Part 11

587 22 0
                                    

Suasana di halaman rumah Puan Sabrina dan Encik Iskandar sungguh meriah dengan kehadiran para tetamu dan sanak saudara mereka.

Khemah yang didirikan di hadapan rumah penuh dengan para tetamu yang hadir begitu juga dengan di dalam rumah. Masing-masing ingin melihat persandingan raja sehari dari pasangan Atikah Salwa dengan Rahman Aiman.

Mereka sama cantik, sama sepadan. Bagai pinang dibelah tujuh.. hehehe

******
Sebuah kereta BMW tiba di halaman rumah pengantin. Puan Sabrina dan Encik Iskandar menghampiri tetamu yang baru saja tiba dari KL.

"Assalamualaikum Sha, ya Allah! lamanya tak jumpa awak.. makin cantik nampak.." puji Puan Sabrina lalu memeluk tetamunya tadi.

"Waalaikumussalam.. hahaha, memandai aje awak ni Ina.. awak pun apa kurangnya.. makin umphh.. hahahaha" balas Puan Sri Qasha.

Manakala, Encik Iskandar berpelukan dengan Tan Sri Samsul. Nizam dan Nazril bersalam dengan Encik Iskandar.

"Ehh, jemputlah masuk.. haa, jom naik rumah.." pelawa Encik Iskandar.

"Ha'ah.. jemput lah masuk Sha, jom.." pelawa Puan Sabrina pula.

Mereka berjalan beriringan untuk masuk ke rumah.

******
Ainul sedang melepaskan penatnya di halaman belakang rumah. Tetamu masih ramai di dalam khemah sana. Masih belum ada tanda-tanda mahu balik. Tadi, sempat dia bertegur sapa dengan kawan lama maknya di rumah. Keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Hmm..

"Fuhh.. penat gilerrr.." kata Ainul sambil mematahkan tulang leher sehingga menghasilkan bunyi.

Ainul menyandarkan kepalanya di atas belakang kerusi. Matanya dipejamkan.

Nizam yang sedang ralit memandang kawasan sekeliling rumah itu tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang menyandar di kerusi di halaman belakang.

Tanpa berlengah, dia membawa kakinya untuk menghampiri sesusuk tubuh itu. Dia semakin hampir dengan seorang gadis yang bershawl warna emerald green dengan sepasang baju kurung moden berwarna krim berbunga hijau kecil. 'Cantik !' desis hatinya.

*******
"Erhmm!" seseorang berdehem dari belakang.

Ainul yang hampir terlelap di atas kerusi itu pantas menegakkan badannya. Terkejut mungkin. Lantas dia menoleh ke belakang.

"Kau lagi !"

"Kau lagi !"

Seperti berjanji saja perkataan yang terkeluar dari mulut mereka serentak pulak tu.

Ainul mengecilkan matanya manakala Nizam menghadiahkan jelingan tajam ke arah Ainul. Mata mereka bertentangan. Tiba-tiba, ada satu perasaan yang aneh mengalir dalam diri masing-masing.

Bagi menepis perasaan itu, Ainul lantas bersuara.

"Kau buat apa kat sini ?" Nada suara Ainul cuba dikawal. Takut tetamu mendengarnya.

"Kau pulak buat apa kat sini?" soalan yang sama diulang Nizam, tapi dalam nada yang sikit kuat.

"Haish.. aku tanya dia, dia tanya aku balik, sengal ! ni rumah aku.. suka hati aku lah nak buat apa pun. Yang kau tu buat apa kat sini?" soalan yang sama masih diulang Ainul.

"Ohh.. rumah kau erk ? sini aku nak tanya kau.. Rumah kau ni sedang adakan majlis apa?" Nizam mengecilkan matanya memandang Ainul.

"Majlis kahwin Kak Ngah aku. Kenapa?"

"Haa.. tau pun, so.. aku datang sini untuk apa ?" soal Nizam lagi.

Seperti budak darjah 1, Ainul menjawab soalan Nizam.

"Datang untuk meriahkan majlis ni lah.. "

'Aik, apahal aku jawab soalan mamat kaya setengah tiang ni' omel Ainul dalam hati.

"Good ! so, jangan nak perasaan sangat ye.. aku datang ni pun bukan rela tapi terpaksa.. So, bye ! minah senget.." sempat Nizam melemparkan senyuman sinis kepada Ainul sebelum melangkah kaki dari situ.

"Gila punya mamat kaya setengah tiang. Kau cakap aku minah senget.. siap kau nanti.." Ainul mengumam perlahan.

Nizam sempat menangkap kata-kata Ainul. Tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya tanpa dia sedari.

CERPEN : Jodoh Kita di Pantai [COMPLETE]Where stories live. Discover now