Chapter 9

1.7K 143 3
                                    

"Eunjung, apa yang dah berlaku sebenarnya? Macam mana boleh ada perompak masuk?" soal Eunwoo.

"Maafkan saya..Saya lupa kunci pintu belakang." Eunjung menunduk tanda bersalah.

"Tak mengapa. Yang penting sekarang ni awak selamat. Saya akan telefon polis. Awak boleh tahankan pintu sekejap?"soal Eunwoo.

Eunjung akur.
Eunwoo pun mula menelefon polis.

"Ini Eunwoo bercakap.." Eunwoo mula menerangkan semuanya kepada polis.

"Macam mana?"soal Eunjung.

"Polis akan datang tak lama lagi." Eunwoo duduk di sebelah Eunjung.

"Saya mintak maaf." ujar Eunwoo.

"Wae (kenapa)?"soal Eunjung.

"Sebab tinggalkan awak sendirian di rumah." ujar Eunwoo penuh bersalah.

"Tak mengapalah. Awak kan pergi sambut hari jadi teman wanita awak." Eunjung memandang lantai.

Secara tiba-tiba Eunwoo meletakkan tangannya di atas tangan Eunjung.

"Eunjung, sudah lama saya nak cakap ni. Sebenarnya saya.." belum sempat Eunwoo menghabiskan percakapannya, kedengaran bunyi kaca yang pecah dari bilik Eunwoo.

"Bunyi apa tu?" soal Eunjung.

"Eunjung, awak tunggu di sini. Saya akan pergi tengok." ujar Eunwoo sambil berdiri.

Tangannya ditahan oleh Eunjung.

"Berhati-hati. Saya tak nak awak cedera." pesan Eunjung.

Eunwoo hanya mengangguk lalu keluar dari bilik stor.
Dia berjalan ke tingkat atas dan kelihatan rantai kaca miliknya telah pecah berderai di lantai.

"Rantai tu.." Eunwoo menahan tangisannya.

Dia mengutip sepihan kaca itu.
Secara tiba-tiba dua orang perompak itu menikam Eunwoo menggunakan pisau dari belakang.
Eunwoo terus rebah ke lantai tetapi tangannya masih menggenggam rantai itu.
Dalam masa yang sama, polis tiba dan segera memecahkan pintu rumah itu.
Dua perompak itu ditangkap.
Eunjung pantas berlari ke arah Eunwoo.

"Eunwoo! Ireonna (bangunlah).."rayu Eunjung.

👰
Di hospital.
Eunwoo terlantar di atas katil.
Eunjung pula duduk sambil menakung air matanya yang tidak dapat ditahan lagi.
Perlahan-lahan Eunjung membuka genggaman tangan Eunwoo.
Lantas dia berpusing ke belakang.

"Tangan dia berdarah sebab nak pertahankan rantai ni?"soal Eunjung.

"Cik, kami perlu bawa dia ke bilik pembedahan sekarang juga. Sila berundur dan tunggu di luar." arah jururawat itu dengan lembut.

Eunjung mengambil gambar itu lalu berjalan keluar.
Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya Eunwoo dipindahkan ke wad.

"Eunwoo-yahh..Neo gwaenjanha (awak okay)?"soal Eunjung.

Secara tiba-tiba kedengaran pintu wad di selak oleh Hyemi.
Hyemi dan Puan Cha masuk ke dalam.

"Apa yamg dah jadi kepada Eunwoo? Kenapa dia terbaring dan tak sedar-sedar?!" tengking Hyemi.

"Hyemi, bersabarlah dulu..."tegur Puan Cha.

"Maaf mama, tapi kalau Eunwoo sakit, saya tak akan maafkan orang yang buat dia jadi sebegini." Hyemi menjeling Eunjung.

"Eunjung, kamu keluarlah dulu ya." arah Puan Cha.

"Baiklah.." Eunjung akur.

Dia pun melangkah keluar dan menunggu di hadapan wad.
Hyemi jelas kelihatan amat risau akan Eunwoo.
Setelah lama menunggu, akhirnya Hyemi dan Puan Cha keluar.
Eunjung segera berdiri.

"Eunjung, jagakan Eunwoo baik-baik. Pastikan dia berehat dengan cukup." pesan Puan Cha.

Eunjung hanya mengangguk lalu tunduk hormat dihadapan Puan Cha.
Hyemi pula hanya menjeling ke arah lain.
Eunjung perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam wad.

"Eunwoo, awak dah sedar? Awak tahu tak betapa risaunya saya waktu awak kena tikam tadi?" soal Eunjung.

"Di mana dua perompak tu?" soal Eunwoo.

"Mereka dah ditangkap masuk penjara. Buat masa ni awak rehat lah dulu. Esok saya perlu ke sekolah, jadi ada pengawal yang akan jaga di hadapan wad awak. Saya hanya akan temankan awak setiap kali selepas balik sekolah sehingga pukul 10 malam. Lagi satu, minggu depan.. saya nak balik ke kampung saya. Jadi pembantu rumah yang lain akan uruskan urusan awak. Mungkin.. selepas awak bertunang dengan Hyemi, kita tak akan jumpa lagi sampai bila-bila. Saya akan berhenti kerja selepas itu." jelas Eunjung.

Eunwoo terdiam seribu kata.
Dia hanya memandang ke luar tingkap bersebelahannya.
Air matanya mengalir selepas mendengar kata-kata Eunjung.

👰
Keesokan harinya.
Di rumah Eunwoo.
Hyemi mengemas bilik Eunwoo kerana dia disuruh oleh Eunwoo untuk mencari rantai berbentuk love.
Sedang sibuk mengemas, secara tidak sengaja dia tergelincir dan telefonnya terseret kebawah katil.
Dia tunduk dan cuba untuk mencapai telefonnya.
Ketika ingin mencapai telefonnya, dia tersentuh sebuah kotak.
Lantas dia menarik kotak itu keluar dari bawah katil.

"Apa benda ni?"

Hyemi membuka kotak itu.
Satu persatu di belek olehnya.

"Jumpa pun rantai ni."

Hyemi membuka rantai itu dan dia sungguh terkejut melihat gambar Eunjung didalamnya.

"Apa hubungan Eunjung dengan Eunwoo?"

Kemudian Hyemi sambung membelek barang yang lain.
Alangkah terkejutnya Hyemi apabila melihat barang-barang di dalam kotak itu.
Semuanya berkaitan dengan Eunjung.
Terdapat juga gambar Eunjung bersama Eunwoo.

"Eunjung..Ialah Eunseol? Jadi Eunseol dan Eunjung ialah orang yang sama?"

💑BERSAMBUNG💑

MAID || Cha EunwooOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz