7

402 27 6
                                    

"Anis," ada orang yang memanggilku dari arah belakang.

Gulp. Aku menelan air liurku.Perlahan-lahan aku memaling ke belakang secata slowmotion kerana fikiran aku sudah melilau-lilau ke dalam cerita-cerita typical seram yang mungkin ada hantu di belakang.

"Awak buat apa tu?"tanya Erin.

Fuh ternyata orang itu hanya Erin. Lega aku. Eh betul ke aku lega? Manusiakan sebenarnya lagi menakutkan dari hantu. Hantu pun takut dengan manusia.

"Takde apa."jawabku ringkas.

"Okie, maid kata kita boleh rest dulu. Kejap lagi dia panggil turun makan."beritahu Erin.

"Okay thanks Erin."jawabku. Erin duduk dalam bilik aku lama juga. Aku diam tidak bersuara.

"Cantik bilik awak."puji Erin.

"Ah-ha, mereka yang hias bilik ini."jawabku. Sebab apa motif aku nak cakap terima kasih?

Erin masih berada di situ. Dan, aku rasa awkward dengannya.

"Erin, boleh awak tinggalkan saya sendirian?"tanyaku lembut. Fuh tahniah Anis, anda berjaya mengungkap kata-kata itu.

"Saya ganggu awak ke? Maaf. Okay saya pergi. Kalau apa-apa, awak panggil saya tau. Bye Anis."

Erin pergi meninggalkan bilik itu. Fuh, finally.Aku mengambil beg bagasi aku dan membuka zipnya. Okay ayuh kemas. Aku bangun dan pergi ke almari pakaian.

Aku membuka pintu itu.

Mataku terbuka luas tanpa kelipan.

Dengan pantas, aku menutup pintu almari aku kembali.

"Apakah itu?"

Sebenarnya apa yang kulihat itu tadi adalah seorang gadis yang berpakaian putih. Aku tidak dapat mengecam wajahnya kerana ianya berlalu begitu pantas.Tanganku menggigil-gigil. Begini rupanya jika ternampak makhluk yang tidak diingini.

Aku cuba untuk meneutralkan negatif dalam diri supaya menjadi lebih positif. Aku cuba ingin memberanikan diri.Dengan mata yang tertutup sebelah tangan, aku membuka almari pakaian itu.

Kosong.

Fuh, aku menarik nafas lega. Mungkin itu semua hanya imaginasi aku semata-mata.Selepas aku memasukkan baju-baju ke dalam almari, aku terus pergi ke atas katil dan tidur. Penat sungguh rasanya.

....

Dalam pukul tiga petang, kami semua dijemput turun untuk makan. Semua makanan yang dijamu oleh mereka begitu menyelerakan sehingga aku menambah untuk beberapa kali. Pak Cik Zali hanya tersenyum melihat kami semua.

Creepy dia senyum. Aku dengan sikap suka judge orang memang tidak boleh berpisah lagi. Bila kita nak putus ni?

"Uncle, tasik tu kitorang boleh mandi tak?"tanya Tinie.

"Hm boleh tak ada masalah apa-apa,"jawab Pak Cik Zali.

"Yeaaaayyy!!!"jerit Tinie gembira. Tidak sabar dia mahu mandi di dalam tasik itu.

"Tapi, hati-hatilah."pesan pak cik Zali.

"Dekat sini ada tak tempat yang agak sunyi?"tanyaku.

"Cik Anis nak bersendirian ya?Ada. Ada. Dekat tepi taman sana."jawab pak cik Zali.

"Euw boring people."kata Arisya.

"I know right."tambah Tinie.

"Selain, taman dan tasik. Dalam rumah ni pun ada library. Kamu semua boleh baca buku-buku di situ. Kalau nak ambil pun boleh."

"Serious???"tanya Ikmal. Pak cik Zali mengangguk.

"Tetapi depends kepada jenis buku tersebut. Sebab ada buku-buku lama yang Cik Melina mahu simpan."jawab pak cik Zali.

"Selain itu, ada juga tempat snooker di dalam ni dan juga arcade. Awak semua boleh main dengan free di dalam tu."

"SERIOUSLAH? OH MY GOD I LOVE THIS PLACE ALREADY.WOH."jerit Hakim gembira. Pak cik Zali mengangguk-angguk.

"Kemudian kalau rasa nak make up make up apa semua pak cik pun tk tahu. Cik Melina ada sediakan macam-macam dalam bilik khas nama 'Cantik'. Dekat situ, kamu semua boleh saja pinjam apa-apa jenis baju atau kasut."tambah pakcik Zali lagi.

"IS THIS SOME KIND OF HEAVEN?AHHHH."jerit Arisya.

Erin tidak merespond apa-apa. Dia hanya bermain dengan patungnya. Pak cik Zali hanya memerhati dia.

"Erin, baju untuk patung pun ada dekat dalam bilik Cantik tu. Awak pun boleh masuk." kata pakcik Zali.

"Betul ke?"tanya Erin membulat mata. Kegembiraannya terserlah.

"Miho, awak akan dapat baju baru."katanya kepada patungnya.

"Gila ka apa dia ni,"kata Arisya agak celupar.

"Hmm ada apa-apa lagi ke soalan? Ada yanh tak puas hati?"tanya pakcik Zali.

"NO!"jawab kami semua serentak.

...

Walaupun terdapat banyak hiburan di dalam rumah. Semua orang berkumpul di tasik juga. Mungkin petang-petang ia amat sesuai untuk beriadah di luar.

Tasik ini begitu cantik. Warna airnya hijau. Agak bahaya juga untuk berenang kerana kita tidak tahu ke dalamannya. Pak cik Zali menyediakan jaket keselamatan untuk setiap orang. Aku menolak untuk mandi pada hari tu.

"Cantiknya tempat ni!"puji Erin.

"Kan, cantik betul.Tetapi cantik lagi awak."setuju Hakim.

"Hehe terima kasih."jawab Erin.

Dari gaya Hakim sudah nampak dia mahu mengorat si Erin ni tetapi Erin ni tidak perasan.

"Erin kenapa awak suka bawa patung tu?"tanya Hakim.

"Oh ni Miho, dia kawan saya sejak kecil lagi.Mestilah saya kena bawak dia."jawab Erin.

"Orang tak betul je yang bawa patung ke hulu ke hilir."bisik Arisya kepada Tinie. Kemudian, mereka ketawa kecil. Gediks.

Aku berhasrat untuk naik ke bilik untuk rehat saja. Masih penat rasanya. Pak cik Zali mengizinkan.

. . . . .

Pak cik Zali bercakap dengan telefon dengan owner vila tersebut. Dia seperti menyembunyikan diri agar tidak didengari.

"Macam mana dengan business, Cik Melina?"tanya pakcik Zali.

"Baik saja. Saya akan pulang dalam dua tiga hari lagi. Make sure mereka selamat sebelum saya sampai."kata Melina.

"Baiklah. Saya akan pastikan mereka tidak cedera."kata pakcik Zali.

Di luar bilik pakcik Zali, ada seseorang yang mendengar perbualan mereka. Setelah perbualan mereka tamat, seseorang itu segera pergi dari situ.

Here it is. I hope u guys enjoy reading this. And keep reading. Thanks for vote and read. I love youuuuuuuuuuu U love meeeeeeeeeeee(?)

BonekaWhere stories live. Discover now