"AIMAN JAGA-JAGA!!" jerit seseorang dari belakang sambil berlari dan menolak Aiman ke tepi jalan.
"BUKKKKKKK...."kedengaran kereta melanggar seseorang.
"HANI!!!!: jerit Aiman terkejut melihat kawan baiknya yang sudah lemah di tengah jalan. dia terus berlari mendapatkan Hani yang telah berlumburan darah.
"Hani....Hani...Bangunlahhh....haniii....jangan matii....hani bangun laaa..." teresak-esak dia menangis sambil memanggil kawan baiknya itu yang sudah lemah.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi siren ambulance menghampiri tempat kejadian.
Sudah setahun sejak dari trajedi yang menimpa Aiman dan Hani, sejak dari itu juga la Aiman tidak pernah meninggalkan Hani apatah lagi menyakiti Hani. Dia merasakan Hanilah penyelamat dirinya. Hani telah dimasukkan ke hospital dan mengalami kecerderaan yang agak serius. Dimana tangan kanannya terkoyak desebabkan geseran di jalan raya dan kaki kanannya patah disebabkan hentakkan yang kuat. Hani sangat bernasib baik kerana kepala yang tidak terhentak jika tidak dia pasti tidak dapat diselamatkan lagi Dia juga tidak sedarkan diri selama tiga hari di hospital.
Aiman merasakan jika dialah yang yang dilanggar sememangnya di tiada lagi disini. Dia juga merasa bertuah mendapat kawan seperti Hani kerana hanya Hani yang mahu berkawan denganya kerana dia mempunyai tubuh yang agak besar dari umurnya serta Hani sanggup menyelamatkannya.
"AIMAN!!!" jerit Hani.
"Warghhhh" terjerit Aiman dibuatnya selepas mendengar panggilan Hani yang kuat itu.
" Kau buat apa hah? aku panggil nak dekat 10 kali kau tak dengar-dengar."
"hahahaha takde pape saja termenung melihat awan yang cantik lagi menyamankan" jawab Aiman sambil tersenyum melihatkan deretan gigi putihnya pada Hani.
" Heh Gilaa!" kata Hani.
"Kau nak apa Hani, tiba-tiba datang rumah orang?" tanya Aiman
"Kenapa?...aku tak boleh datang rumah kau eh? tak pe lah aku balik dulu" Jawab Hani sambil menunjukkan wajah yang sedih dan mula hendak mengangkat kaki untuk berlalu pergi. Aiman terus memegang tangan Hani untuk menghalang dia pergi.
"Hoi yang kau tiba-tiba nak sentap kenapa? aku memain je la..." kata Aiman memujuk Hani.
"Hahaha aku saja je...nak test kau" kata Hani sambil ketawa akan Aiman. Aiman yang tahu Hani takkan terasa dengan percakapan terus tersenyum melihat Hani ketawa.
"Aiman lepas UPSR nanti kau akan pindah oversea kan? Jadi ke tak?"tanya Hani serius.
"ya...jadi rasanya kenapa? kau sedia ke aku nak pergi sana?"
"Iya la sedih la juga nanti dah tak boleh jumpa kau dah...kau jangan lupa aku tau" kata Hani yang sudah mahu mengalirkan air mata.
"Hani janganlah nangis...aku janji aku takkan lupakan kau..kau pun sama jangan lupakan aku tau..."jawab Aiman berjanji sambil mengelap air mata Hani dan dia juga sedih nak berpisah dengan hani . Bagi Aiman dia tidak akan pernah lupakan orang yang bernama NUR SYAHANI AMIRA BINTI ZALIRUDIN selama-lamanya kerana Hanilah penyelamat hidupnya dan juga Hanilah cinta pertamanya.
"Aku pun takkan lupakan kau..."kata Hani. Bagi Hani Aimanlah satu-satunya kawan yang ikhlas kawan dengannya bukan kerana keluarganya yang kaya. Ini kerana, Hani datang dari keluarga yang kaya jadi ramainya dekat dengannya sebab duit. Dan satu lagi sebab kenapa dia takkan lupakan Aiman sebab dialah cinta pertamanya, AIMAN ASHRAF BIN KAMAL YUSRI.
*nielah prolog untuk cerita CInta Pertama nie...nie cerita rekaan dari saya sendiri..mungkin nampak clishe sikit ahahhaha...dan cerita nie akan ada english sikit...but just a simple English only...kalau nak tanya apa2 PM okey...
- VOTE
- LIKE
sophia :]
YOU ARE READING
FIRST LOVE
Teen FictionCerita mengisahkan tentang dua orang masa kecil lagi bersama tapi berpisah disebabkan perpindahan keluarga ke tempat lain. Seseorang yg dulu masa kecil lain dan besar berubah menjadi orang lain dari segi rupa dan bentuk tubuh badannya...Cinta pertam...
