Bab 3

280 7 0
                                    

TOK tok tok!

Aku terbangun lepas terdengar orang mengetuk pintu bilikku. Aku mencapai jam loceng di tepi katil. Serta merta hilang kantukku. Jam 12 tengah hari! Memang nak sembahyang subuh pun dah tertinggal. Aduhai.. Apalah aku ni! Eh! Bukan ke aku off seminggu ni. Huh, nasib baik!
Aku bergegas menuju ke pintu dan membukanya.

"Haa, dah bangun pun! Kata nak jemput Rashid? Dah pukul berapa ni?" Muka ibu menyapaku. Aikk! Mana ibu tahu aku nak ambik bapak setan tu??

"Mana ibu tau adik nak ambik Abang Rashid ni?" Aku bertanya pelik kepada ibuku. Abang.. Rashid? Aku tak hingin langsung nak panggil dia 'abang' actually. Tapi, lepas ibu aku marah aku sebab berKau-Aku dengan dia, aku panggilah dia abang.. Tapi, hanya depan ibu, ayah, mama dan papa je. Kalau aku dengan dia, jangan harap!

Ibuku kelihatan mencari perkataan yang sesuai untuk membalas kata-kataku.

"Errr.. Aa! Auntie Qaisurina la bagitau ibu. Dah! Pergi siap! Kejap lagi dia nak sampai tu. Kang tak sempat sampai." Ibu menolak aku masuk ke dalam bilik air selepas habis berkata-kata.

"Kejaplah bu.. Nak ambik tuala." Aku masuk balik ke dalam bilik dan masuk ke dalam bilik air semula.

"Ibu sediakan baju untuk adik ye."

"Okey!" Aku menjerit dari dalam bilik air.

Aku keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Nampaknya baju-baju aku dah siap digosok. Baju blouse warna biru cair lengan panjang, sehelai kain panjang warna biru pekat dan tudung warna putih. Aku terus memakainya.

Aku menempekkan bedak powder di mukaku dan memakai maskara. Aku memang tak suka bersolek. Gincu adalah barang yang paling aku tak suka. Tu lah bibir aku merah semula jadi. Hehe..

Aku mengambil beg tanganku dan terus turun ke tingkat bawah.

"Ibu, adik pergi dulu!" Aku terus ke pintu hadapan.

"Okey! Bye!" Ibu menjerit dari dalam.

Selepas aku memakai kasut aku terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju menuju ke KLIA.

DI KLIA lain pula ceritanya. Langsung tak nampak batang hidung bapak setan tu! Aku mengerling melihat jam tangan, 1.05 petang. Aikk! Kata pukul 1.00 petang dia sampai. Kenapa tak nampak-nampak dia lagi ni?
Aku sekali lagi melihat sekeliling. Berjalan-jalan mencari bapak setan itu!

Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki segak memakai baju kemaja lengan panjang yang dilipat sampai ke paras siku yang bewarna biru cair dipadankan dengan tali leher berjalur putih dan biru di depan pintu masuk. Rashid! Ya! Itu Rashid! Aku masih ingat lagi wajahnya. Ehh, wait wait! Baju aku dan dia sama?! Ah! Lantak ah!

Dia aku lihat sedang melihat jam tangannya sambil mengerutkan kening. Dia memandang-mandang sekeliling. Tanpa mempedulikan kes sama baju, segera aku mendekati dia.

"Wei, jom!" Aku terus mengajaknya. Dia kelihatan terkejut dan memandangku dengan pelik.

"Who are you?!" Dia tanya aku dengan pelik.

"Baru enam tahun tak jumpa aku kau dah tak kenal? Well, I'm Mizan Alina Afisya binti Tan Sri Khalif!" Aku sengaja menyebut nama penuhku dengan nama ayahku sekali. Rasa sakit hati aku tidak pernah padam bila berhadapan dengannya.

Dia kelihatan lebih terkejut dari tadi. Mulutnya melopong. Dia memandangku bagaikan tidak percaya.

"What?! Dah, jom!" Aku terus merampas bagasinya dan laju melangkah. Dia mengikut aku dari belakang tanpa banyak cakap.

Sampai saja di keretaku, aku terus membuka bonet di belakang dan meletakkan bagasinya di situ. Dia pun meletakkan barang-barangnya di bonet keretaku.

You're Mine! No One Else!Where stories live. Discover now