Bab 22 : Dahulu

Beginne am Anfang
                                    

Izzah menekup matanya dengan kedua-dua tangannya. "Kau... Kau beri aku... sebatang lolipop kecil... kau p-pujuk aku sambil kita balik ke rumah naik basikal... Hafiz, kau ingat?"

Dia menekap mukanya di tilam Hafiz. Izzah menangis.

"Aku minta maaf... Aku... tak nak kau jadi macam ni... Maafkan aku, weh..."

Dia terus menangis perlahan. Irdina menepuk-nepuk perlahan belakang Izzah. Syahindah juga memujuk.

Tepukan dan pujukan dari rakan-rakannya berhenti tiba-tiba. Bukanlah Izzah begitu peduli, namun dia terkejut, pegelangan tangannya digenggam perlahan.

"Ha...Hafiz!"

Izzah begitu gembira. Hafiz dapat menggerak-gerak tangannya. Dr. Fakhrul dan Raja tumpang gembira. Hani, Irdina dan Syahindah kecoh dengan babak bagai drama Korea, berlaku depan mata.

Pun matanya masih belum dapat dibuka dan ekpresi wajahnya tidak mampu dibuat, Izzah sudah cukup girang dengan pergerakan tangan kanan Hafiz. Hampir sahaja budak Izzah itu memeluk Hafiz kerana terlalu gembira.

Tangan Hafiz tiba-tiba menerjah ke muka Izzah. Dibuat jemarinya jadi seperti simbol 'peace', menunjuk ke mata Izzah, kemudian digerakkan perlahan atas bawah. Kemudian, digoyang-goyangkan pula jari telunjuknya ke kiri kanan.

"Err Izzah..., apa dia kata?"

"Hafiz kata... 'Jangan menangis'."

"AWWWW!"

"Erh, dia ni buat aku rasa nak muntah! Nak mencuri hati perempuan konon!"

Habis sahaja ayat Raja, Hafiz mengangkat satu jari menghadap dari mana arah suara Raja datang.

Semua tertawa besar. Raja terutamanya. Dengan penerimaan simbol middle finger dari Hafiz, Raja memang puas hati. Dia tidak kehilangan seorang kawan baik. Seseorang yang senyap namun lidah setajam pedang seperti Hafiz, memang mustahil untuk dicari ganti jika Hafiz tiada.

"Ish, tak baiklah buat macam tu, Hafiz!" Izzah bawa turun tangan Hafiz. Hani tergelak.

Gelaknya tidak lama. Lama-kelamaan, ia bertukar suram. Rasa sedih pula. Tatkala rakan lain gembira menyambut Hafiz, Hani teringat akan seseorang.

"H-Hani? What's wrong?" tanya Syahindah, rakan seperjuangan Hani ketika mereka masih belajar di kelas, mahupun bertugas di perpustakaan sekolah. Hani tersenyum nipis memandang Syahindah.

"Azim. Memang tak sangka dia sanggup buat begitu untuk aku.
Huh..., aku rindu dia..."

"OMGGG, YAKAH? AKU PUN RINDU KAU JUGAAAA!~"

"EHHH???"

Kesemua mereka menoleh ke hujung bilik wad lelaki itu. Cahaya terik mentari pagi dari tingkap mencipta bayang milik seorang remaja lelaki yang duduk di katilnya. Kalau bukan kerana rambut pacaknya, sudah pasti dia susah dikenali.

"Azim! Kau dah sedar!"

Azim pula dikerumuni. Semakin lebarlah sengihan Azim. Dia membetul-betulkan sedikit penampung leher plastik yang dipakainya.

"Haha! Panjang umur aku, bukan??-- ADOI!"

"KAU!" Hani membelasah Azim dengan pelbagai cara. Tumbuk, tampar, cubit putar bahu Azim...

"Sa...Sakit weh!"

"Kau ni kan! Kau dah nak mati pun kau fikirkan orang lain jugakah?? AKU RISAU AKAN KAU, TAHU TAK??"

"Warhhh!! TOLONG AKU!!"

"Hmm, satu lagi 'kisah cinta'..." Dr. Fakhrul menjauhi Azim dan Hani. Yang lain juga beredar segera. Tidak sanggup melihat kekejaman yang berlaku.

PlutoWo Geschichten leben. Entdecke jetzt