16

254 22 2
                                    

Sowon

Aku bergegas masuk ke dalam perkarangan universiti. Habislah aku. First day pun dah lambat!

Masuk je terus aku duduk tempat kosong. Nasib baik lecturer tak masuk lagi. Segera aku menghidupkan iPad. Segala nota akan aku bubuh je dalam ni.

"Busy nampak," tutur seseorang dalam Bahasa Korea. Aku melangut.

"Jin?" tanyaku dalam nada tak percaya. Dia tersengih. Baru semalam kut online ngan diorang. Tak ada yang cakap pun Jin sambung belajar dekat sini.

Jin tersenyum.

"Annyeong," ucapnya.

"Yah, kenapa tak cakap yang kau datang sini?"

Jin hanya tersenyum lalu mengangkat bahu dan memandang ke depan. Patutlah, lecturer pun dah masuk.

***

"Semua sambung belajar dalam Korea. Aku je yang keluar. Saja, nak ambil angin dekat tempat orang," cerita Jin.

Jadi betullah, dalam video call semalam, memang diorang cakap yang diorang sambung belajar dekat Korea. Tapi, Jin sorang ni je yang tipu. Yang lain² pun.. bersekongkol. Tak senonoh punya manusia!

"Eh, lepas ni kau ada nak buat apa² tak? Aku nak bawa kau jumpa Aunt Mary dengan Hye In eomma," pelawaku.

"Jinjja? Okey juga tu!"

***

Jin

Seperti yang dijanjikan, Sowon bawa aku jumpa Aunt Mary dengan Hye In eomonim.

"Eomma, nilah Jin. Dialah yang jaga Sowon dulu," Sowon perkenalkan aku kepada eommanya. Aku menunduk. Wajah senyum wanita ituku pandang.

"Annyeong. Maaf sebab datang lambat," aku sekadar berbasa-basi.

Sowon meminta aku menunggu di luar sementara dia ingin berbual dengan ibunya. Aku hanya menurut.

Lima minit kemudian, dia keluar, mengajak aku pulang.

"Kejap, aku nak jumpa mak kau sebelum aku balik," pintaku lalu terus masuk tanpa menunggu persetujuannya.

"Emmoni, sepanjang kami terpisah, saya terfikirkan juga benda ni. Mungkin sebab dulu, kami berkenalan dalam jangka waktu yang sangat pendek, jadi saya rasa mustahil untuk kami jadi lebih daripada kawan. Tapi, lepas setahun lebih terpisah, dan hanya teknologi yang mendekatkan kami, saya rasa saya semakin yakin yang saya cintakan dia. Cuma, boleh tak eomma tolong saya dari atas untuk buktikan dan yakinkan dia yang saya cintakan dia dalam empat tahun ni? Butakhaeyo," pintaku.

Ya, aku memohon restu dari eomma Sowon. Sebelum pergi, aku memberikan tunduk hormat kepadanya.

Nilah lagi salah satu sebab aku datang sini. Walaupun aku dapat scholarship offer untuk belajar di Universiti Korea, tapi aku tolak sebab aku nak datang sini dan duduk dekat dengan Sowon. Harapnya, Sowon sedar kewujudan aku.

-The End-

😣😣😣😣😣 E still rasa endingnya hampeh.. Aduh.. Susahlah!!! 😭😭😭😭

BelieveWhere stories live. Discover now