BOB 30

6.7K 395 38
                                    

"Tinggal kat mana?"

Bella tersenyum. Datin ni peramah betul! Macam-macam dia tanya!

"Teres area KLCC, datin." jawab Bella.

Datin Ain tergelak.

Bella mengangkat kening. What? Aku taula aku tak kaya macam kau. Tak duduk dalam golf club! Gelak-gelak pulak!

"Panggil Mama Ain je. Don't need Datin. Tittle bukan boleh bawak mati pun" kata Datin Ain.

Bella mengangguk. Mukanya sedikit merah. Padan muka kau Bella! Fikir lagi macam-macam.

"Dah kawin?" tanya Datin Aina sambil membalut luka di kaki Bella.

"Orang tu anti-lelaki untill degree, aunty!" kata Farah yang baru sahaja muncul lalu menutup pintu bilik.

"No! Just macam taknak jalinkan apa-apa hubungan dengan lelaki sampai habis degree." kata Bella. Farah dijeling. Tak pasal-pasal nanti Datin ni cakap aku lesbi nanti!

Datin Ain tergelak kecil. "Bukan degree dah habis?"

"Saya repeat sebab excident haritu."

"Ouh, so you la that girl yang buat my abang bayar bil hospital you, kan? Eh, you tak tau malu ke?" tanya seorang perempuan yang baru sahaja masuk. Dia curi dengar ke?

Bella tergamam. Arif? Bayar bil hospital aku? Bukan ayah bayar ke?

"You ni, dah miskin, buat cara miskin, nak masuk hospital swasta tapi takde duit." kata perempuan itu lagi.

Bella tunduk. Air mata yang mahu menitis ditahan.

"Zulaikha! Watch your mouth! Abang bayar guna duit dia, not you!" kata Datin Aina.

"Tapi, betulla apa Zul cakap. Perempuan ni miskin, tak sedar diri!"

Pap! Datin Aina menampar perempuan yang dipanggil Zulaikha itu.

"Get out!" kata Datin Aina.

Zulaikha melangkah keluar dari bilik dengan perasaan yang geram.

Datin Aina mengusap kepala Bella lalu memeluk tubuh Bella. "Mama minta maaf. Mulut Zulaikha memang macam tu."

Bella menggeleng."Seriously Arif bayar bil hospital saya?"

Datin Aina terdiam.

"Please be honest to me, mama."

"Yes."

...

"Bella! Aku boleh explain la!" kata Arif sambil mengejar Bella yang melangkah ke kereta Saiful.

Bella memandang wajah Arif. "Kenapa aku tak tau?".

"Aku suruh rahsiakan. Jangan marah, please." rayu Arif.

Bella buat derk. Pintu belakang kereta Saiful dibuka. Arif menahan pintu kereta itu. Enggan membiarkan Bella masuk ke dalam kereta.

"Bella, maafkan dia. Kalau kau nak marah dia, marah aku sekali." bisik Farah.

"So? Kau pun tau?" tanya Bella, terkejut.

Farah mengangguk. Kepalanya ditunduk.

"Yes, Bella. Kalau Bella nak marah dia, marah mama sekali. Mama yang bagi kebenaran." kata Datin Aina pula. Tangan Bella dipegang.

Bella memandang wajah Datin Aina. Tak sanggup pula mahu mengecewakan Mama Aina ni!

Bella memandang wajah Arif. "5 minutes."

Arif tersenyum. "Yes. Memang aku yang bayar. Remember aku tolong kau discharge? Ayah kau suruh tulis cek atas akaun dia. But, aku sengaja tulis nombor akaun aku. Ayah kau tau, dia nak bayar balik. But aku taknak. Anggap jela aku tolong kawan baik aku sendiri. Dont worry, takdela mahal mana. "

"Kawan baik?" tanya Bella, pelik.

"Kenapa? Tak sudi?" tanya Arif. Senyumannya meleret.

"Okay, we're officially bestfriend. Jangan sorok apa-apa lagi dari aku." kata Bella.

Arif menghembuskan nafas lega. Fuh! Buatnya dia jawab 'tak' tadi.

"Tak merajuk dah kan? Jom masuk balik." kata Datin Aina.

Tangannya menarik tangan Bella dan Farah.

Bella dan Farah tersengih. Sporting habis Datin ni!

"Aik? tak jadi balik ke?" tanya Zulaikha,sinis.

"Pergi masuk bilik." arah Arif.

Zulaikha mencebik lalu naik ke atas. Apa istimewa sangat kat perempuan tu? Come on! Kak Umaira lagi lawa.

"Ignore her." kata Arif.

Bella mengangguk. Sedia maklum daripada Saiful tentang perngai adik Arif seorang itu.

"Kakak! Jom teman miya swimming!" ajak adik Arif yang bernama Damiya. Damiya berumur 7 tahun.

Damiya menarik tangan Bella.

"Kakak sakit kaki la." kata Arif.

Damiya berpaling ke belakang. Berpura-pura merajuk.

Bella kelihatan terhibur dengan gelagat Damiya. Well, Bella takde adik kecik kan!

"Yelah princess abang. Tapi, abang teman sekali ye. Kalau kakak jatuh nanti abang angkat." kata Arif sambil mencuit hidung Damiya.

Damiya terkekek ketawa. Pipi Bella sudah kemerahan. Aduh Arif!

"Okay, tapi kakak bawak kawan kakak. Abang Saiful dengan Kakak Farah sekali. Ramai-ramai baru best." kata Bella. Tangan Farah dipegang.

"Yela!" kata Damiya sambil menarik tangan Bella.

"Mama siapkan breakfast dulu. Pergila rendam kaki." kata Datin Ain lalu melangkah ke dapur.

...

Bella menyelak sedikit seluar jeans yang dipakainya lalu merendamkan kakinya ke dalam swimming pool.

Memandangkan kainnya terkena darah, dia meminjam seluar Datin Aina.

Arif tersenyum. Muncul idea nakal di kepalanya.

"Miya, pergi tarik Kak Bella sampai masuk swimming pool tau." kata Arif sambil menolong adiknya memakai pelampung.

"Abang ni tak........."

Arif menutup mulut Damiya.

"Pergi je, nanti abang belanja coklat."

Damiya tersenyum "Okay!"

Damiya masuk ke dalam swimming pool. Damiya bergerak menuju ke arah Bella dan Farah yang sedang berborak.

"Miya! Main jauh-jauh. Nanti kakak basah!" halau Farah.

Bella tergelak. Farah selamba je halau budak ni!

Damiya menarik tangan Bella. Bella yang tidak perasan tangannya ditarik terus terjatuh ke dalam swimmping pool.

"Abang, done!" kata Damiya.

Farah dan Saiful tergelak. Nakal!

Bella terkapai-kapai. "Tolong!"

Arif cuak lalu terus terjun ke dalam swimmping pool. Badan Bella ditarik.

"Teruk la kau ni!" kata Bella apabila dia merasakan selamat dalam dakapan Arif.

"Kau lagi teruk, tak pandai swimming. HAHAHAHA " gelak Arif. Bella ditarik menuju ke tepi. Haram peluk anak dara orang ni!

Bella memercikkan air kepada Arif. Kurang ajar betul bestfriend aku ni!

Arif tergelak lalu pergi ke arah Damiya.

Dari tingkat atas, seseorang melihat mereka dengan pandangan tidak puas hati. Siapa lagi kalau bukan Zulaikha!

Zulaikha merungus. "Kau tak layak jadi kakak ipar aku. Pakai tudung, kampung style!"

Zulaikha mencapai telefon bimbitnya "Hello Kak Umaira..."

...

bestfriend or boyfriend?On viuen les histories. Descobreix ara