Chapter 2

2.7K 178 14
                                    

Eunjung pantas menolak kotak tersebut ke bawah katil sebaik sahaja Eunwoo tiba di situ.

"Masih belum jumpa ke?"soal Eunwoo dengan muka bengangnya.

"Dah. Ini dia. Awak nak saya tolong sapukan ubat ke?"soal Eunjung sambil menghulurkan plaster kepada Eunwoo.

"Jangan menggatal sangat lah."ujar Eunwoo sambil berlalu pergi.

Eunjung terus mengemas kotak sebaik sahaja kelibat Eunwoo hilang dari pandangan.

"Panas baran betul lah Eunwoo tu. Tapi.. dia boleh tahan handsome. Suara dia pun sedap jugak.."Eunjung bercakap seorang diri.

👰
Pada waktu makan malam.

"Saya dah kenyang."ujar Eunwoo.

Eunjung mengangkat pinggan mangkuk Eunwoo lalu letakkan ke dalam singki.
Memandangkan jarum jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 malam, semua pembantu rumah sudah nyenyak di buai mimpi.
Eunjung memang suka berjaga di malam hari.

"Kenapa nak susah-susah makan tengah malam? Dah gila ke apa? Nak mati cepat agaknya.."kutuk Eunjung sambil tangannya tekun membasuh pinggan.

"Eunjung, memandangkan esok cuti sekolah.."ayat Eunwoo dipotong dengan pantas oleh Eunjung.

"Saya boleh cuti lah, kan? Sebab semua maid yang lain kata jadual esok kosong."ujar Eunjung dengan senyuman yang lebar.

"Tak. Awak tak boleh cuti. Esok kawan saya akan datang. Awak kena buatkan air, sediakan makanan, kemas rumah, tukar cadar katil bilik saya dan basuh baju."arah Eunwoo.

"Tapi kenapa saya tak boleh cuti?"soal Eunjung.

Mukanya kembali muram.

"Kenapa awak nak sangat cuti? Hah? Sudah lah. Saya nak masuk tidur dulu."ujar Eunwoo.

"Tunggu, kawan awak ramai ke? Moonbin datang sekali ke?"soal Eunjung.

"Macam mana awak boleh kenal Moonbin?"soal Eunwoo pula.

"Panjang ceritanya. Awak bagitahu je lah. Dia datang ke tak?"balas Eunjung.

"Tak. Rocky, Jinjin dan Sanha je yang datang. Hyemi sekali. Dah? Ada apa-apa soalan lagi ke? Saya dah ngantuk ni."ujar Eunwoo.

Eunjung menggeleng.

"Pergi lah masuk tidur."ujar Eunjung.

👰
Setelah selesai mengemas, Eunjung terus masuk tidur.
Keesokan harinya.
Enjung bangun awal pagi untuk mengemas rumah seperti yang diarahkan oleh Eunwoo.
Hanya dia sahaja pembantu rumah Eunwoo yang tinggal di rumah itu.
Yang lain semuanya telah balik dan mengambil cuti.

"Pukul berapa kawan dia nak datang eh?"soal Eunjung sambil menyusun bantal kusyen.

Secara tiba-tiba muncul satu suara menjawab soalan Eunjung.

"Pukul 1. Yang awak bangun awal pagi ni kenapa?"soal Eunwoo.

Eunjung berdiri lalu memandang Eunwoo.
Dia menjeling sedikit lalu berjalan ke biliknya.

"Semua kerja saya dah siapkan. Kalau ada apa-apa lagi panggil saya kat bilik."ujar Eunjung.

"Eunjung, awak marah kan saya ke sebab tak bagi awak cuti?"soal Eunwoo.

Eunjung melepaskan satu keluhan berat lalu masuk ke dalam biliknya.

👰
Setelah Rocky, Jinjin, Sanha dan Hyemi datang, Eunjung terus menyarung hoodynya serta memakai topeng hidung dan mulut.
Dia menghidangkan jus dan snek di ruang tamu.

"Eunwoo, ni pembantu rumah awak yang baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni.."soal Jinjin.

Tangan Eunjung berhenti meletakkan gelas ke atas meja.
Dia memandang wajah Eunwoo.
Eunwoo dengan wajah yang tenang hanya mengangguk.

"Mana yang lain?"soal Hyemi pula.

"Kenapa ni, Hyemi? Awak cemburu ke? Lagipun pembantu rumah Eunwoo yang baru ni nampak masih muda. Betul kan, apa yang saya cakap ni, Rocky?"soal Sanha pula.

"Betul tu. Cik, awak ni masih lagi sekolah ke?"soal Rocky sambil memegang pergelangan tangan Eunjung.

Eunjung sungguh terkejut dengan tindakan Rocky.

"Eunwoo, tolong lah buat sesuatu..Tolong lah.."rayu Eunjung dalam hati.

"Ah..Dae (ya)."balas Eunjung perlahan.

"Awak sakit ke? Kenapa pakai topeng mulut?"soal Rocky lagi.

"Saya.."belum sempat Eunjung menjawab soalan Rocky, Hyemi pantas mencelah.

"Rocky, sudah lah tu. Dia masih ada banyak kerja."tegur Hyemi.

Rocky melepaskan tangan Eunjung.
Eunjung segera membawa dulang itu ke dapur.
Jantungnya berdegup laju.

"Macam mana lah dia boleh diam dan tengok je tadi?"soal Eunjung dengan tidak puas hatinya.

Secara tiba-tiba Eunwoo masuk ke dapur.

"Yang awak pakai topeng segala bagai ni kenapa?"soal Eunwoo.

"Diam lah! Awak nak satu sekolah tahu yang saya pembantu rumah awak?"soal Eunjung pula.

"Eunwoo! Cepat lah ke sini! Apa awak buat kat dapur tu?!"teriak Hyemi dari ruang tamu.

"Sekejap!"balas Eunwoo.

"Awak nak saya bersihkan bilik awak sekarang ke?"soal Eunjung.

"Tak perlu."balas Eunwoo ringkas lalu berjalan ke ruang tamu.

Eunjung menghentak-hentak kakinya kerana geram dengan sikap Eunwoo yang angkuh lagi sombong itu.

👰

"Annyeong (bye), Eunwoo yahh.."ujar Hyemi lalu memeluk Eunwoo.

Eunjng hanya memerhatikan dari dapur.

"Saya tak boleh cemburu."ujar Eunjung perlahan.

"Eunwoo, saya rasa petang esok Moonbin nak datang sekali. MJ masih lagi sibuk la.."ujar Jinjin.

"Dengar kata kan, Moonbin suka pelajar yang duduj sebelah awak dalam kelas tu lah, Eunwoo."ujar Rocky.

"Moonbin dah ada crush?"soal Hyemi.

"Awak tak tahu ke? Pelajar yang duduk sebelah Eunwoo dalam kelas tu cantik. Tapi saya tak ingat lah nama dia apa.."sambung Rocky.

"Seon..Eunjung. Itu lah nama dia kalau saya tak salah."balas Sanha.

"Perempuan duduk sebelah awak?"soal Hyemi sambil menjeling Eunwoo.

"Habis lah awak, Eunwoo. Hyemi dah tahu awak duduk sebelah Eunjung."perli Jinjin.

"Saya rasa saya pun suka kat Eunjung tu."ujar Sanha.

"Moonbin kan suka dia."ujar Rocky.

"D..Dae (pardon)? Moonbin..Suka aku?"soal Eunjung dalam hati.

💑BERSAMBUNG💑

MAID || Cha EunwooWhere stories live. Discover now