"Seronoknya berbual..cerita pasal apa ni ..barang yang ustaz suruh hantar tadi dah selamat sampai kepada tuan empunya badan ke?"soal ustaz firdaus
seraya duduk bertentangan dengan 2 orang pelajar tahfiznya.

"Ustaz...tahniah..."ucap kedua2x mereka tiba2x membuatkan ustaz firdaus terpinga atas dasar apa dia harus menerima ucapan tahniah tersebut.

"Kenapa ucap tahniah.?.rasanya kita belum masuk pertandingan lagi untuk tahun ni.."jawab ustaz firdaus kembali.
"Ustaz..nak tahu..tadi kami ke rumah akak maira..
Masyallah..cantiknya ciptaan Allah.."ujar pelajarnya sambil tersenyum tersipu malu .

La kenapa pulak mereka ni.?.walaupun kepalanya tidak gatal ustaz firdaus tetap menggarukan ia.

"Cantik ustaz...alhamdulillah..cantik..semoga diberkati hubungan ustaz dan akk maira..assalammualaikum.."
mereka berlari anak sambil tergelak gembira.

Kenapa pulak mereka berdua tu ?tiba2x je ungkap perkataan cantik berulang kali..masyaAllah mesti mereka nampak apa yang tidak sepatutnya..
dengan perlahan ustaz firdaus bertafakur seketika menyucikan hati dan rohani yang hampir tertewas dengan godaan..kuatkanlah iman ku Ya Allah..😓

Kelihatan set solat didalam bungkusan pemberian ustaz firdaus pagi tadi.

"Wahhhhh!!!!wanginya bau telekung kau maira😄😄😄..dia ada letak minyak seyonyong tak!!?"usik adawiyah.

"Nah..minyak ni aku sapu kat muka kau...biar kau terikut2x mamat tu nanti..mulut memang tak ada insuran..."humaira menyapu seluruh wajah adawiyah tanpa mempedulikan adawiyah menjerit tidak mahu.

"Eeee..maira...!!!!pengotor la kau ni..eee..ambik ni...!!!"bermulala suara gelak ketawa mereka diiringi bunyi hentakan kaki mereka berdua yang sedang berlari membuatkan akak ani disebelah menegur agar mereka boleh tolong senyap sedikit.

Tak habis main kejar2x dekat rumah humaira dan adawiyah turun ke taman jogging.
Cikgu akmal mengejar dari belakang dan mengusik humaira dengan melemparkan bunga yang sudah dicarik satu persatu.

"Hoi..sengal kau ni mal..eee..bunga tahi ayam..busuk laaa..ambik ni.."maka permainan sudah bertukar peranan..tempat adawiyah diganti oleh cikgu akmal.

"Ada...kau tengok kat sana tu...perangai mal..macam orang bercinta saja.."luah cikgu fazli kepada adawiyah.
"Entahla faz..maira yang memainkan peranan..aku tengok dia layan semua je..ustaz dia kawan mal memang dah berkawan dari dulu melalui kau..entah..aku pinjam jawapan fasha jek la..No Komen..."😁😁😁

"Ada..aku rasa mal suka kat mairala..ni ko tengok fesbuk dia..

*sungguh indah bila teringat saat bersama dengan insan tersayang seperti dunia ini hanya untuk kami berdua..
semoga saat ini menjadi kenangan yang terindah untuk terus diingati sampai bila2x*..macam mana?"soal cikgu fazli lagi.

Ye Ke UstazWhere stories live. Discover now