Semuanya resah. Kopi suam tidak membantu sesetengah daripada mereka untuk tidak tertidur. Tetapi ada juga yang masih mampu berjaga pada tengah malam itu, walaupun tanpa kopi.

  "Hani?"

  "Ya?"

  "Raja akan okeykah?"

  "...In syaa Allah. Berdoalah."

  Fithri senyap.

  "Kenapa Fith?"

  "Oh tak... C-Cuma sakit kepala... Tak ada apalah."

  "Oh. Jadi... macam mana Fithri berbual dengan Raja pagi tadi? Raja tu bagaimana orangnya bagi Fithri?"

  "Dia betul-betul baiklah. Tak sangka."

  "Budak Raja tu memang baik pun sebenarnya... Sengaja buat perangai macam sombong dia tu. Percakapan pun tak reti nak jaga."

  "Eh Azim? Ingatkan dah tidur?"

  Azim bangkit dari pembaringannya di lantai, lalu terus duduk, menghadap Hani dan Fithri yang duduk di kerusi.

  "Belum lagi, wahai Hani. Susah nak tidur."

  "Risau?"

  "Kawan. Mestilah risau."

  "Fith, lihatlah. Semua orang di sini. Menunggu berita gembira untuk Raja. Kami semua berkawan baik. Walau ada gaduh dan tragedi menimpa, kami semua tetap bersatu hati."

  Kata-kata Hani itu menikam dadanya. Fithri rasa sedih. Dia berharap tinggi Raja akan selamat, walaupun peluangnya tipis.

  Dan Fithri juga sedih kerana tidak dia ingat apa-apa memori lepas berkenaan rakan-rakannya. Hal ini menyukarkannya.

  "Tragedi apa yang menimpa kita semua sebelum ni?"

  Hani memandang Fithri. Senyumnya diukir.

  "Ceritanya terlalu panjang-"

  "Pendekkan ceritanya."

  "Tak, Fith. Terlalu rumit untuk aku ceritakan satu persatu."

  Fithri pun senyap. Tidak mahu memaksa.

  Pintu teater pembedahan terbuka akhirnya. Segala klon yang tertidur mati, semua terjaga. Wajah muram Dr. Fakhrul meremuk hati mereka.



"Ansar..."

  Rambut hitam yang putih akibat diliputi fros ais, disentuh sedikit. Gugur fros ke lantai, bagai salji.

  "Aku tahu kau masih hidup. Bangunlah."

  Tiada jawapan. Bibir pucat itu tidak terbuka untuk menyatakan jawapan. Sepasang mata itu tidak tercelik.

  "Aku nak pergi tengok Raja sekarang... Jomlah, weh."

  "Sekejaplah, Izzah. Ansar! Bangun!"

  "Aqilah, please...! He's dead!"

  "Ansar! BANGUNLAH WOI!"

  "Dia dah tiada, Aqilah... Tolonglah weh, kau kena sedar!-"

  "I don't care! ANSAR WAKE --"

  "WARHH!!"

  "AAHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!"



[Keesokan harinya]

Ada cahaya mentari menusuk tajam matanya. Sakit. Terus sahaja dia terjaga. Tetapi dia berbaring balik kerana dadanya sakit semacam.

  Buat sementara, dia terlupa apa yang sudah berlaku, sehinggalah dia membuka butang baju wad hijaunya.

PlutoWhere stories live. Discover now