Chapter 1

3K 295 36
                                    

16 tahun kemudian..

Jungkook memegang kepalanya yang kusut. Kejadian 16 tahun itu mula menghantui dirinya sendiri. Jungkook memandang ke hadapan apabila perasan sesuatu yang tak diundang jejak ke kelasnya. Benda itu mula merangkak perlahan lahan di sekitar kelasnya, Jungkook hanya mampu diam lalu berfokus di papan hitam tersebut.

Kadang kala, Jungkook mengontrol pandangan nya kepada beberapa hantu di kelas dia ini.

" mata aku dah rosak ni.. "

Dalam beberapa minit, loceng sekolah berbunyi bising, membuatkan hantu hantu itu hilang jejak dari pandangan mata Jungkook.

" okay guys!! jumpa esok!!. " tegas Cikgu Joongki melihat semua anak murid nya lalu meminta diri keluar dari kelas Jungkook.

Pelajar pelajar lain mula beransur pulang ke kediaman rumah diorang, dan tinggal lah Jungkook dan beberapa pelajar lain.

Jungkook lantas mengambil buku masuk ke dalam beg nya, baru sahaja Jungkook mahu pergi, seorang pelajar perempuan menegur Jungkook.

" Jeon Jungkook!! Kau sama kumpulan dengan aku, so boleh tolong aku kan??. "

Jungkook berpoker face. " lebih baik kau potong nama aku, aku boleh buat sendiri. " kata Jungkook menolak daun pintu kelasnya.

Cebik Hara dan Sora dibuatnya. " berlagak betul mamat tuh. "

- skip -

Jungkook memandang disekeliling nya sambil melangkah setapak ke setapak di haluan koridor itu.

Seorang perempuan yang melengkapi uniform sekolah, berjalan beria ria lalu berselisih dengan Jungkook. Jungkook berpaling ke belakang apabila terasa aura pelik yang perselisihan dengan dia tadi. Perempuan tuh hilang sekelip mata.

Jungkook tersenyum sinis, apabila mengetahui perempuan tadi tuh " hantu ", lalu selamba menoleh ke hadapan semula.

Seut....

Hantu perempuan itu muncul di hadapan Jungkook sambil memeluk tubuh dia.

" oh shit!!. " terkejut beruk Jungkook di buatnya.

" kau nampak aku kan!??. " soal Yein memeluk tubuh di hadapan Jungkook.

" emm.. " jawab Jungkook ringkas memandang Yein.

" ahh kau dah nampak ya!? Ganti balik makanan aku 4 bulan lepas tuh!!. " kata Yein sambil menghulurkan tangan kanan dia, macam minta sedekah pun ada. :3

" kau siapa hah??. " soal Jungkook pelik melihat hantu perempuan di depan dia ni.

" aku!? Aku hantu ler takkan manusia pula. " kata Yein tajam memandang Jungkook.

" hantu... heh.. hantu.. " kata Jungkook lalu melangkah pergi tinggalkan Yein itu.

" bwoya!!.. " jerit Yein tidak puas hati lalu muncul di hadapan Jungkook lagi.

" kau nak apa hah!!? " marah Jungkook tertiba.

Yein terkedu sedikit lalu memeluk tubuh semula. " aku nak kau ganti balik makanan aku!!. " jawab Yein menunding dahi Jungkook.

Jungkook membuat pekak lalu berjalan pergi, Jungkook pelik, bila masa hantu perempuan ni kenal dia ea. Tak pernah nampak pun.

" siap lah kau nanti!! " cebik Yein lalu hilang begitu sahaja.

Flashback 4 bulan lepas...

Jungkook menghalau hantu jahat itu macam nak berlawan malah sempat lagi Jungkook bergurau senda minta simpati. Namun hantu jahat itu menyerang Jungkook sampai lah Jungkook melarikan diri.

Sampai sahaja di satu selekoh lorong ini, Jungkook menarik Yein menghadap hantu jahat tuh tanpa sengaja. Dah lah time tuh Yein baru jew dapat curi makanan dari pengebumian lain. Tertiba pula manusia ni kacau dia yang baru nak makan.

Epal yang Yein curi tuh telah pun terjatuh di tangan hantu jahat itu, hantu jahat itu mula mengambil kesempatan makan epal itu. Yein merungut geram apabila makanan dia telah di makan oleh makhluk yang tak diundang itu.

" yaaaa!!!! Aku punya epal!!!. " marah Yein lalu berentap tangan Jungkook yang pegang bahu dia.

Yein terus belasah hantu jahat tuh sekali gus. " ambil kau!! Kau curi makanan aku lagi!! Sesedap kau jee makan!! Aku penat lelah nak dapatkan makanan tuh!! Kau makan macam tuh jee!! Bushh!! Bushh!!. "

Jungkook yang melihat Yein belasah hantu jahat itu melarikan diri dari situ. Tanpa Yein sedar, Yein terus belasah teruk hantu jahat tuh sampai menjadi habuk.

Yein mengeluh penat, lalu menoleh ke belakang dia semula. " aik mana dia ni!!! " jerit Yein.

--

Jjangjang!! Maaf lah kalau tak best first chapter ni! Mengarut lebih :3 ff patik yang lain pun lebih kurang sama mengarut~ :3 meow~

[OG] Guardian Ghost 가고 ❥ BTS JungkookWhere stories live. Discover now