"Mana ko tahu dia hot stuff?"

Humaira menepuk dahi. Fatin pula sudah terkekeh-kekeh.

"Kalau dah blur tu, sampai ke tua tak sembuh," gumam Jasmin, menggeleng-gelengkan kepala.

"Common sense la makcik. Tak nampak ke comel semacam je mamat tu? Mesti la hot stuff."

"Oh," balas Balqis, tersengih.

"He's not unfortunate looking." Roti canai dikunyahnya.

"Pergi je laa ngorat. Sapa cakap aku ada letak cop SIRIM kat dia?"

Humaira ketawa.

"A'ah. Lupa pulak cop SIRIM kau kan dekat Danial sorang je?"

Balqis menjuling mata.

"Please. Kalau ko nak buat Danial tu hak milik peribadi, bukan setakat nyiru, padang bola Bukit Jalil pun aku rela tempahkan."

Fatin menolak bahu Balqis.

"Eleh, pagi tadi siap jadi driver. Cakap tu berdegar-degar. Mesti dapat penyakit Maira."

Balqis menjungkit kening, tetapi pandangannya setia pada roti canai.

"Okay, fine. Aku sayang dengan Danial tu. Jangan la rampas dia dari aku. Aku nangis air mata darah nanti. Okay?" tutur Balqis monoton. Reaksi wajah beku.

Mereka ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Bab-bab takde perasaan ni ko grad top of the class la, Balqis. Sarcastic semacam. Muka pun toya je. Nasib baik dengan patients ko tak buat gitu. Kalau tak ada yang kena debik dengan lunch tray," komen Fatin lagi.

"Ntahnye. Eh, doktor hot stuff tengah perati ko tuh. Kantoi la pulak ko order tiga keping roti! Mencekik gaya apa ni?" ujar Humaira, panik.

Balqis sengih. Geli hati dengan Humaira yang gabra semacam.

"Rilek la. Dah aku lapar, takkan nak kontrol ayu kot?"

"Hell yeah! He looks like he's interested in you. Apa salahnya kontrol sikit tho metabolism is being such an angel to you?" tukas Humaira lagi.

Fatin dan Jasmin ketawa.

"Point taken. Dari tadi mamat tu dengan geng dia dok usha table kita," ujar Jasmin.

"High school la pulak kan, main-main mata ni," komennya. Ketawa meledak lagi.

"Seb baik aku order salad je," sampuk Fatin.

Balqis tersenyum tawar.

"Maybe you guys have forgotten about this," ujarnya ringkas, sambil menunjukkan tangan kanannya. Cincin berlian yang tersarung di jari manisnya memantulkan cahaya.

"Now, can I get back to my lunch?"

❥ ❥ ❥

"Balqis?"

"Hmm?" balas Balqis, matanya masih menumpu pada case study. Cermin mata yang terlurut di hidung ditolak ke atas.

"Weekend ni you on-call tak?" soal Danial, mengambil tempat di sebelah Balqis.

Balqis menggeleng-gelengkan kepala.

"Nope."

"Kalau kita buat housewarming apa macam?"

Balqis berhenti membaca. Case study ditutup.

"You pernah dengar ke orang buat housewarming setengah tahun lepas pindah?"

Danial tersengih.

"Well, it's better than nothing, right?"

Balqis terdiam. Pensel di tangan diputar-putarkan.

Balkis vs DanialWhere stories live. Discover now