Chapter 9

1.6K 170 15
                                    

" yahh Jeon Jungkook... " marah aku.

Jungkook tidak memberi sebarang respon dari aku pun, woi mamat biskut hangus plus tercekik biskut. Kenapa dengan kau ni hah?? Sampai peluk aku bagai..

Aku apa lagi, aku terus heret Jungkook masuk ke dalam bilik dia lah macam aku heret hantu lain sebelum ni, yelah dia kan berat takkan aku nak angkat dia pula.

Aku mencampakkan Jungkook di atas katil, ah maklumlah mamat ni berat. Main campak boleh jew kan! Muahehe.

Tangan kanan aku gatal menyentuh dahi Jungkook. Aku berpoker face sekejap

" demam dah budak ni... await date, sampai macam ni sekali hah! Budak tercekik biskut " ujar aku menggeleng kepala.

Aku menutup suis kipas di sebelah katil Jungkook, aku menghayunkan diri ke dapur dengan menembusi dinding. Hehehe aku kan hantu~

Dan aku berpusing pusing disekeliling ruang tamu, " apa patut aku buat ea!? " panik aku terus menyelongkar barang barang di dapur itu, aku memanaskan air buat kali pertama aku.

Aku membiarkan dulu pemanas air itu terus aku masuk ke dalam bilik Jungkook.

Aku membuka alat pemanas bilik, dan lampu walaupun aku tak tahu benda yang aku buat ni berhasil ke tak. Aku menoleh pandang Jungkook yang basah tuh. Serious aku tak berani nak buka baju dia ataupun nak sarung baju dekat dia. Err kalau tak memang kena terajang lah. Pantas aku meletakkan alat pemanas bilik dekat dengan Jungkook. Hehehe tuh jew yang aku boleh buat daripada buka baju ataupun sarung baju dekat dia. Aku pun malu nak buka, walaupun aku ni hantu.^^

Aku segera berlari ke arah pemanas air, dan check kalau air ni suam tak lagi. Dengan selamba, aku meletakan jari aku perlahan lahan dalam air masak tuh.

" omma omma! Panasnya!!! " selamba aku meloncat dan meniup jari aku sepantas mungkin.

Okay kebodohan aku, terserlah juga, aku tak reti nak tengok mesin pemanas air ni, so aku cuba cuba jew lah masukkan jari aku dalam mesin tuh. " Aigoo.. pabo! "

Aku mengangkat mesin pemanas air ni masuk ke dalam bilik Jungkook, dan aku keluar balik ambil tuala kecil, dan beberapa mangkuk di dapur itu.

Aku menuang air suam ke dalam mangkuk tuh dan menyeluk tuala kecil rendam dalam tuh beberapa saat lalu aku meletakkan di dahi Jungkook dan beberapa tuala kecil lagi di tengkuk Jungkook.

4 jam kemudian..

Aku asyik mengulang apa aku buat, dan aku yang berpeluh banyak pula dalam bilik Jungkook ni sebab bilik dia panas sangat. Aku terus buat lagi sehingga lah beberapa jam berlalu begitu pantas.

Sebelum matahari muncul, aku sempat lagi memasak sarapan pagi dekat Jungkook sebelum dia bangun, dan time masak ni lah aku makan banyak dengan hati yang berjiwa makanan. Muahahehe. Hestek Yein makan banyak.

Aku menunggu Jungkook sedar walaupun aku masih bermain dengan makanan di depan aku ni. Aku masuk ke dalam bilik Jungkook untuk mengantikan tuala kecil lain di dahi Jungkook.

Aku baru jew letak dekat dahi dia, Jungkook mencelikkan mata memandang aku yang terkejut pandang dia.

" eoh dah okay demam?? " soal aku yang kelihatan ceria sekali.

Jungkook bangun dari tidur dia dan menoleh pandang aku dengan muka innocent dia.

" kau buat apa dekat bilik aku ni... " soal Jungkook membuat senyuman pagi aku hilang seketika.

" ahh takde pape lah.. aku cuma jenguk kau jew... then kalau kau rasa okay dah... kau pergi makan lah dulu okay... " bohong aku tersenyum sikit.

Aku pantas, membawa alat pemanas air, dan barang lain keluar, dari bilik Jungkook. Kenapa aku rasa tak gembira ea bila Jungkook bangun tadi. Hmm takpelah, asalkan dia sembuh dari demam tuh. Dah cukup buat aku gembira walaupun aku tak tidur semalaman.

Jungkook keluar dari bilik dia sambil membawa tuala kecil yang aku letak dekat dahi dia tadi. Dia menoleh pandang meja makanan tersebut. Dan perlahan lahan melangkah dekat arah aku dan meja makanan ni.

" eoh... kau masak?? " soal dia.

Aku mengangguk laju, dan tersenyum gembira apabila dia duduk di hadapan aku. Jungkook mula makan masakan aku sendiri tapi aku tak ada selera nak makan, cuma tengok Jungkook menghabiskan makanan yang dibuat hasil tangan aku sendiri tanpa di soal oleh dia.

End Yein's POV

Yein termenung sesorang sambil melihat Jungkook menjamah makanan tersebut. Keadaan di ruang meja makanan tuh amatlah sunyi sampai membuat Jungkook berasa janggal sedikit dengan Yein.

Jungkook memerhati wajah Yein satu persatu, dari atas rambut sampai lah ke bibir Yein, tapi Yein pula tak sedar semasa Jungkook memandang dia.

" sanggup kau jaga aku semalam, sampai kau tak berehat. Sanggup kau tipu aku dengan ayat 'aku cuma jenguk kau jew'. Kau ni siapa sebenarnya Yein? Kenapa aku rasa macam aku pernah nampak kau sebelum ni.... "







~~

[OG] Guardian Ghost 가고 ❥ BTS JungkookWhere stories live. Discover now