04

8.8K 1.1K 186
                                    

"One more thing, bare face kau comel lah." Kata Jimin tiba tiba.

Wajah aku mula memerah apabila dipuji oleh Jimin sebegitu.

"Tapi beruk lagi comel." Sambungnya lagi. Kemudian dia terus berlari keluar daripada bilikku, mungkin takut dengan singa yang akan mengamuk tak lama lagi.

Crack, hati aku bagaikan dikoyak koyak. Tak guna punya Simen. Dia permainkan aku je rupanya.

"Pervert gila budak simen tu, eh aku lagi comel lah kalau nak dibandingkan dengan beruk. Ugh stressnya. Macam mana lah eomma boleh kenal dengan eomma dia?" Aku membebel sendirian.

Aku menukar seluar aku kepada seluar panjang semula. Mulai harini, aku jadi seram nak pakai shortpant.

Dan semuanya disebabkan Jimin pervert tu. Ergh.

Aku turun ke bawah dan melihat eomma dan eomma kepada Jimin sedang berborak borak, manakala Jimin hanya bermain dengan phonenya.

"Eomma. Ada apa?"

Jimin memandang aku dengan pandangan 'aik dah tukar seluar dah?' sambil tersenyum nakal. Aku menjelingnya dengan tajam.

Kalau boleh aku nak je halau dia keluar dari rumah ni.

"Areum, maaf suruh Jimin masuk bilik kamu. Eomma dah whatsapp tadi, tapi kamu tak reply. Kamu buat apa?" Tanya eomma panjang lebar.

"Areum-" kata kataku dipotong oleh manusia yang berambut oren itu.

"Dia tidur, auntie. Tak senonoh betul saya tengok, terbongkang sana sini. Lepastu selimut- aww sakitlah eomma!" Peha Jimin dicubit oleh eommanya.

Ha tulah padan muka. Siapa suruh mulut laser sangat.

Aku terus mengambil tempat duduk di sebelah eomma, dimana Jimin berhadapan dengan aku. Dia masih lagi memandang aku dengan pandangan yang menakutkan.

"Areum tahu tak apa tujuan eomma panggil Auntie Gyuri ni datang?"

Aku hanya menunjukkan wajah malas ingin ambik tahu.

"Mulai esok, Areum akan ada kelas tusyen math."

"Oh baguslah tu- ehhh?!" Jerit aku tidak percaya.

Pft tak tahu ke yang aku ni benci belajar? Lagi lagi mata pelajaran math. Memang aku rasa nak campak semua buku math masuk dalam hati Jimin- eh masuk dalam Han River.

Hakak terlajak tadi.

Kejap. Cakap pasal kelas tusyen math, apa kena mengena dengan Jimin?

"Haih. Dah tu apa kena mengena dengan Jimin ni?"

"Hah ini lah yang eomma nak katakan. Dia akan jadi cikgu kamu!" Kata eomma sambil menepuk tangannya tanda teruja dan ketawa kecil.

What the hell. Seriously? Weh aku tak sanggup dapat cikgu pervert macam ni.

"Izinkan saya nak berbincang dengan eomma saya sekejap eh?"
Aku memalsukan senyumanku kepada Jimin dan Auntie Gyuri lalu terus menarik eomma menuju ke dapur.

Jangan salah faham, aku just tarik perlahan je. Aku bukan anak derhaka k.

"Eomma jinjja? But why Jimin?!" Tanya aku tak puas hati. Manakala eomma masih tersenyum nakal terhadapku.

Aku masih tercegat, menunggu sebab sebab daripada eomma. Tak faham betul. Ramai ramai orang dekat dunia ni, mamat limau mandarin ni jugak jadi cikgu aku.

"Macam ni ceritanya. Kamu kan suka baca fanfic, haritu eomma cubalah install wattpad nak tengok best sangat ke kan. Lepastu ada lah nampak fanfic ni pasal anak murid dengan cikgu dia. Sweet gila! Lepastu kan-"

"Stop it eomma." Aku menjeling eommaku. Aku suruh jelaskan, eomma boleh pulak berfangirling pasal fanfic yang eomma baca.

"Mianhae, eomma ter over pulak tadi huhuhu so Areum jadilah anak murid Jimin tu eh? Sebelum eomma pergi ni, eomma nak jugak tengok anak eomma ni berjaya dalam pelajaran." Eomma mula bercakap dalam nada yang sayu.

Tahukah anda, eomma saya adalah eomma yang paling kuat berlakon sekali. Jadi, janganlah percaya kata katanya itu.

Tiba tiba, aku terfikir satu idea yang bernas. Tahun ni, seventeen ada buat concert. So..

"Okay Areum setuju! Tapi, kalau Areum lulus dalam math, eomma kena support Areum pergi concert seventeen!" Aku mula tersenyum nakal.

Ya ya, aku tahu aku pandai dalam bab mengugut orang ni.

Eomma menggosok gosok dagunya, sedang berfikir tentang kata kataku. Setelah berfikir panjang, akhirnya eomma bersuara.

"Aigoo fine, tu pun kalau Areum lulus lah." Sambung eomma. Aku tersenyum puas.

Jadi, mulai hari ini aku kena belajar bersungguh sungguh. Demi seventeen, aku sanggup.

Selepas berbincang dengan eomma, akhirnya kami berdua kembali semula ke ruang tamu. Aku melihat Jimin dan eommanya yang masing masing bermain phone. Duh anak beranak antisocial.

Apabila sedar akan kehadiran aku dan eomma, mereka berdua pun pandang ke arah kami berdua.

"Areum setuju. Jadi, kita mula esok lah ye? Pukul 3:30 petang, selepas balik sekolah." Kata eomma. Manakala Auntie Gyuri mengangguk faham.

Nampaknya lepas ni aku jarang lah layan fanfic haaa sadlife.

+++

Keesokan paginya, aku tiba di sekolah dan macam biasa lah, jeritan histeria memecah kesunyian.

Siapa lagi kalau bukan fans kepada Simen tu?

Aku terus berjalan menuju ke kelas sambil memakai earphone. Jeritan jeritan mereka aku endahkan. Aku mengerutkan dahi apabila kesemua pelajar di koridor memandang aku dan berbisik bisik.

Kejap, ada apa apa ke kat muka aku? Atau skirt aku koyak?! Omg tak mungkin lah.

Kerana pelik, aku terus mencabut earphone daripada telingaku. Aku meneliti setiap wajah mereka, dan mereka semua diam. Malah ada yang menjeling, ada yang tersenyum, dan ada juga yang membuat muka menyampah.

Kenapa? Entahlah.

Aku teruskan berjalan dan tidak pedulikan pandangan mereka sehinggalah aku terdengar kata kata salah seorang dari yeoja di situ dan langkahku terhenti.

"Dia ada hubungan apa apa ke dengan Jimin Oppa?"

Aku terus memandang ke arah belakang dan ternyata, rupanya Jimin sedang mengekori aku dari belakang.

Apa dia buat kat belakang aku ni?

"Asal kau ikut aku?" Tanya aku dalam nada perlahan sambil menjelingnya. Nanti kuat kuat, kena kecam pulak.

"Cikgu mestilah kena jaga pelajar dia kan?" Bisik Jimin pula. Smirk dia jangan cakap lah, setiap masa buat smirk. Aku hanya menjelingnya.

Oh tolonglah, mampu ke aku nak hidup dengan Jimin ni? Dah lah setiap petang kena hadap muka dia. Stress weh stress.

+++

Well hi my readers! Its been a long time right, ai dah lama tak update. Too busy with pt3, i mean instrumen sejarah. And yeah, i dont get enough rest too. Update pun sebab tengah free ni. Im reallyx2 sorry if i make y'all tertunggu tunggu :((

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now