soal Eunwoo.

Eunjung lantas memeluk Eunwoo.
Eunwoo sangat terkejut dengan tindakan Eunjung.

"Saya takut.."ujar Eunjung dalam tangisannya.

💑BERSAMBUNG💑

MAID || Cha EunwooWhere stories live. Discover now