30

5.9K 848 166
                                    

JIMIN'S

Setelah bersiap, aku turun ke bawah semula. Soyeon sama juga seperti tadi, masih lagi duduk di sofa menunggu aku.

"Soyeon, kaja!" Kata aku sambil tersenyum mesra. Soyeon segera berdiri dan mengangguk setuju.

Sebelum itu, aku pergi ke dapur dulu. Untuk meminta kebenaran daripada eomma.

"Eomma, Jimin nak keluar dengan kawan tau." Kata aku kepada eomma.

"Jangan balik lambat sangat tau, kamu tu dah lah bawak anak orang." Nasihat eomma. Aku tersengih dan mengangguk faham.

Memang lah anak orang, takkan anak monyet pulak? ╮(─▽─)╭

Aku dan Soyeon berjalan, hanya bunyi tapak kasut yang kedengaran. Tak tahu kenapa, aku dan Soyeon menjadi kekok.

"Em Soyeon-ah, macam mana awak boleh tahu saya punya alamat rumah eh?" Tanya aku, mula memecahkan suasana yang kekok antara aku dan Soyeon.

"Ah, tu Areum yang bagi." Jawab Areum.

Mendengar pernyataan Soyeon, aku mengerutkan dahi dan langkah aku terhenti.

Aku rasa macam aku ada tertinggal sesuatu.

"Jimin, kenapa berhenti?" kata Soyeon yang sudah berada jauh di hadapan, dia juga terhenti.

Memandang wajah Soyeon, mengingatkan aku kepada Areum.

Oh damn, baru aku ingat. Hari ni aku ada kelas dengan Areum.

"Jimin-ah, waeyo?" Tanya Soyeon lagi sekali.

"Anni, harini saya ada kelas dengan-

- eh tak ada apa apa lah." Aku mula mengubah fikiran.

Apa pulak yang Soyeon akan cakap kalau tahu yang aku ni sebenarnya cikgu math Areum?

"Aigoo, mesti awak risau pasal kelas math Areum kan? Areum yang bagitahu alamat rumah awak, suruh saya keluar dengan awak. So, mestilah dia tahu harini tak ada kelas." Terang Soyeon sambil menggelengkan kepalanya.

Aku yang berdiri tegak disebelahnya.

"Nae?" Tanya aku tidak faham.

"Areum dah cerita lah pasal Jimin jadi cikgu math dia. Eomma dia yang suruh kan?" Terang Soyeon.

Aku tersengih malu, buat penat je aku cover. Selepas itu, kami berdua berjalan seperti biasa semula, tanpa suara lagi.

"Apa apa pun, kita nak pergi mana eh? Awak nak culik saya ehhh?" Kataku, mula bermanja dengannya.
"Eyy buat apa nak culik awak? Anniya, kita nak pergi Hangang Park harini.." Jawab Soyeon sambil mencuit hidungku.

+++

Beberapa minit berlalu, akhirnya aku dan Soyeon tiba di Hangang Park.

"Wait, ni dikira date ke?" Usik aku. Muka Soyeon mula kemerahan.

"Entah lah, awak rasa?"

Okay bagus, dia tanya aku semula.

Aku hanya tersengih dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Kenapa hati aku berat sangat nak cakap?

"So.. First activity kita, erm basikal?" Ajak aku. Tiba tiba terasa nak naik basikal disini.

Basikal, mengingatkan aku kepada Areum. Masih segar dalam ingatan, masa dia jatuh daripada basikal Yoongi.

Jujurlah, sejak dari hari tersebut, aku mula suka tengok senyuman dia. Hari hari aku fikirkan tentang dia.

Tapi, perasaan aku tiba tiba berubah apabila Soyeon datang. Senyumannya, membuatkan aku tenang dan gembira.

"Aish, molla!" Aku mengetuk kepalaku, tidak faham dengan diri sendiri.

Kepala kata lain, hati kata lain.

"Yah awak okay ke tak Jimin?" Suara Soyeon menghentikan lamunan aku sebentar tadi.

"Gwenchana, saya cuma em- pening?" Kata aku acuh tak acuh.

"Aigoo, kalau macam tu tak jadi lah kita naik basikal. Awak tunggu dekat rumput sana, saya pergi belikan air untuk awak. Tunggu tau!" Soyeon berlalu pergi dari tempatku, sempat lagi dia senyum ke arahku.

Dengan langkah yang malas, aku pun bergerak ke tempat yang dikatakan Soyeon tadi. Aku duduk berseorangan, sibuk menguis uis rumput.

"Jinjja, kenapa aku rasa bosan sangat ni?" Tanya aku pelik. Bukan ke sepatutnya aku rasa teruja, sebab dapat keluar dengan Soyeon?

Aku memandang sekeliling tamab tersebut, mataku tertumpu ke arah perempuan di hadapanku. Dia duduk keseorangan di bangku.

Badannya membelakangi aku menyebabkan aku. Dia menunduk ke bawah, yang membuatkan rambutnya menutupi seluruh wajahnya.

"Chakkaman, kenapa aku stalk orang yang aku tak kenal ni?" Tanya aku sendirian, makin hari makin pelik dengan diri sendiri.

"Jjang!!" Pandanganku terhadap perempuan yang tidak ku kenali, terhalang oleh Soyeon. Dia memberikanku minuman yang dibelinya.

"Gomawo." Aku tersenyum manis ke arah Soyeon. Perempuan tadi terus aku lupakan.

"Cheonma" jawabnya. Selepas itu, kami berdua hanya mendiamkan diri, tanpa bersuara.

Macam ni ke rasa date yang sebenar?

"Jimin. Boleh tak saya nak tanya satu soalan?" Soyeon tiba tiba bersuara.

Aku mengangguk laju. "Mestilah boleh, apa dia?" Tanya aku dengan rasa ingin tahu.

"Kalau lah kan, kalau saya kata saya suka awak. Awak akan balas balik tak?"

Soalan Soyeon membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku, kenapa mesti dia tanya soalan ni dekat aku?

Fikiranku tiba tiba terfikirkan kata kata Areum semasa pulang daripada sekolah tadi.

"Dia dah lama simpan perasaan dekat kau."

"So, kau jangan kecewakan dia pulak. Okay?"

Aku mengeluh seketika, aku harap keputusan yang aku buat ni adalah keputusan yang tepat.

+++

Thankyou for #3 in fanfiction 😭😭😭😭😭💕💕

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now