Part 18 (Final)

788 27 3
                                    

Ainul membawa suaminya berjalan-jalan di Pekan Rabu Complex 'Supermarket Melayu' di Ukir Mall. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang dijual seperti kuih muih, kerepek, kuah rojak dan sebagainya. Selain itu, Pekan Rabu ini jugak sesuai bagi sesiapa yang ingin mencari kraftangan dan cenderahati.

Selepas itu, Ainul membawa suaminya untuk merasakan laksa Kedah yang berdekatan dengan TESCO, Mergong. Harga laksa itu tidak sampai RM5 untuk satu pinggan.

Lepas puas menikmati laksa Kedah, mereka beransur untuk balik.

"Lepas ni kita nak kemana pulak sayang?" soal Nizam.

"Hmm, kita singgah kat Masjid Zahir dulu lah bang, kita solat Asar kat sana dulu, lepas tu kita balik.." cadang Ainul.

Nizam mengangguk lalu membelokkan keretanya untuk menuju ke Masjid Zahir yang berhadapan dengan bangunan pentadbiran kerajaan negeri Alor Setar.

******
Seusai saja solat, kalau diikutkan plan Ainul tadi, mereka terus balik ke rumah.

"Aikk.. abang nak ke mana pulak ni? Ni dah lebih jalan balik rumah ni bang.." soal Ainul pelik !

Nizam disebelah tidak menjawab. Dia hanya memandu dengan tenang.

"Abang !" keras suara Ainul. Dia geram sebenarnya sebab soalannya tadi dibiarkan sepi.

"Ye.. sayang, apa dia ?"

"Ainul tanya kita nak pergi mana ni? Kata tadi nak balik kan?" soal Ainul kembali.

"Sayang tengok aje lah nanti. Duduk diam-diam.. Nahh! main handphone abang ni.." Nizam menghulur handphonenya kepada Ainul. Umpama memujuk anak kecil untuk suruh duduk diam aje dia buat kat isterinya.

Ainul menjengkilkan matanya. Tanda geram. Lantas satu cubitan singgah di lengan suaminya.

"Adododoii.. sakit lah sayang, Mak Ketam dia dah keluar dah tu" usik suaminya lagi.

"Siapa suruh cari pasal, padan muka !" Ainul lantas mengambil handphone suaminya yang diletakkan di dashboard tadi.

"Amboii, tadi kata taknak..Hahaha, comel la sayang ni.." hidung isterinya dicuit.

******
Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang ingin dituju. Nizam menekan hand break dan enjin kereta dimatikan. Dia keluar dari kereta dan menuju ke pintu kereta sebelah.

"Jom keluar" ajak Nizam lalu menarik tangan isterinya.

Ainul hanya mengikut tanpa membantah.

"Kenapa abang bawa Ainul kat Pantai Merdeka ni?" soal Ainul ingin kepastian.

"Saja.." jawab Nizam ringkas.

"Abang cakap lah betul-betul, kang cubit kang haa" Dua jari Ainul sudah bersiap sedia untuk mencubit suaminya.

"Okay okay.. sebenarnya, Ainul ingat tak lagi kat tempat kita berdiri sekarang ni?" soal Nizam sambil kening diangkat sebelah.

"Mana tak ingatnya, tempat dimana abang marah Ainul dulu tu.. but why abang tanya?" soal Ainul kehairanan.

"Hahaha.. ye.. masa tu abang tengah tension sebab banyak sangat kerja kat pejabat. Tu yang abang emo sangat kat sayang tu.. sorry ye " jelas Nizam lalu mencuit hidung isterinya.

"Ye lah tu.. tapi kan bang, masa tu Ainul sebenarnya dah terpikat dengan kehandsomeman abang..tapi bila tengok perangai abang yang fail sangat tu, terus hati Ainul patah balik, tak jadi nak terpikat.. hahaha" cerita Ainul.

Nizam turut ketawa mendengar cerita isterinya.

"Ye? hmm, abang pun sudah terpikat jugak dengan sayang masa tu, tapi sama jugak lah dengan hati abang bila dengar bibir munggil sayang ni kutuk and marah abang kaw-kaw masa tu, terus reject..hahaha" cerita Nizam pulak. Ainul turut ketawa.

"Padan muka, siapa suruh cari pasal dengan Ainul, kan dah kena. Siap Ainul cop abang pondan lagi tu.. hahahaha" kali ini tanpa dapat ditahan, tawa Ainul meletus jua.

Nizam tidak ambil hati. Memang benar, dulu dia ego, panas baran dan cepat sangat nak melenting.

Mereka diam seketika menikmati suasana dipantai yang sebentar lagi matahari akan terbenam. Nizam merangkul pinggang isterinya dan Ainul merebahkan kepalanya di dada Nizam.

"Tapi kan sayang.. di pantai ini jugak lah, jodoh kita dipertemukan. Kalau bukan disebabkan perlanggaran tu dulu, mungkin abang takkan jumpa sayang. Dan kita takkan bersatu.." Nizam kembali bersuara.

"Hmm.. betul tu bang. Jodoh Kita di pantai. Dan ada beberapa lagi pertemuan tak diduga dan disengaja antara kita. Mungkin itu sudah takdir untuk kita berjumpa macam tu, asyik nak bertekak aje..hahaha"

"Hahaha.. ye la.. tak dapat nak bersua langsung, ada aje masalah yang timbul. Tapi, syukur kepada Allah yang telah menghadirkan Jodoh Kita di Pantai ini.. semoga jodoh kita berpanjangan buat selamanya hingga ke Jannah.."

"Amin Ya Rabbal Alamin.."

Semoga kebahagian itu milik Ainul Safwah dan Nizam Fikri buat selama-lamanya. Jodoh pertemuan, ajal maut semua tu rahsia Allah. Cuma, kita perlu bersiap sedia untuk menerimanya suatu hari nanti.

              - TAMAT-


P/s: tamat sudah kisah Ainul dan Nizam.. sorry la, kalau kisah diorang boring ke apa.. Tu aje idea yang ada setakat ni. Thanks buat korang yang sudi baca. Kalau nak komen, dipersilakan komen.. vote my story ;)

CERPEN : Jodoh Kita di Pantai [COMPLETE]Where stories live. Discover now