3

249 23 0
                                    

Author's POV

"Maaf, puan. Disebabkan hentakan yang terlalu kuat dan trauma yang dialami, saya boleh katakan pesakit tak dapat menerima hakikat yang Sojung dah tak ada. Tak apa, buat masa sekarang ni, saya syorkan puan jangan bagi apa² tekanan dekat dia. Biarkan dia berehat dulu, ya?"

"Jadi, Kim Seok Jin haksaeng tak boleh bagi apa² keteranganlah buat masa sekarang?" tanya salah satu detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes kematian Kim Sojung.

"Maaf encik. Saya tahu encik memerlukan pesakit Kim untuk selesaikan kes encik. Tapi, kalau encik tanya dia sekarang, itu sama je macam membawa pesakit ke masa² yang sukar atau dalam bahasa yang paling mudah, it is cruel to him to remember the past," kata doktor itu sekali lagi.

"Okeylah kalau macam tu. Saya pergi dulu," doktor tersebut meminta diri. Mereka berbalas tundukan sebelum doktor tersebut melangkah meninggalkan mereka.

"Mian, Hye Sun ah. Kesiankanlah anak aku," rayu ibu kepada Jin, Eun Sung.

"It's ok, Eun Sungie. Aku tengok fikiran Jin pun terganggu sekarang. Kalau kita minta penerangan dia pun, dia tak dapat nak bagi statement yang betul. Aku harap perogol tu cepat² ditangkap! Berani dia sentuh anak aku!" sumpah Puan Kim.

"Chweseongeyo, puan. Saya betul² bersalah."

"Tak ada yang perlu dipersalahkan, Ji Sin. Timing kamu minta cuti tu je yang tak tepat. Kalau kamu minta maaf macam mana sekalipun, uri Sojungie tak boleh bangun semula," Puan Kim menangis lagi.

Sejak sebulan yang lalu, Sojung mati membunuh diri selepas dia dirogol. Sebelum dia mati, pihak polis ada mengatakan mereka menerima panggilan dari seseorang, mengatakan ada orang cedera parah dipukul dan seorang lagi AKAN mati. Dia juga sempat berpesan untuk menyampaikan pesanannya- percayakanlah anak korang sebelum hidup dia musnah macam 'dia'.

Laporan bedah siasat menunjukkan Sojung mati dua hingga tiga minit selepas panggilan tersebut dilakukan. Walaupun kes bunuh diri, tapi polis percaya bahawa sebelum mati, Sojung dirogol berdasarkan bukti² yang ada dan hasil bedah siasat dilakukan.

Jin koma akibat hentakan di kepala selama sebulan. Harapan ibu Sojung untuk menangkap penjenayah itu punah apabila bangun sahaja Jin mencari Sojung. Selepas diberitahu Sojung telah meninggal, Jin meracau macam orang gila dan tak henti² menyalahkan dirinya. Kenapa?

***

Jungkook's POV

"Jin ah, makanlah," pujuk Namjoon.

"Sojung makan tak lagi?" tanya Jin sambil air matanya berlinang di pipi. Hati aku sakit tengok keadaan kawan aku jadi macam ni.

"Jin ah.."

"Aku kena pastikan Sojung makan dulu, baru aku makan. Namjoon ah, eomma aku tak percaya yang aku dah okey. Kau kan pandai 'pukau' mak aku. Cakaplah kat mak aku yang aku dah okey," Jin memaksa bibirnya menggariskan senyuman.

"Geumanhae, Kim Seok Jin. Terimalah hakikat Sojung dah tak ada. Kau ingat elok ke kau buat perangai macam ni?" Eun Bi mula meletupkan laharnya. Tapi aku tahu dia tak berniat untuk marah kawan dia. Hakikatnya, semua orang terluka dengan apa yang menimpa Jin dan Sojung.

"Eun Bi yah," Yewon menegurnya.

"Kenapa korang cakap Sojung dah mati? Sojung belum matilah! Korang ingat elok ke mendoakan kawan sendiri mati muda?!" Ah, sudah! Jin dah mula dah.

"Baru semalam je aku temankan dia dekat library. Lepas tu.. lepas tu.." Jin jadi tak tentu arah.

"Lepas tu.. ARGH!!!" Jin mula mengamuk.

"Yuna yah, tolong panggil doktor," arahku yang dari tadi berdiam sambil membantu kawan²ku yang lain menenangkan Jin.

"Jin ah, mianhae," Eun Bi meminta maaf sambil turut menahan tangan Jin yang terawang-awang di udara, menolak segala-gala benda yang ada di sekitarnya.

Doktor datang dengan beberapa orang jururawat.

"Tolong tinggalkan bilik ni," arah doktor kepada kami. Aku sempat lihat Jin disuntik dengan ubat penenang atau pelali macam tu sebab tak sampai seminit dia mula tidur.

Jin ah, apa yang kau rahsiakan dan apa kau maksudkan ni semua salah kau?

***

"Sojung ah, aku ingatkan kau marahkan aku. Kau.. kau terus datang sini lepas sekolah ke? I mean, esok ada test lagi ke? Kau study dalam library sampai lewat malam lagi ke?" tanya Jin, memandang ke hadapan, seolah-olah bercakap dengan seseorang.

"Jin, kau cakap dengan siapa tu?" tanyaku.

Jin memandangku dengan pandangan tajam. Kecut perut aku malam² dia buat macam ni.

"Kau tak payah buat baiklah, Jungkook. Kau pun sama je macam diorang. Dok cakap Sojung mati. Ni, yang depan aku ni, benda apa?" bentak Jin.

Aku membangunkan Jimin di sebelah.

"Jin ah, kau cakap apa ni? Mana ada apa² depan kau," kataku sambil menguatkan goyangan di bahu Jimin.

"Ish, tak lawaklah Jungkook! Ni, Sojung depan aku ni!" bentak Jin. Jimin yang baru terjaga memisat-misat matanya.

"Tak ada, Jin. Kau berkhayal tu," kataku lagi, berlagak tenang.

"Melampau korang ni!" Jin bangun dari katilnya.

"Taehyung, Hoseok, Yoongi, wei, semua, bangun!" jerit Jimin apabila Jin dengan pantas mencekikku. Jimin cuba menarik tangan Jin menjauhiku tapi tenaganya tak macam biasa. Aku pun tak dapat melawannya kali ni.

"Wei, bangunlah! Jin jadi pelik lagi ni!" jerit Jimin lalu menendang punggung Taehyung yang masih sedap berlingkar. Taehyung yang disepak, orang lain yang terjaga.

"Weh, Jimin. Tekan button kecemasan tu," arah Namjoon sambil berusaha meleraikan cekikan Jin. Hoseoo pun membantu Namjoon. Beberapa saat kemudian, jururawat datang ke dalam bilik. Berkat bantuan Taehyung, Jimin, Namjoon dan Hoseok, mereka dapat memudahkan kerja² jururawat untuk menyuntik Jin.

Aku berebut menarik nafas. Separuh nyawa dah aku tadi. Jin is really..

***
"Maaf, puan. Saya takut kalau saya benarkan dia balik, dia akan cederakan diri ataupun orang lain pula," doktor tersebut menolak permintaan Jin eomeoni untuk membawa Jin pulang.

"Habis tu, takkan saya nak biarkan dia masuk hospital sakit jiwa! Anak saya muda lagi!" bentak ibu kepada Jin.

"Jungkook, bagilah aku dengar pula," pinta Taehyung. Aku mengisyaratkan agar dia senyap² sudah.

"Kami hanya nakkan yang terbaik untuk pesakit kami.." dan aku terus menarik diriku sendiri menjauhi pintu bilik doktor tersebut.

"Diorang nak bawa Jin ke wad sakit gila," kataku lalu duduk di kerusi yang ada di situ.

"Depa nak buat apa?" Gara² terkejut, dialek Hoseok pun terkeluar.

"Hantar dia ke hospital sakit jiwa," ulangku lagi.

"Ni tak boleh jadi ni! Kita kena siasat benda ni," kata Namjoon.

"Tapi macam mana? Jin tak nak ungkit pasal tu. Kita cakap sikit pun dia dah mula meracau," kata Yoongi.

"Mesti ada cara. The culprit should be caught!" besar azamnya, Namjoon.

"Tapi macam mana?" soal Jimin.

Dan masing² pun mula memikirkan idea.

BelieveWhere stories live. Discover now