Bunyi panggilan telefon tiba-tiba menggema di dalam wad itu.

"Helo? Ah, ya, ya. Saya akan ke sana."

"Kenapa, Doktor?"

Dr. Fakhrul mengeluh perlahan. "Doktor ada kerja sebentar. Kamu semua berbual-buallah dulu!"

"Baik~!"

"Oh ya, Raja!"

"Huh?"

"Kamu boleh mula berpuasa!"

Raja membuat ekspresi muka kecewa yang tidak dapat diperjelaskan. Hanya dia yang tahu.

"Apa?? Doktor ganggu saya makan keropok tadi, dan sekarang Doktor tiba-tiba suruh saya berpuasa?!"

Hanya senyuman kecil dilontar penuh ejekan sebelum Dr. Fakhrul melangkah keluar dari wad. Raja buat kelakuan seperti menerbalikkan meja halimunan, tanda dia begitu protes dan tidak puas hati.

"Kenapa kau kena berpuasa, Raja?" soal Azim. Hani juga memandang Raja, menanti jawapan.

"Huh... aku perlu dibedah esok."

"Eh? Untuk apa??"

"Jantung dia dah rosak teruk fasal virus tu. Walaupun Raja dah ambil vaksin virus tu, kerosakan pada jantung dia tetap ada."

Azim angguk-angguk mendengarkan penerangan Syahindah.

"Good luck, Raja!"

Raja tidak membalas. Durjanya berubah. Rakan-rakannya perasan.

"Kau kenapa, weh?"

"Tak ada apa. Aku... Aku nak pergi berehat."

Raja beredar ke katilnya di hadapan katil Hafiz, meninggalkan rakan-rakannya dalam kekeliruan. Mereka tidak tahu apa yang Raja simpan dalam hatinya sebagai rahsia.

Raja berbaring di katilnya. Kata-kata Dr. Fakhrul semalam tatkala mereka memeriksa keputusan sinar-X, menggema dalam mindanya.

"Raja, ini... tisu-tisu dan otot-otot jantung kamu. Ia sudah rosak teruk."

"Saya tahu. Jadi pembedahan tu nanti, Doktor nak buat apa?"

"Doktor akan buang tisu yang dah rosak. Otot yang koyak, Doktor jahitkan sedikit."

"...Berapa peratusan kemungkinan saya akan mati?"

"Raja-"

"Ini fasal jantung. Saya belajar Biologi di sekolah. Kalau saya tak belajar pun, saya tahu jantung saya ni dah tiada bentuk jantung."

"...Maaf... barangkali 60/40 pembedahan tidak berjaya. Walaupun cuma membuang tisu dan menjahit otot, jantung kamu terlalu sensitif-"

"Kalau pembedahan berjaya? Berapa lama lagi saya boleh hidup tanpa tisu dan otot jantung yang sempurna?"

Raja masih ingat riak muka Dr. Fakhrul apabila ditanyakan soalan itu. Dia menarik selimut, mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang bising. Mata dipejam, cuba untuk tidur.

"Setahun, paling lama."






Televisyen dibuka lagi. Berita tengah malam. Ternampak muka sendiri dalam berita yang hangat diperkatakan di setiap siaran. Azim kecoh setiap kali mukanya terpapar di kaca TV, macam tengok perlawanan bola sahaja. Hani menyekeh Azim berulang kali.

Semua klon remaja ada di bilik mesyuarat itu. Pastinya, kecuali Fithri dan Aqilah yang masih belum sedarkan diri. Hafiz pula sedang tidur. Semua menghadap TV, menonton berita menantikan wajah masing-masing untuk keluar di TV.

PlutoWhere stories live. Discover now