Bab 17 : Agenda Sebenar

316 36 13
                                    

  "Cepat, ke sini."

  Ketiga-tiga remaja perempuan hanya mengikut dari belakang, perlahan-lahan. Terpaksa mengikut rentak cara jalan pelik seorang lelaki muda di hadapannya.

  Dari dalam kereta Proton Saga, sehinggalah ke pintu masuk bangunan QASA yang besar di hadapan tempat parkir kereta yang luas itu, mereka tidak ubah seperti empat orang penjahat cuba menyelinap masuk ke sebuah bank.

  "Menyorok!"

  Dr. Fakhrul tiba-tiba jatuh, menggolekkan badan, menyorok di belakang tayar kereta siapa entah.

  "Doktor... tak payahlah berkelakuan macam kita nak buat benda jahat...

  Menyampah apabila dunia ada dua 'Azim'!"

  Selamba sahaja Syahindah berjalan ke arah pintu masuk diikuti Irdina dan Diyana. Malu kerana di'sound' begitu, Dr. Fakhrul bangkit. Setelah membersihkan kot putihnya daripada kerikil jalan tar, dia berlari mendapatkan anak-anak buahnya.

  Pintu kaca automatik terbuka lalu mereka berempat melangkah laju ke arah kaunter penyambut tetamu, yang betul-betul menghadap pintu.

  "Urm, kakak... Encik Khairul Bakri ada tak hari ni? Kami nak sangat berjumpa dengan dia."

  Perlahan Diyana bertanya. Di sebalik meja kayu jati tinggi itu, terpacul muka wanita umur 20-an. Wajah cantik bagai artis, tetapi sayang, muka masam mencuka.

  "En. Khairul masih tiada, dia sibuk."

  "Alah, cik! Sejak empat hari lepas kami datang nak jumpa dia! Takkan hari ni pun dia sibuk juga??"

Dr. Fakhrul sengaja menghentam meja. Jemari wanita tadi berhenti bermain pada papan kekunci komputernya. Dia merenung Dr. Fakhrul, Irdina, Diyana dan Syahindah.

  "Tak boleh buat apalah. Kenalah tunggu hari lain kalau betul-betul nak jumpa En. Khairul."

  Mereka berlima duduk di sofa berdekatan, di bahagian kiri kaunter, tempat menunggu.

  "Haih... susahlah begini..."

  Sambil Dr. Fakhrul sengaja mengeluh sebegitu, dia mengelip-ngelip mata kepada Irdina. Irdina mengangguk.

  Segera dia berjalan ke arah kaunter.

  "Kakak. Tandas dekat mana, ya?"

  "Pergi melalui koridor ni saja..."

  "T-Tunjukkanlah untuk saya, kak!"

  Wanita berambut lurus berikat kemas itu mengeluh. Dia berhenti main Criminal Case di laman Facebooknya, lalu segera bangun dan menghala telunjuknya ke suatu arah, sambil berleter apa entah kepada Irdina.

  Waktu itu...

  Syahindah mengoyak satu pek kecil berisi serbuk putih. Dituangnya isi pek kertas itu ke dalam sekole minuman coklat panas milik wanita kaunter tadi. Kemudian sepantas kilat dia kembali duduk di sofa.

  Wanita itu kembali ke komputernya, tidak perasan pula akan muka buruk Dr. Fakhrul yang sedaya upaya menahan gelak.

  Elok pula masa itulah wanita itu mencapai kolenya. Sikit-sikit dia menghirup minuman coklat panasnya, yang diharap dapat menangkis kesejukan pendingin hawa di setiap pelosok bangunan QASA...

  Namun...

  "OMGGGGGG!!!"

  Bagai Ferrari, laju benar langkahnya ke tandas. Irdina ditolak ganas ke tepi sebelum Irdina sempat sentuh pintu tandas pun.

  Irdina terkekeh-kekeh sambil dia kembali ke kaunter penyambut tetamu. High-five dibuat bersama rakan-rakan. Punyalah gembira.

  "Cantik!! 👍👍👍 Sekarang, kita ke bilik pejabat En. Khairul tu!" Langkah laju mula diatur.

PlutoWhere stories live. Discover now