Part 1

2.8K 159 16
                                    

"Iskandar sayang, bangun. Dah pagi ni." Gerakku perlahan.

Iskandar mengeliat. Matanya digosok beberapa kali.

"Is pergi mandi, lepastu pergi bawah turun makan ye." Kataku.

Aku bangun daripada katilnya tiba-tiba tanganku dipegang lembut oleh anakku. Wajahnya aku pandang.

"Mama, mandikan Is. Is malas la ma."

"Mana boleh. Is kena berdikari sendiri. Nanti mama dah tak de, macam mana? Jadi kena lah mandi sendiri."

"Apa mama cakap macam ni? Is tak suka mama cakap macam tu." Is memeluk ku erat.

"Kalau taknak mama cakap macam tu, Is pergi mandi sendiri." Aku mengusap rambut anakku.

"Baiklah." Is jawab perlahan.

Aku memandang Iskandar berjalan masuk ke bilik air. Umurnya 5 tahun tetapi dia sangat bijak. Tidak seperti budak-budak lain yang kenal erti bermain. Tetapi Iskandar lain. Umur seperti dia sudah membaca buku-buku tebal seperti buku perniagaan. Pelik. Tidak pun membaca buku-buku yang berkaitan dengan kisah-kisah dongeng. Aku sendiri pun tidak tahu apa minatnya. Aku pernah membawa Iskandar pergi berubat, tetapi pakar pun tidak tahu apa puncanya. Hanya mereka kata tiada apa-apa berlaku pada Iskandar.

Selepas aku mengejutkan Iskandar bangun, aku pergi ke bilik tidurku untuk mengejutkan suamiku pula. Aku duduk sebelahnya. Aku ingin menyentuhnya tetapi aku teragak-agak untuk berbuat begitu.

Nak tahu kenapa aku perlu berbuat begitu? Perkhawinan aku bukanlah bahagia yang ibu bapa aku sangkakan. Teruk. Suamiku layan aku seperti orang gaji dekat rumah ini. Depan ibu bapa aku sahaja dia berpura-pura baik dan pura-pura sayangkan aku. Hakikatnya tidak. Tapi aku tahu suatu hari nanti mesti ada kebahagiaan. Cuma aku perlu bersabar dan banyak berdoa kepada tuhan.

"Abang? Bangun." Aku mengejutnya perlahan.

Badannya mengeliat.

"Dah pagi ke?" Tanya suamiku. Matanya kecil melihat aku.

"Ye abang, dah pagi."

"Ambil tuala aku!" Arahnya.

Aku bangun daripada katil itu lalu aku mengambil tuala yang tergantung pada belakang pintu. Aku memberikan kepada suamiku.

Dia mengambil tuala daripada tanganku dengan kasar. Aku memandangnya berjalan menuju ke arah bilik air.

"Kenapa kau pandang aku?" Tanyanya kepada aku kerana dia perasan bahawa aku memandangnya lama.

"Tak de apa-apa." Balasku.

"Dahtu? Pergilah daripada sini. Kenapa? Kau nak tengok aku mandi? Aku boleh benarkan kau masuk."

"Takpelah, saya nak pergi ke dapur sekejap. Nak siapkan sarapan. Baju abang, saya dah gosokkan. Nanti abang ambil dekat dalam almari." Aku mengelat daripada pertanyaannya.

Kaki ku melangkah laju keluar dari bilik itu.
"Hish! Tak guna punya jantan. Kau khawin dengan aku pun sebab hak batin aku je. Anak yang aku kandungkan kau tak nak anggap itu anak kau. Suami apa macam ni!" Monolog ku sambil menuju ke dapur.

Sedang aku siapkan sarapan di meja makan, tiba-tiba anak lelaki memeluk pinggangku.

"Mama." Panggil Is

"Ye Is." Sahutku.

Aku memusing badanku ke belakang lalu aku mendukung Is.

"Wanginya Is. Macam ni la anak mama pandai mandi sendiri. Tak perlu diajar dah." Kataku sambil mencium pipi anakku.

"Tak payah nak dimanjakan sangat budak tu. Nanti budak tu pandai melawan. Nanti kau yang susah." Selit Izzat iaitu suamiku.

Aku meletakkan Is semula ke bawah.

"Abang, Is bukan anak macam tu. Kalau kita sendiri tak didik cara yang betul, memang dia akan besar kepala. Dia juga perlukan kasih sayang daripada seorang ayah. Kalau ayah Is dah macam ni, memang dia akan besar kepala dekat abang je."

"Kau?!" Tangannya sedia ingin melempang aku.

"Papa!" Is menahan ayahnya daripada menampar ku. Tangan kecilnya itu menahan pinggang Izzat.

Izzat memandang anaknya.

"Sudahlah papa janganlah seksa mama. Mama dah cukup terseksa. Papa tak kesian ke tengok mama?" Kata Is.

Izzat memandang aku. Rambutnya dipegang.

"Mana tali leher aku?" Tanya Izzat. Mengelat daripada soalan Iskandar.

Aku pergi mengambil tali leher lalu aku memberikan kepada Izzat.

Izzat memandang aku dan tali leher itu bersilih ganti.

"Kenapa?" Tanya ku. Pelik kerana Izzat tidak mengambil tali leher itu daripada tanganku.

"Kau ni? Aku kan tak reti nak pakai tali leher. Pakaikanlah untuk aku." Pintanya.

Dengan rela hati, aku memakaikan tali leher untuknya.

Sedang aku memakaikan tali leher untuknya, aku dapat merasakan matanya memandang lama muka ku.

Aku mengemaskini tali lehernya lalu aku memandangnya. Dia masih memandang aku.

"Abang?" Aku memanggilnya perlahan.

Tiada sebarang sahutan.

"Abang?" Aku memanggilnya sekali lagi. Tanganku dihayunkan dihadapan mukanya.

"Ah apa dia?" Soal Izzat yang baru tersedar daripada lamunannya.

"Sudah abang."

"Sudah? Aaa.." Izzat menggaru kepalanya.

Tidak tahu berkata apa lalu dia mengambil beg kerjanya. Tiba-tiba kakinya dihentikan.

"Malam ni ingat makan malam dekat rumah mama papa aku. Balik saja daripada kerja aku terus ambil kau dengan Is. Sampai sana ingat kita kena berpura-pura." Katanya.

Aku mengangguk. Sudah biasa dengan kerja macam ni. Sudah seperti kerja sambilan yang aku perlu kena berpura-pura di hadapan orang tua aku atau orang tua Izzat.

"Mama." Panggil Is.

"Ye." Sahut ku.

"Jom teman Is makan. Is lapar la ma."

"Ouh ye?! Kejap." Hampir terlupa akan anakku.

Aku menuangkan nasi goreng kampung di atas pinggan anakku lalu pinggan itu aku beri kepadanya.

Rasa gembira apabila melihat Iskandar makan dengan begitu selera.

"Is, apa kata lepas ni kita berdua pergi jalan-jalan nak?"

"Nak! Tapi takkan mama dengan Is. Papa? papa tak pernah pun bawa Is pergi jalan-jalan. Bila papa nak bawa Is pula?" Tanya Is.

"Em? Papa kan sibuk. Kenalah faham kerja papa."

"Tapi mama..."

Kata-kata Is dipotong.

"Dah dah makan cepat. Nanti lambat pulak nak pergi."

Sedih melihat Iskandar. Dia bukan membesar tiada ayah, sedangkan ada. Cuma ayahnya sahaja yang melihat Is seperti tidak wujud. 5 tahun Is membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Izzat pula selalu memarahi Iskandar. Tidak pernah berlembut dengan Iskandar walaupun sesaat.

Bersambung...

First Love with Malaysian People 2Where stories live. Discover now