Mengayuh dan mengayuh lagi..
Kemudian membuat pecutan ibarat si harimau yang sedang mengejar umpan. Kemungkinan pecutan tersebut tidak sempat diberhentikan segera tetapi mujur brek basikal tersebut berfungsi dengan baik.
"Fuhhh..nasib baik!". Seorang lelaki itu mengeluh dengan lega.
"Meow!". Kucing itu terkejut lalu berlari jauh meninggalkan lelaki tersebut.
Dia kembali mengayuh basikal dengan perlahan dan berhati-hati. Ditemani dengan permandangan sawah padi yang kehijauan dan langit biru yang cerah, dia menghirup udara segar sambil mengayuh. Setelah beberapa minit mengayuh, dia memberhentikan kayuhannya ditepi tebing sungai kerana menyedari kelibat seorang perempuan yang tidak pernah dilihat di sekitar kampungnya. Lalu dia pun menegur.
"Assalamualaikum". Riak wajah perempuan itu berubah daripada tenang kepada terkejut kerana ditegur secara tiba-tiba.
"Waa..waalaikumussalam". Lelaki itu tersenyum lalu memperkenalkan dirinya tanpa segan silu.
"Hai, nama saya Amir. Nama awak siapa?".
Perempuan itu hanya mendiamkan diri seperti tidak berminat mengenali si Amir. Kemudian dia beredar dari pandangan Amir dengan lajunya. Amir terkedu seketika.
"Muka aku nampak macam orang jahatkah?" Amir berbisik di dalam hati.
YOU ARE READING
IDK - Inilah Diari Kita
Short StoryMana boleh habaq mai cite ni pasal apa. Kalau bagi sinopsis pun spoil bak hang. Actually, this is just a teaser not a full story. I need supporters to continue my story til the end (which I know there's no one). Huhu. Kalau boleh, read la sampai ha...
