02

10.8K 1.3K 206
                                    

Aku masuk ke dalam bilik aku dan alangkah terkejutnya aku bila ada seorang mayat yang pucat sedang baring di atas katil aku, sambil bermain dengan phonenya.

Omfg, katil kesayangan aku tu weh!

"Woi Yoongi, bangun bangunnn! Weh katil aku ni hak alah bangun lah!" Jerit aku kuat di telinga Yoongi, oppa aku.

Yoongi memandang aku lalu menjeling tajam.

Eh eh, sedar sikit kau dah baring atas katil aku.

"Ala bilik aku aircond rosak ah." Kata Yoongi selamba tanpa memandang muka aku yang comel ni.

"Ah takde takde, haritu kau jugak yang kutuk bilik aku kan? Kau kata bilik aku macam tongkang pecah kan? Sekarang rasain lo!" aku menarik narik tangannya yang putih melepak itu supaya turun daripada katil aku.

Eh wait, sejak bila aku jadi warga indon ni?

"Kedekut gila babun lah kau ni. Kenapa aku dapat adik macam kau hah?" Dia tanya aku dengan menunjukkan mukanya yang selamba, tidak berperasaan.

Aku pun tak tahulah macam mana perangai aku dengan oppa aku boleh jadi lain gila namatey.

Perangai aku childish macam budak 7 tahun, tapi perangai oppa mengalahkan eomma. Padahal baru 19 tahun, beza 2 tahun je dengan aku.

Aku berhenti mengelamun apabila Yoongi mula melanggar bahu aku lalu meninggalkan aku yang masih tercegat di hadapan katil. Tak guna punya shuga free.

"Jangan pernah masuk bilik aku eh, aku fire kau nanti!" Jerit aku dengan kuat.

"Oh yea kau rasa aku nak kesah ke?" Jerit Yoongi pula dari luar. Heh, fikir swag lettuw?

Sis redha je dapat abang sebegini rupa.

Aku meletakkan beg di atas katil dan mencampakkan blazer aku ke luar tingkap. Eh no, ke atas katil jugak.

Benda pertama yang aku buat, adalah membuka wattpad. Mata aku menjadi bersinar sinar apabila melihat noti aku yang mengatakan bahawa fanfic kegemaran aku dah diupdate.

"Yas yas author dah update fanfic, tak sabarnya aku nak baca!" Jerit aku teruja.

Aku menekan fanfic Black yang ditulis oleh sugastly ; Senpai aku muehehe.

"Kesian aku tengok perempuan tu tak boleh tengok warna hitam. Mak dia pulak psycho." Aku menggelengkan kepalaku. Penuh dengan feeling aku baca.

Baru sahaja nak scroll kebawah, tiba tiba suara eomma kedengaran.

"Areummm, turun bawah makan." Aku terhenti seketika, tapi aku sambung semula membaca fanfic dan hanya mengendahkan jeritan eomma.

Tiba tiba, ada orang yang membuka pintu bilikku.

"Woi badak air, pergi makan lah. Eomma panggil makan tu." Yoongi memeluk kedua dua lengannya, dan memandang wajahku dengan pandangan seperti ini ( ̄^ ̄)

"Kalau aku taknak?"

"Kalau kau taknak, biar aku seret kau sampai ke meja makan." Balasnya lagi, dengan nada tiada belas kasihan.

"Fine, tepi lah badak sumbu. Badak air nak lalu." Aku terus menolak Yoongi yang kurus itu dan terus berlari turun ke bawah.

"Yah! Aku bukan badak okey, aku Mr. Swag." Jeritnya lagi. Tapi aku hanya hiraukan dia.

Kesian kena palau huhuhu.

+++

Sampai sahaja di meja, aku terus duduk dan makan. Ala kebulur lah dikatakan.

"Lapar nampak? Hah tulah, fanfic je kerja." Perli Yoongi. Eh sejak bila dia boleh ada dekat sini? Halamak semak.

Aku menjeling Yoongi dan sambung makan. Tiba tiba, loceng rumahku berbunyi.

Tung tung tung.

Maaf bunyi loceng rumah aku agak pelik. Bunyi dia dah macam upacara nak halau hantu pulak. Aku dan Yoongi pandang sesama sendiri.

"Kau badak air, pergi bukak." Kata Yoongi selamba.

"Eh kau lah pergi bukak, pepper mint." Bantah aku pula.

Sebab apa pepper mint? Sebab rambut dia warna hijau.

"Areum, kamu tunggu apa lagi tu? Pergilah bukak pintu." Bebel eomma. Eomma kalau sehari tak bebel memamg tak sah. Sakit pulak hati kita ni.

Apa fungsi Yoongi dalam rumah ni? Stressnya aku.

"Chakkamanyo!!" Jerit aku dari dapur. Kelam kabut aku berlari ke pintu lalu membuka pintu.

Aku membuka pintu dan terdapat seorang ahjumma yang mungkin usianya sama seperti eomma. Aku mengerutkan dahi.

"Eomma, ni alien mana pulak datang ni!" Jerit aku dari pintu utama kepada eomma yang berada di dapur. Kemudian aku menutup mulutku dan tersengih malu.

Astaga, maaf ahjumma yang tak dikenali, aku dah terlepas cakap pulak.

Eomma segera pergi kepadaku dan menyambut tetamu untuk masuk ke dalam rumah. Aku memandang ahjumma itu atas bawah.

Makcik ni siapa eh? Selamba badak dia je masuk rumah aku.

Baru sahaja aku nak tutup pintu, ada pula tangan yang menahannya. Aku memandang gerangan yang menahan pintu dan mataku membulat.

"Eh, kau ni bukan Simen ke?" Teriak aku terkejut.

Simen is backkkkk

+++

Dah baca, dah vote. Comment bila lagi? Hekhekhek esok sekulah weh aku tak sanggup nak pandang muka cikgu math ヽ( '¬')ノ

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now