TIGA BELAS

3.5K 249 6
                                    

                         MAY

Dah berbulan selepas kematian Umairah. Dia kawan rapat aku sejak aku jumpa dia kat tingkatan satu. Beza kita orang cuma selang beberapa kelas tapi kita orang still kawan rapat.

Fiz dah ungkit pasal kematian dia.

Aku memang geram gila-gila bila dia beritahu rahsia yang sepatutnya dia dah lama bagitau.
Umairah tak mati sebab gegaran otak yang real. Dia mati sebab ada orang jahat yang kawal.

Aku tak tahulah apa orang tu dapat kalau hapuskan kita orang semua yang ada sixth sense. Dia ingat kita orang nak sangat ke hidup dengan kuasa ni?

Fiz beritahu kita orang tentang individu yang merupakan pembunuh budak-budak sixth sense. Fiz beritahu lagi, ada seorang lagi budak yang boleh kalahkan dia.

Nama dia Amanina.

Kita orang berempat dan Yue sampai di taman perumahan Fiz yang dipercayai keluarga Amanina menetap di sini.

Keluarga dia kaya macam keluarga Fiz tu.

Rumah dia macam..macam mana nak cakap eh? Tengoklah gambar tu!

Nasib baiklah penulis cerita kita orang ni ada gambar rumah banglo walaupun dia bukannya duduk situ. Baik aku diam sekarang nanti Melyn buat aku mati dalam cerita ni.

"Cantiknya rumah ni!" pujiku.

Fiz berjalan ke pintu hadapan dan menekan loceng pintu.

"Assalamualaikum?"sapa Fiz.

Pintu itu dibuka dan muncul seorang wanita berambut perang paras leher dengan mata bengkak dan dia memakai gaun merah serta skirt atas lutut berwarna hitam.

"Nak apa?"soalnya.

"Amanina ada?"tanya Fiz.

"Amani.."dia terus pengsan.

Fiz terus duduk dan tengok keadaan dia.

"Aku panggil Amanina, korang tengokkan mak dia ni,"kata Fiz sebelum menaiki anak tangga ke tingkat atas.

"Makcik tak apa-apa?" soalku.

Aku tak dapat baca minda dia dan semestinya itu bukan petanda baik.

"Firas ikut dia!"arahku.

"Ikut?"akal fikiran dia berbunyi.

"Ikut jelah apa aku suruh!"

Masa tu aku panik dan cemas, sampai marah-marah macam ni.

Kenapa dengan wanita ni sebenarnya?

                         *****
                          FIZ

Aku cuba cari Amanina di merata tempat. Apsal la rumah ni banyak gila bilik? Rumah aku pun tak seluas ni.

Yang tinggal dalam ni cuma Encik Fairuz, Puan Natalia dan Amanina aje. Malangnya, ayah dia, Encik Fairuz dah kahwin lari dengan perempuan simpanan dia dan tinggalkan ibunya dan dia sendirian di dalam rumah tu.

Namun, ayah dia tinggalkan segala kemewahan dia pada dua beranak tu. Tapi, Amanina perlukan perhatian seorang ayah.

Sejak ayahnya kahwin lari, ibunya, Puan Natalia telah jadi seorang penagih alkohol dan dadah. Dia mengalami tekanan perasaan dan kerap kali menangis sendirian di dalam bilik tidurnya.

Amanina pernah cerita demua benda ni kat aku dulu.

"Fiz, mana kawan kau tu?" tanya Firas dari belakang aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Apa kau buat kat sini?" soal aku.

Aku nak tolong kau cari dia," kata Firas.

"Ikhlas?"

"Kalau tak ikhlas, buat apa aku datang sini Cik Fiza oi?" soal Firas, menyindir aku.

"Dahlah, jom cari dia. Dia pasti ada dekat-dekat sini,"kata aku.

Kita orang terus menggeledah setiap bilik di setiap koridor. Tempat ni seluas istana. Banyak gila bilik yang ada kat sini. Pening lalat aku jadinya.

"Fiz!"jerit Firas.

"Apa dia?"soalku.

"Pintu ni berkunci,"ujarnya.

Aku pergi ke arah dia dan cuba pulas tombol pintu tu.

"Biar aku uruskan,"kataku.

Aku berdiri di hadapan pintu dan kawal pintu tu dengan minda aku. Pintu tu berat namun aku yakin kepala aku boleh kawalnya.

"Boleh tak?"tanya Firas.

Aku tetap fokus dan tarik nafas dalam-dalam.

Klik!

Tombol pintu dah dibuka. Minda aku berjaya.

"Aku ingat kau nak hancurkan pintu ni?"

"Ni rumah orang, tak baik rosakkan harta benda,"kataku.

Kita orang dan nampak...

"Amanina!"jeritku.

Matanya merah. Rambutnya ikal dan tubuhnya tinggi lampai dan kurus.

Aku rasa tak sedap hati.

"Amanina? Tenang-tenang," kata aku.

Dia tak macam ni. Dia dah macam..kena rasuk.

"Aku tak sanggup nak terima kuasa ni!"jerit Amanina. Dia ambil pisau dari dalam laci dan tikam dada dia bertubi-tubi.

"Jangan!"

Tapi tak ada apa yang berlaku. Dia masih macam biasa. Walaupun dia dah tikam dada dia sendiri berkali-kali tapi tak ada setitik darah pun yang keluar.

"Kau jangan macam ni. Aku pun macam kau. Kita kena terima benda ni," kata aku.

Dia pandang aku. Mata dia kembali jadi hitam.

Nafasnya jadi tenang.

"Amanina, aku datang nak tanya kau,"kata aku.

"Tanya apa?"soal dia.

"Kau free tak esok?"

Soalan aku macam orang bangang sikit.

Dia tenung aku lama-lama.

"Esok..Gerhana kan?"

Aku anggukkan kepala.

"Huh. Nak mintak tolong bunuh tuan kita tu?"soalnya.

Aku dapat rasakan yang Firas rasa confuse yang teramat sangat.

"Boleh tak?"

"Boleh aje. Tapi dengan syarat," katanya.

"Apa kau nak?"

"Tolong aku bunuh ayah aku."

MATIWhere stories live. Discover now