Bab 5

233 7 0
                                    

AKU jalan beriringan dengan Rashid memasuki Pasar raya Tesco. Rashid menolak troli dan aku mencari barang-barang yang ada dalam list.

Aku menuju ke bahagian belakang, tempat membeli barang basah. Aku ambil aje ikan yang ibu pernah beli. Semua aku letakkan dalam troli. Rashid pula tolong hantar ke mesin penimbang. Kalau tak cukup ibu pandai-pandailah tambah. Hehehe..

Selepas itu, aku menyuruh Rashid mengangkat seguni bawang merah, seguni bawang putih dan seguni kentang. Dia mengikut saja.

"Lepas ni kena beli maggi, telur, tom yam paste, gula, garam, lada hitam, sos tiram, sos, kicap, kordial air, sup bunjut, susu, Koko Krunch...." Belum sempat aku hendak sambung, Rashid memotong.

"Honey Star? Pencuci muka kau? Berus gigi? Ubat gigi? Haihh, budak ni! Asal boleh kau nak baca semua dalam list tu kan? Sayur? Kau tak beli?" Rashid menjegilkan matanya ke arahku.

Aku tersenyum selepas itu aku tergelak terbahak-bahak. Semua orang di sekeliling aku memandang. Ahh! Aku kisah ape?! Dah bapak setan ni buat lawak! Hahaha!

"Woi! Semua pandang ah!" Rashid berbisik di telingaku.

Aku masih ketawa. Sampai air mataku keluar. Aduhaii.. Ape la bapak setan ni suka membebel! Bebelan dia pulak kelakar! Macam manalah aku boleh tahan. Hahaha!

Tengah galak ketawa, tiba-tiba Rashid menutup mulutku dengan tangannya sendiri. Automatik aku berhenti ketawa.

"Woi! Ape sentuh-sentuh ni?! Aku cepuk kau karang, baru tau?!" Aku membulatkan mataku sambil mengangkat tangan seakan-akan hendak memukul dia.

"Dah kau tu gelak macam orang gila! Semua orang pandang! Malu aku tau tak?!" Rashid menjegilkan matanya lagi. Kali ini dia mendekatkan wajahnya ke wajah aku.

"Haishhh!" Aku terus berjalan meninggalkan dia di belakang.

Aku mencapai semua barang yang berada di rak. Aku langsung tak memandang apa barang yang aku capai.

"Kau nak borong satu kedai ke apa ni?!" Kata-kata Rashid menyedarkan aku. Aku memandang troli di belakang aku. Habis semua barang aku sumbat! Aku menggaru-garukan kepala aku yang tak gatal.

"Aaaa... Kau punya salahlah ni! Hish!" Aku terus letakkan balik barang-barang yang tidak diperlukan.

"Aku pulak?!" Rashid menunjukkan jari telunjuknya ke muka dia.

"Shut! Tolong aku letak balik."

"Eiii kau ni kan!"

Rashid membantu aku meletakkan balik barang-barang yang tak diperlukan.

"Eh! Mizan!" Tiba-tiba ada seorang lelaki menegurku. Aku menoleh ke belakang.

"Faqhrul! Buat apa kat sini?" Aku terus tersenyum melihat dia.

"Teman mak saya beli barang. Awak pulak?" Faqhrul bertanya kepadaku dengan muka yang manis dengan senyuman.

Aku menoleh sekilas ke arah Rashid. Dia memandang aku dengan tajam. Huh! Pandang aku pun dah macam bapak setan!

"Beli barang dapur. Mak saya suruh."

"Ohh.. Eh! Bukan ke tu lelaki kat rumah awak hari tu?" Faqhrul memandang Rashid sekilas sebelum dia memandang aku.

"Haah. Ibu saya suruh dia ikut saya sekali. Kejap eh.. Rashid.. Kenalkan, ni Faqhrul. Faqhrul, ni Rashid."

Faqhrul mengangkat tangannya hendak bersalam. Rashid membalas acuh tak acuh dengan muka yang mencuka.

"Rashid ni umur dia 25 tahun." Aku memberitahu Faqhrul sambil memandang Rashid sekilas.

"Ohh, abang la ni?"

You're Mine! No One Else!Where stories live. Discover now