DUA

5.5K 388 34
                                    

Dia ni Alysia,pelajar tingkatan lima.

Dia mendakwa yang ada wanita bergaun hitam labuh munculkan diri dan selalu menyeksa dia.

"Semuanya sebab hari tu."

Ayat ni buat aku tertarik untuk dengar cerita seram dia.

Ini cerita dia.

___________________________________

                         ALYSIA

Aku gagal dalam SPM hari tu.

Mak aku hampa dengan keputusan aku dan dia dah lama tak cakap dengan aku.Aku pulak menangis setiap hari sebab mengingati perkara tu.

Aku rasa diri aku tak berguna.

Mak aku sedih sebab aku.

Jiran-jiran asyik cakap pasal aku.

Adik-adik aku malu nak kata aku ni kakak diorang.

Aku...menderita lebih teruk daripada orang yang hidap kanser.

Masa tu aku bagaikan dengar orang berbisik.

"Baik kau mati."

Ayat tu diulang berkali-kali.Aku tak mampu menahannya.

Dilihat jendela rumahku yang terbuka.Aku merenung jendela itu dengan dalam.

Aku pun ikut bisikan tadi.

"Baik kau mati."

Ayat tu berngiang dalam kepala aku.

Selagi aku tak mati,selagi tulah kata-kata tu akan terus ada dalam kepala aku.

Aku ambil kerusi dan naik atas tu.Aku naik atas dasar jendela dan menjenguk ke bawah.

Tinggi jugak rumah aku ni.

Aku tarik nafas panjang.

"Baik kau mati."

Itu bukan setakat kata-kata,itu ialah satu arahan.

Aku tak tahulah siapa yang berbisik dengan aku.

Aku cuma ikut arahan tu.

Aku pejamkan mata.

Aku dengar pintu bilik ditolak.

"Ya Tuhanku!Apa kau buat ni, Alysia?!"itu suara ibu aku.

Aku mengalirkan air mata dan sebelum dia sempat tarik aku ke dalam..

Aku terjun.

                          *****
Aku buka mata.Kat mana aku ni? Aku pandang cahaya lampu yang terang tu.

"Dia dah sedar,"ujar seorang perempuan.

Ibu datang memelukku.

"Syukur kau masih selamat, Alysia,"ujar ibu sambil mencium kedua-dua belah pipiku.

"Mak..Alysia kat mana ni?"soalku.

"Nanti doktor check kau sekejap dan lepastu kita boleh balik," kata ibu.

"Baik mak.."

Ibu pun keluar dari bilik tersebut.

"Kau tak mati lagi?"

Ada suara menyapaku.Aku menoleh ke kanan.

Di satu sudut,ada wanita bergaun hitam labuh berdiri dan memandang tepat ke arahku.

"Kau nak apa dari aku?"tanya aku.

"Aku nak kau mati.Simple je kan?"kata wanita itu lagi.

"Apa yang kau dapat kalau aku mati?"tanya aku lagi.

MATIWhere stories live. Discover now