One

4.1K 442 85
                                    

Taehyung berkerut sikit apabila dia cuba membuka mata kerana cahaya matahari membuatkan dia silau. Dengan pantas tangannya menghalang matanya dari terkena cahaya matahari yang disuluh dari luar tingkap di kanannya.

"Oh oh dia dah sedar!"

Taehyung terdengar suara lelaki. Dia dengan perlahan duduk dari posisi baringnya dan dia ternampak lima-lima lelaki itu duduk di sofa, perhatikannya. Keadaan senyap untuk seketika.

"Korang buat apa tu?" tanya Taehyung dengan reaksi blank, melihat mereka berlima yang memerhatikannya. Jungkook dan Jimin memandang satu sama lain.

"Tae...dah ingat kitorang ke?" tanya Namjoon perlahan. Taehyung diam seketika sebelum menggeleng. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Ah" dia cuba ingat sesuatu. Kemudian dia memandang ke luar tingkap. Dengan perlahan, tangan kanannya memegang dada. Mukanya blank, cuba memutarkan semula perkara yang dia cuba ingat.

"Nama aku...V" kata Taehyung perlahan sebelum dia teringat kata-kata Jimin semalam. "Anni...K..Kim Taehyung" katanya lagi. Kemudian dia memandang lima orang lelaki yang masih memerhatikannya itu.

Matanya memandang lelaki bermata sepet, berambut hijau. Taehyung diam seketika. "Suga" sebutnya. Lima lelaki itu terus terkejut.

Taehyung memandang lelaki di sebelah Suga yang berambut perang muda. "Hoseok" panggil Taehyung dan Hoseok menekup mulut, terkejut. Taehyung memandang lelaki berkaca mata itu pula.

"N...Namjoon" kata Taehyung. Mereka berlima kelihatan bertukar teruja melihat Taehyung yang mula ingat nama mereka. Taehyung memandang lelaki yang kelihatan paling muda itu.

"Jungkook" kata Taehyung. Jungkook menjadi betul-betul teruja. "Woah, hyung memang ingatlah!" kata Jungkook riang. Taehyung memandang lelaki berambut oren yang berada di sebelah Jungkook pula. Semua senyap menunggu Taehyung memanggil namanya.

"Jimin"

"Woah!!!" mereka berempat kecuali Yoongi menjerit teruja. Hoseok dan Namjoon tepuk sepuluh jari manakala Jimin dan Jungkook berpelukan. Yoongi tersenyum gembira.

"Tapi..." kata Taehyung tiba-tiba membuatkan semua berhenti bergembira dan memandangnya. Dia masih kelihatan keliru dengan lima lelaki itu.

"Korang...siapa? Eh, bukan... Korang ni..."

"Vv" panggil Hoseok dan Taehyung memandangnya. Hoseok tersenyum manis ke arahnya. "Jangan risau. Kitorang tolong Vv ingat balik segalanya, okay?" sambung Hoseok. Jimin mengangguk setuju.

"Yup. Kitorang kawan kau. Kawan takkan tinggalkan kawan dia yang lain dalam kesusahan sorang-sorang" kata Jimin pula. Taehyung seolah-olah mendapat jawapan yang dia cari selama ini.

"K...kawan?" ulang Taehyung. Yoongi mengangguk perlahan. Taehyung tiba-tiba menjadi tertanya-tanya. "Kalau macam tu..." dia memandang setiap kawannya itu. "Mana...keluarga Vv?"

Semua terdiam, memandang satu sama lain. "Diorang..." Jungkook menjadi serbasalah tanpa diduga.

"Serahkan Tae pada kitorang sampai Tae sepenuhnya sihat" balas Yoongi tenang membuatkan semua memandangnya. Taehyung menjadi blank. "Nae?"

"Omma appa Tae suruh kitorang jaga Tae sampai Tae sihat. Sebab Tae dah tinggal lama dengan kitorang. Sebab tu diorang percayakan kitorang" sambung Yoongi sebelum dia berdiri dan menghampiri katil Taehyung.

"So kalau Tae nak jumpa diorang cepat..." Yoongi tersenyum manis. "Tae kena cepat sihat. Araseo?" tanya Yoongi.

Taehyung terdiam, begitu juga dengan empat kawan mereka yang lain. Taehyung kemudian dengan perlahan tersenyum untuk pertama kali selepas tersedar dari koma.

[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now