Bab 8 ❀

5.2K 204 8
                                    

"Laa... apasal emo tiba-tiba ni? Lepas tu ko blah macam tu je? Dengan takde baju takde mende, nasib baik kita sesaiz," gurau Fatin. Dia mengusap-ngusap lembut bahu sahabatnya. Terhenjut-henjut bahu Balqis yang masih mengelap air mata yang masih tidak mahu kering.

"I thought you guys were getting along fine."

"Getting along fine kemendenye," tukas Balqis, memeluk lutut.

"Fisha dah jumpa balak lain. Dia agak dia bosan, dia datang cari aku."

Fatin mengangguk-angguk perlahan.

"Jadi ko rasa macam rebound la ni?"

"Worse than that," balas Balqis pendek.

"What could be worse than a rebound?"

Balqis menghela nafas. Dia membuang pandangan ke arah balkoni apartmen Fatin.

"Aku tak tahu nak explain macam mana..."

"The feeling of being unwanted?"

Balqis tersenyum.

"Thaaaaanks," balasnya. Kemudian dia mengangguk perlahan.

"Well, yeah..."

"Oh, sweetie," ujar Fatin perlahan. Dia memeluk sahabatnya.

"You have always been a vital part of my life. Aku tak dapat imagine going on everyday, pergi hospital tak tengok muka ko, balik ke rumah, tak gayut telefon malam-malam dengan ko. You are important to me as Colgate is important to me every morning."

Balqis ketawa.

"Thaaaaaanks. Ada ke bandingkan aku dengan Colgate?"

Fatin tersengih.

"Bukan sebarang Colgate. Colgate Simply White, you."

"Agaknya apa lah aku kepada Danial ya? Sekadar pencungkil gigi, yang digunakan bila dah tension sangat makanan melekat kat gigi. Waktu lain, diabaikan je," ujar Balqis. Dia meletakkan dagu di kepala lutut.

Fatin menggeleng-gelengkan kepala.

"You are so sad, sweetie. Ada ke pencungkil gigi? Gila gross laa metaphore ko nih," komen Fatin.

"Seriously Fat. Aku tak tahu ke mana arah tuju hidup kami. Takkan aku nak sampai ke tua jadi 'housemate with benefits' dia?"

"Cuba la jadi husband and wife with benefits pulak."

Balqis menjulingkan mata.

"Cuba la bagi cadangan membina sikit.."

"Laa, aku pun serius laa ni. Sikit punya membina cadangan aku tu," tukas Fatin. Dia menepuk paha, mengarah Balqis meletakkan kepala di situ.

"Come here."

Balqis akur.

"Tadi aku, Jas dengan Maira dok perati je ko dengan Darth Vader tu, tau?"

Balqis menjungkit kening. Dia mengerut dahi.

"Aku ingat korang dok perati Dr. Hamzah tu?"

Fatin sengih.

"Oh, him too. Tapi most of the time, we were watching you guys laa. Like a hawk," balas Fatin, gaya ala-ala Wolverine dalam The X-Man.

Balqis terkekeh-kekeh.

"And you guys were pretty snug with each other. Rilek je ko bagi dia pegang pinggang ko," tambah Fatin lagi. Sengih.

Balqis memasamkan muka.

Balkis vs DanialWhere stories live. Discover now