"kee..kenapa awak tak pakai baju?". tanya Maria gugup. haiqal mateen tersenyum sinis. perlahan lahan dia menarik tangan maria lalu dibawa masuk.

"a..apa awak nak buat ni?". tanya maria lagi. seriau dia tengok dato muda nie.

"kenapa? suka hati aku lah nak buat apa pun. kau kan isteri aku. and kenapa kau nak tutup mata bagai huh? kau dah nampak lebih daripada nie dah pun kan?". kata haiqal mateen sinis. serta merta wajah maria bertukar merah. sumpah kalau dia tahu macam nie jadi nya dia tak kan jejak kaki masuk dalam bilik ni!

"ta..tapii..". belum sempat maria menghabiskan kata katanya terus sahaja haiqal mateen meletakkan jari nya di bibir maria. serta merta maria terdiam.

"shh kau nak apa datang sini?". tanya Haiqal mateen garang. maria mula jadi cuak. yelah, macam mana lah tak cuak kalau dato muda nie kejap baik , kejap garang,kejap ganas,kejap sinis. eii nak aja aku hempuk.

"saya..just nak panggil awak makan sebab makanan dah siap". kata maria. haiqal mateen mengangguk lalu memakai bajunya semula. manakala maria terus sahaja berlalu keluar. tidak sanggup hendak lihat haiqal mateen berkelakuan gatal lagi.

🌸🌸🌸

"mana makananya?". tanya haiqal mateen yang baru sahaja melangkah keluar daripada lift.

"err kat meja makan lah. jom saya teman". kata maria lalu menarik tangan sasa milik haiqal mateen. haiqal mateen terkejut tetapi hanya berlagak selamba.

"awak nak makan apa? mak som masak semua nie. nampak macam sedap kan? saya pun belum makan lagi. saya ambilkan untuk awak eh nasi? awak nak banyak ke sikit? and awak nak lauk apa?". kata maria panjang lebar. haiqal mateen mula rimas apabila maria membebel. serta merta matanya tajam memandang anak mata maria.

"eh aku boleh ambil sendiri lah! ouh rupanya kau tak makan lagi? bagus lah! kau tak boleh makan malam ni! kau dengar tak? kalau aku nampak kau makan siap kau!". marah haiqal mateen lantang. ternaik bahu maria dek terkejut. air mata ditahan daripada jatuh ke pipi.

"tapi awak saya tak makan lagi". kata maria memohon simpati. jujur dia tak makan daripada pagi tadi!

"ehh aku kesah apa? kau jangan makan! kau makan malam nie aku haramkan kau makan. kau faham tak?!". marah haiqal mateen lalu berlalu keluar. kunci kereta dicapai lalu kereta volkswagen nya meluncur laju. manakala maria menangis teresak esak.

"sampai hati awak! awak tak tahu ke saya lapar". kata maria dalam tangisannya. baru sahaja dia hendak berdiri seseorang memegang bahunya menyebabkan maria pantas menoleh. serta merta dia menyeka air matanya yang mengalir.

"kenapa nie maria? tadi maksom tengok maria bergaduh dengan tuan mateen? maria ada apa apa nak kongsi dengan mak som ke? mak som sedia mendengar". kata mak som sambil mengusap kepala maria. serta merta air mata maria jatuh ke pipi. sumpah dia rindu dengan belaian seorang ibu.

"mak som hati mar sakit sangat". kata maria sambil menangis.

"kenapa nak? cerita lah dekat mak som". pujuk mak som

"haiqal jahat mak som! mar benci dia! sampai hati dia buat mar macam nie. mar nie isteri sah dia mak som. tapi kenapa dia layan mar macam perempuan simpanan dia? apa salah mar mak som?". kata maria. mak som terkesima. isteri?

"jadi mar nie isteri tuan mateen ke?". tanya mak som. maria hanya sekadar mengangguk.

"alhamdulillah mak som pikir kamu nie perempuan yang selalu tuan mateen bawa dalam rumah nie. rupanya kamu isteri sah dia. sabar lah nak. ini dugaan buat kamu. mar kena tabah. insyallah ada hikmah semua nie. mana tahu nanti mar akan bahagia?". kata mak som. maria menyeka air matanya lalu tersenyum manis. ya dia kena kuat!

"terima kasih mak som. dan mak som tolong rahsia kan semua ni? saya takut haiqal marah saya". kata maria lalu menunduk. mak som tersenyum.

"baiklah. dah jom kita makan. mar belum makan kan? mesti mar lapar. daripada pagi mak som tengok mar tak makan lagi". ajak mak som.serta merta senyuman maria mati apabila mengingat kata kata haiqal mateen. ya dia tak boleh makan! kalau tak dia akan makan makanan haram.

"tak apa lah mak som. mak som makan lah. saya nak masuk bilik. saya nak pergi berehat. saya penat sangat". kata maria berbohong. jujur dia lapar sangat. tetapi dia tetap tidak mahu makan.

"eh betul ke ni? hm yelah mak som ke dapur dulu.". kata mak som dan terus sahaja berlalu. maria tersenyum pahit. perlahan lahan dia melangkah ke arah lift. tak larat rasanya. perutnya daripada petang tadi buat konsert agaknya. perlahan lahan maria membaringkan tubunya di atas sofa yang dia gunakan untuk tidur masa petang tadi. perlahan lahan dia memejamkan matanya.

"sabar lah wahai perut". desis hati maria. entah bila akhirnya dia terlelap.

MATEEN (COMPLETE)Where stories live. Discover now