Zero

4.6K 459 45
                                    

Lelaki yang selama ini terbaring tak sedar di atas katil di hospital itu tiba-tiba terbangun dari komanya dan dia menyedut nafas dengan sangat dalam seolah-olah selama ini dia menahan diri dari bernafas.

Dia terus terduduk dan nafasnya tercungap-cungap dengan teruk. Matanya memandang bawah ke pehanya yang dilitupi dengan selimut putih. Reaksinya jelas menunjukkan yang dia terkejut.

"Tae!"

Lelaki itu mengangkat kepala, menampakkan lima orang lelaki lain lebih kurang seumurnya sedang memandangnya dengan reaksi risau. Dia memandang seorang demi seorang dengan muka yang keliru.

"Hyung, hyung okay?" tanya seorang lelaki di hadapannya yang kelihatan seperti paling muda. Dia tak menjawab, sebaliknya merenung lelaki yang bertanya itu.

"Gosh, thank god finally Vv sedar" kata seorang lagi lelaki di sebelah kirinya sambil menekup muka. Dia menjadi semakin keliru.

"Vv?" sebutnya perlahan semua memandangnya. Dia turut memandang semua secara rawak. "Tu... nama saya ke? Sebenarnya?" tanyanya perlahan. Lima lelaki di sekelilingnya itu kelihatan terkejut.

"Kau buat lawak apa ni? Nama sebenar kau Kim Taehyung lah" kata seorang lagi lelaki di sebelah kanannya. Dia memandang lelaki itu seketika sebelum dia menoleh ke arah lelaki di kirinya semula.

"Kalau macam tu, kenapa awak panggil saya Vv?" tanya Taehyung, masih tak faham. Semua jadi terdiam. Taehyung memandang semua sekali lagi. "Korang ni... sebenarnya siapa?" tanya Taehyung lagi.

"Hyung pergi panggil doktor" kata seorang lagi lelaki yang memakai bingkai kaca mata tanpa lens di matanya. Taehyung melihat dia berlalu dengan reaksi yang masih tak faham apa yang berlaku.

---

"Sorry?" Hoseok meminta doktor yang merawat Taehyung untuk mengulang kata-katanya. Jimin sudah terlebih dahulu menekup mulut, terkejut dengan berita itu.

Dr.Baek mengangguk dengan penyataannya. "Pesakit Kim Taehyung mengalami Fugue State di mana dia langsung tak ingat identitinya, orang sekelilingnya, seolah-olah dia baru dilahirkan. Cuma bezanya dia faham apa yang orang katakan dan apa yang dia sendiri sebut. Tetapi dia akan menjadi susah untuk mengenali sesuatu objek. Selain daripada tu, memory mahupun identiti sesiapa yang dia kenal tiada lagi dalam kotak fikirannya. Tapi jangan risau, biasanya kes macam ni, ingatannya boleh kembali dalam masa beberapa hari. Tapi ada juga yang ambil masa berbulan-bulan, mungkin bertahun-tahun untuk pulih. Jadi, kamu semua hanya boleh tolong dia ingat semula dengan membawa dia ke tempat-tempat yang beri dia kenangan manis dulu" terang Dr.Baek panjang lebar.

Air mata Jungkook mengalir mendengarnya dan begitu juga Jimin yang dah mula tunduk memandang kaki. Yoongi mengucapkan terima kasih dan Dr.Baek meminta izin untuk berlalu dari situ.

"Patutlah dia tanya soalan macam tu" kata Namjoon perlahan selepas Dr.Baek hilang dari pandangan, berasa sangat sedih dengan keadaan Taehyung. Jimin memandang siling pula, mengawal tangisannya sebelum dia mengelap air matanya dan memandang ke kawan baiknya yang lain. "Apa kita nak buat sekarang?" tanya Jimin.

Dan dengan perlahan mereka semua menoleh ke arah Taehyung yang sedang nyenyak tidur di katil selepas makan dengan sangat banyak tadi.

---

'V memandang raut wajah Jin yang tenang tidur itu seketika. Kemudian dia mengeluarkan satu lagi picagari yang berisi racun dan menyuntik Jin sekali lagi'

"Seoul International Hospital. Bilik 372"

'V memandang riak wajah Jimin yang tenang tertidur sebelum dengan perlahan dia memasukkan Jimin dalan tub itu. Air dengan perlahan membasahi dan menimbus badan Jimin'

[C] Save Me [ITYIWD Book 2] | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now