Bab 24

3K 180 9
                                    


Aris POV

Aku dah terbunuh salah seorang daripada geng Naim. Ada lagi berapa orang? Ramai ke? Apa yang patut aku buat sekarang? Rancang nak bunuh diorang? Or cuma tunggu diorang datang bunuh aku?

Batukku dari tadi tak berhenti. Terasa seperti percikkan terkena pada tapak tanganku. Aku melihat. And yeaah.

Darah. Batuk berdarah.

"Dah lama aku tak batuk sampai macam ni sekali".omelku. Sarung tangan hitam dipakai pada kedua belah tanganku. Mask hitam dipakai.

Aku menunggu Haz di tempat biasa. Jam di tanganku ditilik beberapa kali. Masa itu emas. Mana perginya budak Haz ni.

"Aris!! Wey rindu kau!" Sergah Haz sambil memelukku dari belakang. Dia nak buat drama ke apa ni. Aku menolaknya.

"Kalau boleh jerit la kuat lagi. Biar satu KL ni dengar".gumamku. Haz tersengih.

"Relax ar. Sorry".

"Irsa macam mana? Okey? Ada sesiapa tak yang ikut dia?"tanyaku bertubi tubi.

"Irsa tu terlebih okay. Dia kalau sehari tak sah kalau tak buat rap depan aku".rungut Haz. Aku tergelak kecil.

"Hah gelak la lagi. Aku cakap betul tu. And lagi satu aku rasa something yang tak kena. Aku rasa macam ada orang ikut aku".terang Haz.

Aku memasang telingaku. Maybe Naim dah tahu fasal Haz.

"Siapa ikut kau?"tanyaku dengan serius.

"Aku tak pasti. Tak nampak muka sebab dia pakai spek hitam dengan hoodie".jawab Haz.

Okay sejak bila Naim pandai ikut aku ni?

"Ikut aku".arahku. Haz akur. Kami ke tempat persembunyianku.

"Sini..ada something new aku nak share dengan kau".

"Hah apa dia?" Haz sudah tidak sabar.
"Kau lepas ni kena hati hati. Sebab ancaman ada di mana mana sahaja. Diorang tu ramai. Diorang akan buat apa sahaja asalkan misi diorang settle". Haz terlopong.

"Siapa diorang tu? Aku tak faham la".

"Naim dan geng dia. Diorang rancang nak bunuh aku". Haz tersentak bila mendengarnya.

"Mana kau dapat tahu? Naim tu siapa? Kenapa diorang  nak bunuh kau?" Sabar la. Aku bukan robot. Dia ni dah jadi macam Irsa.

"Aku dapat tahu daripada mayat lelaki tu. Ada handphone dalam poket seluar dia. Naim tu musuh abadi aku. Dari zaman sekolah rendah sampai sekarang kitaorang tak pernah berbaik. Kenapa diorang nak bunuh aku? Itu aku tak tahu".

"So kita kena buat apa sekarang? Aku takut la pula. Mana tahu ada salah seorang daripada geng diorang tu tiba tiba je bunuh aku ke apa".bebel Haz.

Wey nenek. Kau diam la. Membebel je kerja. -,-

"Aku tak ada plan sebab aku dah lama tak merancang semua kerja gila macam ni. So, first aku nak ajar kau something new. Malam esok pukul 2:45 pagi jumpa aku kat sini. Jangan lambat".

"Fuhh 45 minit tu pun berkira juga. Okay aku ikut".kata Haz.

"And ingat satu benda. Jaga diri kau. Kalau ada apa apa jadi terus call aku. Dah balik". Haz akur.

******

Naim POV

Seseorang berjalan di bahu jalan sambil bersiul. Aku merenung tajam padanya. Aku membuat isyarat tangan pada Joe dan Paan. Mereka mengangguk faham lalu menerjah lelaki itu.

"Woi! Lepaskan aku!"jeritnya sambil meronta ronta minta dilepaskan.

Paan menampar pipi lelaki itu. Aku mendapatkan mereka bersama Bob.

"Hi.....bye...."

******

The Killer (2)Where stories live. Discover now