Bab 4

252 6 0
                                    

AKU mengambil telefon bimbitku. Aku menghantar mesej kepada kawan-kawanku dan Faqhrul serta kawannya, Farish.

Assalamualaikum. Sorry petang tadi tak dapat join. Ada masalah keluarga. Sorry sangat!

SEND!

Aku membaringkan badanku di atas katil. Fikiran aku asyik-asyik teringat pada Rashid. Yang peliknya rasa geram aku sekejap je. Sekarang aku dah macam.... Boleh terima. Erkk, amende ni?!

Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menutup muka.

"Aaaaaaaaaaaa!! Serabutt!!!!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

Tiba-tiba along masuk ke dalam bilikku. Dia membuka pintu sebesar-besarnya. "Woi! Bising ah!" Dia menjerit kepadaku.

"Eiiiii!!! Ahhhhhhh!!!!" Aku menjerit sekali lagi.

Kali ni along mendekati aku. "Kau ni kenapa? Mental?!"

Aku menjerit lagi. Selepas itu aku menangis.

"Laa.. Nangis pulak.. Kenapa ni?" Along duduk di sebelahku. Aku terus memeluk along.

"Wuuuuu... Alonggggg!!" Aku memeluk dia dengan erat.

"Kenapa ni? Cer cite?" Along mengusap-ngusap kepalaku.

"Tak nak kahwin.. Tak nak kahwin.." Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menangis.

"Laa.. Kenape pulak? Kahwin lah bagus.. Dapat pahala je memanjang kalau kita dekat dengan suami." Lagi kuat aku meraung selepas dengar along cakap macam tu.

"Sudah! Lagi kuat pulak! Ish budak ni!"

"Along dah tau cite belum?" Aku bertanya kepada along masih dalam keadaan menangis.

"Tau cite ape ni?" Along mengerutkan keningnya.

"Adik kena kahwin dengan Abang Rashid!" Aku mencapai tisu di sebelah katilku.

"Hah?! Ye ke?! Bagus la macam tu.. Along tengok dia tu boleh tahan.. Muda-muda dah ade master lagi.. Mesti kerja besar lah dia nanti tu.. Nanti boleh dia jaga adik kan? Perangai dia tu pun along suka jugak. Baik, sopan, gentleman, suka tolong orang.. Memang adik bertuah dapat dia tau. Along paling suka bila dia senyum, nampak cute sangat!" Along puji bapak setan tu?!

Lepas dengar pujian along kepada Rashid yang tersangat-sangat melambung tu, aku terus meraung balik. Kali ni lagi kuat dari tadi.
Ape lah along puji dia sangat?! Semua yang along cakap tu, OUT! Contohnya...

Baik?? "Ahh! Kau buatlah sendiri! Aku kisah ape?! Kau mati ke hidup ke, buat ape aku kisah!" Teringat lagi aku kata-katanya semasa aku pergi kem bersama-sama dengannya.

Sopan??? "Woi! Aku tak suruh kau buat macam tu pun kan?! Bengap ah kau ni!" Teringat lagi aku ayatnya semasa aku kerja berkumpulan dengannya untuk mengatur majlis Hari Guru.

Gentleman???? "Sape suruh kau masuk?! Aku ketua! Kau kuli! Bagi aku masuk dulu!" Arghh!! Tu ke nama gentleman?!

Suka tolong orang???????? Masa tu aku baru balik dari meeting dengan ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Aku bawa banyak sangat fail. Semua maklumat penting. Dalam perjalanan nak balik kelas dengan membawa fail yang berlambak-lambak tu, aku terlanggar seseorang. Habis semua fail aku terabur atas koridor.

"Jalan tu pandang depan! Yang kau tengok fail tu macam tak de bende depan kau tu pahal?! Lain kali, PANDANG DEPAN!" Suara lelaki yang sudah aku kenali bermain di telinga. Aku terus mengutip fail-fail yang bertaburan di atas lantai. Aku tengok dia menonong meninggalkan aku. Langsung tak tolong?!

"Woi! Kot ye pun tolong lah! Kau pun langgar aku tadi kan?!" Aku memandang dia dengan tajam. "Buat ape aku tolong! Dah mate kau tu letak kat lutut! Kutip sendiri ah!" Dia membalas kata-kataku dengan lancang lalu pergi dari situ dengan perasaan tanpa serba salah. Itu ke namanya suka tolong orang? Cuba explain sikit??

You're Mine! No One Else!Where stories live. Discover now