Bab 33

2.9K 181 9
                                    


Fakhrul POV

Sekeping gambar yang dilekatkan di dinding aku baling dengan gunting. Tepat pada mata kirinya. Aku tersenyum sinis.

"Irsa sepatutnya aku punya. Bukan kau. Irsa akan jadi milik aku. Bukan kau. Kau akan mati Aris Daniel".

******

Aris POV

Nota kecil dilekatkan pada cermin keretaku. Aku mengambil lalu membaca isinya.

She is mine. Kalau kau ganggu dia....nyawa dia akan melayang....dan nyawa kau pun turut melayang......

Aku mendengus geram. Fakhrul tak guna. Apa lagi dia nak dari aku? Irsa? Wait....so Fakhrul yang akan jadi tunang Irsa. And Hakimi? Ouh lupa. Dia dah arwah. Mayat dia? Aku tak jumpa.

"Haz....confirm dia tahu kat mana tempat Naim letak mayat Hakimi".kataku sendiri. Aku terus mendail nombor Haz dan mengajaknya ke restoran.

"Yoww!! Nak belanja aku makan ke?"tegur Haz setelah melabuhkan punggung di kerusi.

"Bukan".

Riak wajah Haz  berubah 360 darjah.

"So? Apa function kau ajak aku datang sini?"tanya Haz dengan muka menyampahnya.

"Bukan function tapi tujuan. Kau salah guna ayat. Cikgu kau tak ajar ke?"ujarku. Haz mendengus.

"Kau suruh aku datang sini semata mata nak jadi cikgu aku ke apa?"soal Haz tegas. Aku tersengih.

"Fasal Fakhrul".

"Huh? Fakhrul? Kenapa dengan dia? Dia kacau kau lagi?"tanya Haz cemas.

Aku menghulurkan sekeping nota kecil pada Haz. Haz membaca dengan teliti. Dahinya berkerut seribu.

"Kau kena ugut?"tanya Haz. Aku menangguk.

"Kita buat report polis je la. Kau tak takut ke? Mana tahu esok lusa kau tiba tiba je dah arwah".kata Haz selamba. Aku menjelingnya.

"For your information, aku dah banyak kali kena ugut dan aku tak pernah report polis. Kalau report lagi teruk. Silap silap aku arwah dah malam ni".terangku.

Kami menapak ke kereta. Aku dapat rasakan yang seseorang sedang memerhati kami. Lebih tepat memerhati aku. Mataku melilau mencari kelibat seseorang.

"Kau dah kenapa?"tanya Haz hairan. Aku tak ubah seperti orang gila yang merayau sana sini. Aku memandang Haz lalu menggeleng.

Klik!

Terdengar picu pistol. Aku cuba berdiri statik. Haz melilau mencariku. Dia menoleh ke belakang. Aku berdiri sambil memejam mata. Haz mendapatkan aku.

"Aris? Aris? Kenapa kau ni?" Haz menggerakkan bahuku beberapa kali. Aku masih memejam mata. Walaupun aku memejam mata,aku dapat tahu apa yang berlaku di sekelilingku. Nasib tak ramai orang di sekitar ni. Kalau tidak confirm aku dilabel orang gila.

Peluru dilepaskan ke arahku. Haz peka dengan keadaan sekeliling lalu menolakku jauh. Aku tersedar. Aku sudah terbaring di atas jalan tar.

Aku memandang ke atas. Di bangunan itu aku ternampak seseorang bersama pistol di tangan. Dengan bakat aku bermain lontar peluru semasa sekolah rendah dahulu aku gunakan dengan membaling sebilah pisau yang sedia ada dalam poketku.

"Arghh!" Jeritan dia dapat aku dengar. Dia melarikan diri.

Pandanganku beralih pada Haz. Peluru itu tepat pada dadanya. Darah mengalir ke atas jalan. Air mataku menitis sedikit demi sedikit.

"Aris.....maaf.....maafkan aku..."

"Haz jangan cakap. Aku tak nak kau mati". Jari jemariku pantas mendail nombor kecemasan. Haz memukul lenganku. Handphoneku tercampak ke jalan.

"Jangan....."

"Wey kau dah nazak pun kau halang aku call ambulans?"marahku.

"Aku minta maaf......aku tikam....aku tikam belakang kau....."

"Tikam belakang?"

Mata Haz sudah tertutup rapat. Aku masih tidak faham apa yang Haz cuba sampaikan.

"Haz tikam belakang aku?"

******

The Killer (2)Where stories live. Discover now